06
Aug
08

hari-hari berlalu

Salam Samurai,

Ni Men Hau Ma?! Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera. Akhirnya dapat juga aku memberi sentuhan buat keyboard aku ni. Rindu sangat2, ditambah lagi bila terima komen dari rakan-rakan. Seolah-olah, masih ada yang sudi untuk menjenguk di laman ini.

Kesibukkan semakin rancak, aku mula menstabilkan diri dengan suasana kerja, keluarga dan perjuangan. Dalam hidup aku, ini lah perkara yang perlu aku beri priority. Menstabilkan ketiga-tiga perkara itu akan membuat kita rasa bahagia. Merancang, dan Allah lah penentunya.

Semakin hari dekat dengan parti PAS, semakin banyak aku belajar dalam hal-hal gerak kerja tarbiyyah PAS. Kalau dahulu penuh yakin dengan PAS sentiasa mementingkan tarbiyyah, hari ini keyakinan itu semakin dalam. Malah setiap minggu kami akan pulang 11-12 malam untuk selesai bermesyuarat, berusrah dan bertamrin. Inilah kegembiraan dalam berjuang biarpun ia letih.  Di musim cuti sekolah aku diminta untuk menghandle program tarbiyyah utk peringkat sekolah, membimbing generasi kita kearah remaja soleh.

Reality masyarakat hari ini sememangnya membimbangkan, perjuangan dalam politik amat penting dalam membuat perubahan dalam masyarakat, tetapi soal tarbiyyah tidak boleh dijadikan perkara sampingan. Itulah antara perkara yang sering ditekankan oleh murabi kami Ustaz Yusaini.

Di dalam PAS banyak peringkat tarbiyyah yang perlu diperbaiki dan diusahakan dengan lebih gigih, maka pejuang-pejuang Islam mesti memenuhi ilmu didada dalam soal ilmu dan pengurusan. Biarlah masa yang kita ada semasa belajar dijadikan medan menuntut ilmu, tambahkan pembacaan. Itulah pesanan aku sebagai bekas pelajar. Aku mula melangkah untuk aktif dalam pemuda PAS, walaupun minggu tergendala disebabkan demam panas. Niat untuk bersama, sedih bila tidak dapat bersama- sentiasa dijadikan kekuatan untuk aku istiqamah. Terima kasih kepada rakan-rakan jemaah, yang menelefon, menghantar message untuk mengingatkan aku untuk sentiasa dalam usrah pemuda.

BIla disini, baru aku rasakan betapa pentingnya organisasi usrah itu sendiri. Biarpun pertemuan itu sekadar makan-makan. Tetapi keterusan usrah itu mesti dipastikan kelangsungannya. Namun, didalam PAS tidak ada aktif sekadar, semuanya serius.

Kita golongan terpilih, tetapi bukan lagi golongan yang dicintai Allah. Satu ayat yang benar-benar memberi hentakan dalam hati aku sewaktu menghadiri sebuah usrah haraki yang berlangsung seminggu sekali yang dikendalikan oleh Syiekh Yusaini. Terpilih untuk bersama perjuangan, tetapi penghujungnya belum tahu?! Golongan yang dicintai adalah mereka mati dalam perjuangan, seperti mana Tuan Guru Fadzil Noor. Mereka mati dalam keadaan memegang tali perjuangan. Kita?! Teruskanlah usaha untuk menjadi orang yang dicintai dan sentiasa berada dalam orang pilihan Allah.

Sahabat-sahabat,

Bila anda terpilih, maka laksanakanlah tugas anda dengan sungguh-sungguh. Jangan sesekali anda terlepas untuk menjadi orang pilihan buat kali kedua. Ingatlah bukan mudah untuk menjadi orang pilihan Allah, apatah lagi untuk menjadi orang yang dicintai oleh Allah. Kuatkan lah azam-mu! wahai teman.

Kesibukkan hari ini, menjadikan aku lebih matang dari semalam. Aku begitu bersyukur, kerana tanpa kesibukkan aku menjadi orang yang lalai dalam kehidupan. Banyak perkara yang ingin dikongsikan, tetapi masa tidak mengizinkan. Sepastinya, perjalanan hidup pejuang zaman belajar terlalu jauh berbeza dengan zaman kerja dan berkeluarga.

p/s: Sedih tak dapat join usrah haraki dengan Ustaz Yusaini minggu ni😦

Salam Sayang buat semua!


0 Responses to “hari-hari berlalu”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
August 2008
S S M T W T F
« Jul   Sep »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Archives

  • 57,723 guests

Categories


%d bloggers like this: