23
Jul
08

kian lama

Salam Samurai,

Alhamdullilah bersyukur kepada Allah s.w.t dengan izin-Nya, aku kembali menulis laman ini. Sudah agak lama aku meninggalkan ruangan ini disebabkan kesibukkan menstabilkan diri di alam pekerjaan. Kali terakhir aku menulis, semasa aku berada di Dublin.

Baru sudah pulang dari masjid, masing-masing bertanyakan khabar, bila pulang? dah kerja ke? isteri kerja kat mana? antara soalan-soalan yang sering dilontarkan dalam dua tiga hari ini semasa berada di dalam masjid. Kesedihan tetap ada, hanya orang tua yang menghadiri masjid tersebut. Aku kerinduan suasana di Jepun, kehadiran golongan muda ke masjid, mengimarahkan suasana masjid dengan pelbagai aktiviti. Aku menjadi perhatian ramai di masjid, kerana akulah sorang-sorangnya warga muda yang ke sana. Bukan untuk aku banggakan, tetapi aku mahukan pembaca muda dari blog-ku sering menghadirkan diri ke masjid dalam apa jua keadaan diri-mu. Ukhuwah yang terjalin amat terasa, kehilangan aku yang agak lama di masjid di ambil berat oleh ahli jemaah. Sukar untuk kita merasakan suasana sebegitu kecuali dalam keadaan ikatan aqidah sebenar.

Setiap pagi jam 715 akan aku bertolak ke tempat kerja, pulang pada jam 510 petang dan tiba dirumah kira-kira 545. Kadang-kadang kerja perlu dilanjutkan sehingga jam 7 petang. Aku gembira kerja disini, kerana terlibat dengan anak-anak muda. Aku bisa berbicara soal ilmu, soal masa depan Malaysia, soal teknologi, soal hal tuju anak muda. Alhamdullilah, kerja aku disini tidak menghalang aku untuk meneruskan hobi aku semasa zaman belajar. Berjaya menghabiskan sebuah buku dalam masa sebulan. Kerja-kerja surf internet dapat diteruskan dengan jayanya. Mungkin buat masa sekarang begitulah kiranya, selepas ini mungkin aku akan disibukkan lagi kerana aku akan samb. master sambil kerja. Tetapi aku yakin, semasa berbual dengan rakan-rakan lama yang bekerja insyaAllah masa itu ada untuk aku jika nak dibandingkan dengan mereka yang bekerja di kilang. InsyaAllah.

Alhamdullilah, usrah peringkat sekolah rendah agama disini dapat diteruskan. Minggu ini adalah minggu kedua pertemuan kami. Aku semakin rancak berfikir untuk tarbiyyah adik-adik. Dari segi pengendalian buku, bahan-bahan dan lain-lain. Alhamdullilah, pengalaman semasa dizaman blejar banyak mengajar aku untuk tidak kaku dalam menguruskan usrah. Aku masih menanti untuk menerima tugasan mengendalikan usrah-usrah pelajar diperingkat lebih tinggi. Walaupun aku bukan dikalngan orang berpelajaran agama, tetapi aku bersedia untuk memberi sumbangan kepada generasi muda kita dari segi pengalaman berorganisasi dan sebagainya.

Dalam masa yang sama, aku masih menanti-nanti posting wife aku bekerja bagi memudahkan lagi pengurusan keluarga dan jemaah. Ya Allah, permudahkanlah urusan agama kami. Di Perlis, aku mengalami masalah untuk mendapatkan buku-buku menarik berkenaan sejarah islam, sirah nabi yang berkualiti, dan apa-apa bacaan yang sesuai. Padahal, Perlis mempunyai banyak pusat pengajian tinggi seperti University Malaysia Perlis, Maktab Perguruan, UiTM, Insititute Pengajian Islam Perlis, dan lain-lain. Berdasarkan coverage yang kecil ini, sepatutnya ada pihak yang berfikir untuk mengedarkan bahan-bahan berkualiti untuk pelajar. Kadang-kadang keinginan membeli itu tidak boleh ditunggu masa cuti sabtu ahad, ia boleh dtang bila-bila sahaja. Alangkah bagusnya kalau kedai-kedai buku tersebut ada di Perlis bagi memudahkan pelajar-pelajar mendpatkan nya, malah tenaga-tenaga pengajar yang berminat dengan dunia ilmuan Islam juga boleh mendapatkannya. Perlis tidak seperti dulu lagi, semakin banyak pusat pengajian tinggi, sepatutnya kedai-kedai buku juga perlis advance dalam penjualan buku. Aku tidak nafikan banyak kedai-kedai buku  di Perlis, tetapi masih untuk golongan peringkat menengah dan rendah sahaja.

Aku berharap ada perubahan di Perlis dari segi penjualan ilmiah, memandangkan Perlis sudah kehadapan dari segi insitute pengajian. Sekian dulu penulisan kali ini. Semoga ketemu lagi di lain hari. Wassalam.


3 Responses to “kian lama”


  1. rdpm31000000Wed, 23 Jul 2008 23:37:15 +000023pm08, J0000007 9, 2007 at 15:50 +00:00Jul

    assalamualaikum..lama sudah ana tak dengar khabar dr enta..mdengar cerita ttg kehidupan enta kini buat ana terbayang2 bagaimana kehidupan yang akan lalui akan datang..seronok mdgar enta bercerita mgenai usrah adik2..sudah masanya enta bkhidmat untuk masyarakat disana. Ana doakan untk perjuangan enta..jangan lupakan adik2 kat nihon ni!

  2. 2 sufi haraki
    thpm31000000Tue, 29 Jul 2008 18:27:46 +000029pm08, J0000007 9, 2007 at 15:50 +00:00Jul

    Assalamualaikum,salam ukhuwwah..
    Akhi,terharu bila ana baca entri nta ni,seronok bila dgr nta cerita ttg usrah adik2..moga nta terus thabat kerana nta dah pun berada di medan yang sebenarnya..salam perjuangan.

  3. rdam31000000Sat, 23 Aug 2008 03:29:16 +000023am08, J0000008 9, 2007 at 15:50 +00:00Aug

    Jemput singgah ke Iqra’ Books, Plaza Kangar (Pasaraya Hafifah). Mana tahu kot ada buku yang berkenan🙂


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
July 2008
S S M T W T F
« Jun   Aug »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Archives

  • 57,723 guests

Categories


%d bloggers like this: