11
Aug
08

Mendidik

Salam Samurai,

Alhamdullilah, aku sekarang sudah bisa mengupdate blog dengan lebih kerap disebabkan telah ditempatkan pada bilik sendiri dan diberikan sebuah computer. Aku begitu gembira!

Mendidik masyarakat tidak pernah menjadi cita-cita-ku semasa di alam persekolahan. Biarpun ayah aku seorang guru, tetapi dihati-ku tidak pernah terlintas. Alhamdullilah, mungkin itu adalah ketentuan tuhan untuk menjadikan aku seorang pendidik.

Biarpun aku bukanlah seorang yang bijak dan hebat untuk mendidik atau mengajar. Tetapi, ketetapan ini aku terima dengan redha. Aku bersedia untuk mentelaah semata-mata memberi manfaat kepada pelajar. Alhamdullilah, kejayaan aku menghabiskan pengajian di Jepun banyak memberi manfaat untuk aku memberi info berkenaan kemajuan, dan resepi kejayaan Jepun. Aku tidak taksub dengan kejayaan Jepun, kerana kita sebagai orang Islam mempunyai resepinya tersendiri dalam mendidik masyarakat. Cumanya segala kebaikan dari luar tidak pernah dilarang oleh Islam untuk diimport masuk.

Mendidik masyarakat bukan sekadar dengan ilmu di minda tetapi membina keimanan di hati. Itulah target aku dalam membimbing anak-anak muda. Cukup  menarik peristiwa dua tiga minggu yang lepas, seolah ia satu percubaan untuk aku mempamerkan bakat dalam memberi pendapat.

Aku diminta untuk mengurus sebuah program anak angkat untuk kampung di negeri ini. Dalam aktiviti program tersebut, dilaksanakan beberapa program ceramah bagi memberi input kepada warga kampung. Pada masa ketika jemputan yang sepatutnya memberi ucapan tidak dapat menghadirkan diri, aku telah diminta untuk mengambil tanggungjawab tersebut. Aku seolah-olah malu-malu kucing menerima tawaran, tetapi demi menjaga maruah sebuah institusi, aku mengambil tanggungjawab tersebut.

Kehadiran dalam program tersebut adalah dikalangan pelajar dan pemimpin dari kampugn tersebut seperti wakil rakyat dan JKKK. Memulakan ucapan dengan puji kepada Allah, aku membentangkan tajuk ” Mendepani Cabaran Pendidikan Masa Kini”.

Ia membuat aku agak segan silu dengan kehadiran orang yang berpangkat dikampung tersebut, ditambah pula taraf umur mereka adalah dikalangan yang perlu aku beri kehormatan. Anak-anak mereka yang berjaya, malah ada dikalangan mereka yang mempunyai cucu yang telah berjaya. Siapa aku untuk menggantikan seorang Prof. yang perlu menyampaikan ucapan?

Alhamdullilah, ceramah aku pada waktu itu mendapat sambutan. Pelbagai soalan dilontarkan kepada aku yang mewakili seorang ahli akademik. Aku begitu gembira kerana dapat memberi info kepada masyarakat tentang masalah-masalah perlu diperbaiki oleh pihak kerajaan dan institusi pendidikan. Pada waktu itu, aku merasakan betapa pentingnya seorang aktivis bebas menguasai seluas lapangan ilmu dalam membina masyarakat.

Segala peluang, dan ruang yang diberikan janganlah kita sia-siakan. Walaupun mereka adalah dikalangan pemimpin UMNO, dan gaya aku bercakap seolah mewakili pembangkang, mereka tetap menerima kerana membawakan aku adalah dalam medium akademik. Bijak berbicara berkenaan isu biarpun ia bertentangan, ia adalah hikmah dalam menghuraikan fakta. Tidak perlu kita nak serlahkan keperibadian pembangkang kita, yang penting adalah idea dan ilmu untuk mengubah dari yang buruk kepada yang baik.

Sekian dulu buat kali ini, semoga bermanfaat kepada semua. Wassalam


0 Responses to “Mendidik”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
August 2008
S S M T W T F
« Jul   Sep »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Archives

  • 57,723 guests

Categories


%d bloggers like this: