09
Aug
08

Semakin hari semakin maju

Salam Samurai,

Alhamdullilah, hari jumaat lepas aku telah di berikan sebuah bilik dan sebuah computer untuk menguruskan kerja-kerja aku di pejabat. Dengan kelebihan ini, boleh lah aku mengambil masa-masa terluang untuk membaca dan surf internet. Sebelum ini, aku masih menumpang dibilik orang lain, banyak perkara tidak dapat dilaksanakan dengan baik termasuklah hobi-hobi aku yang semakin tertangguh.

InsyaAllah dalam masa terdekat ini, dapat sahaja gaji pertama, aku dan wife bercadang untuk berpindah ke rumah sewa kami sendiri. Semoga kedudukan kami dengan Darul Islah melancarkan lagi kerja jemaah dan urus kerja di pejabat. Darul Islah merupakan tempat kami mendapat tarbiyyah dari murabi, perjumpaan pemuda dan lain-lain. Kedudukan yang dekat memberi kelebihan yang besar untuk aku perform selepas ini.

Biasa lah bila duduk dengan keluarga, sukar untuk kuar malam untuk pergi mesyuarat atau tanzim. Sentiasa di tanya, bukannya kita nak jauh dari keluarga, tetapi bukan semua faham akan urus dakwah kita. Biarpun mama dan ayah aku orang yang biasa dengan PAS. Tetapi mereka yang bukan benar2 faham dengan perjuangan, siapa mahu anak hidup susah. Hanya pergantungan kita kepada Allalh, membolehkan kita terus istiqamah dengan perjuangan biar pun masih di permulaan membina keluarga.

Aku bersyukur mempunyai isteri yang faham, biarpun hatinya sedih menanti kepulangan aku dilewat malam, tetapi aku yakin dia redha dan faham akan perjuangan aku. Terima kasih wahai isteri-ku. InsyaAllah, hijrah kita ke rumah baru akan memberi kehidupan baru buat kita.

Aku begitu setuju dengan penulisan ustz Hasrizal baru-baru ini, menghuraikan soal syariatullah dan sunnahtullah dalam kehidupan berkeluarga bagi mereka yang berjuang. Semoga aku terus istiqamah dalam memberi komitmen kepada keluarga dan perjuangan.

Perkahwinan merupakan perkara yang besar dalam kehidupan berjuang, untuk memahamkan seorang isteri akan hakikat berjuang bukan mudah. Biarpun mereka pernah ditarbiyyah, belum tentu mereka memahami hakikat perjuangan yang syarat lulusnya adalah ujian, mehnah, tribulasi dan pengrobanan. Apatahlagi, kalau kita berkahwin dengan orang yang luar dari tarbiyyah perjuangan. Sudah tentu lebih sukar, tetapi tidak mustahil. Terserah pada jiwa yang ingin berjuang.

Aku masih kerinduan untuk bertemu sahabat-sahabat pejuang terutamanya rakan-rakan usrah haraki bawah bimbingan ustz Yusaini. Minggu ini insyaAllah akan ada perjumpaan pemuda Kangar, mcam biasa bila perjumpaan Pemuda Kangar lewat malam baru sampai rumah sebab aku dok Padang Besar. That’s why nak sangat transfer ke Kangar. InsyaAllah bulan depan setelah dapat gaji.

Isnin ini wife aku bakal interview di Kuala Lumpur, seterusnya akan dpat tahu dimana posting beliau. Harap sahabat-sahabat dapat doakan kami berdua dapat ditempatkan di Kangar. Bolehlah lebih serius dengan perjuangan di Perlis.

Sekian dulu, semoga sahabat-sahabat dan saya mendapat keredhaan Allah S.W.T.


1 Response to “Semakin hari semakin maju”


  1. 1 naim
    tham31000000Sun, 10 Aug 2008 00:04:37 +000010am08, J0000008 9, 2007 at 15:50 +00:00Aug

    Alhamdulillah, satu perkembangan positif. Tunggu ana balik bulan ni.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
August 2008
S S M T W T F
« Jul   Sep »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Archives

  • 57,723 guests

Categories


%d bloggers like this: