13
Aug
08

Kembangkan kemampuan demi perjuangan

Salam Samurai,

Masa yang sedikit ini aku gunakan untuk mengupdate blog. Sementara menanti masa untuk pulang ke rumah. Setiap minggu, isnin & selasa adalah antara waktu yang perlu aku memberi komitmen kepada jemaah. Hari rabu masih bergantung, cuma banyak kuliah-kuliah pimpinan dilaksanakan samaada haraki atau kuliah ilmu.

Hari ini aku pulang awal, tidak menghadiri kuliah tersebut kerana keperluan untuk mengambil wife aku yang bakal pulang dari Kuala Lumpur. Alhamdullilah, bersyukur kepada Allah, wife aku telah berjaya menghadapi interview dengan baik dan sekarang kami sama-sama menantikan keputusan posting pula. Semoga Allah memberi yang terbaik untuk kami.

Pada minggu ini banyak kenduri yang perlu kami sertai tidak kira dari rakan-rakan mahupun dari sanak saudara. Aku agak terkilan kerana tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan teman baik aku dan ahli usrah aku pada minggu lepas. Apa boleh buat, keadaan tidak mengizinkan ditambah lagi dengan jarak yang begitu jauh. Semoga teman aku ayie bahagia hingga ke akhir hayat. Diharap perkahwinan ini memperkuatkan lagi perjuangan kita.

Minggu ini aku diminta untuk menguruskan program anak-anak sekolah diperingkat menengah. Kami menetapkan target pertemuan kali ini ialah melahirkan anak soleh yang berjaya dari sudut akhlak, ibadah dan akademik. Pendaftaran dari peserta masih ditahap yang begitu minima. Semoga Allah mempermudahkannya. Aku kepelikkan dengan suasana Perlis yang kurang sambutan dengan program-program seperti ini, tidak seperti Kedah, dan negeri-negeri lain. Sambutannya agak menggalakkan. Mungkin budaya ilmu di Perlis masih ditahap minima.

InsyaAllah pada minggu yang sama aku diminta oleh pimpinan pelajar untuk membentangkan kertas kerja pengurusan jemaah. Kali ini aku membentangkan dua sistem pengurusan penting iaitu SWOT analysis dan MBO. Alhamdullilah, dalam masa yang ada semua power point telah disiapkan. Handout atau pembentang dalam bentuk bengkel pun telah dirancang rapi. Semoga ia berjalan dengan baik.

Dalam sebuah organisasi yang menyampaikan risalah Islam, keperluan ilmu itu tidak sekitar ilmu agama dan fardu ain. Tetapi ilmu pengurusan juga penting bagi melancarkan gerak kerja jemaah. Pengurusan Jemaah yang baik mampu memberi impak yang baik dari segi efisien dan efektif nya satu gerak kerja.

Semoga permintaan yang tinggi dari rakan-rakan pimpinan dapat aku tunaikan dengan baik. Dengan masa yang singkat ini, mungkin sukar untuk aku memberi talk dengan baik. InsyaAllah, pengalaman semasa belajar akan aku curahkan sebaik yang mungkin.

Semoga usaha kalian untuk memantapkan lagi organisasi dakwah ini diberkati oleh Allah S.W.T. Salam Perjuangan buat semua.


0 Responses to “Kembangkan kemampuan demi perjuangan”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
August 2008
S S M T W T F
« Jul   Sep »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Archives

  • 57,738 guests

Categories


%d bloggers like this: