20
Aug
08

Perjuangan Dan Persahabatan

Salam Samurai,

Begitu terasa kehangatan berukhuwah dalam perjuangan. Biarpun terasa berat untuk meninggalkan isteri demi sebuah perjuangan, kehadiran sahabat-sahabat yang turut berkorban, memberi satu semangat baru. Terima kasih kepada isteri kerana sentiasa menyokong dan mendokong perjuangan aku. Semoga pengorbanan-mu diberi pembalasan oleh Allah. Wahai isteri-ku, ia adalah satu permulaan.

Alhamdullilah, dengan berkat usaha anggota Jabatan Pembangunan Remaja PAS sebuah program telah terhasil dengan baik. Betapa bahagianya diri ini bila anak-anak remaja ini diberi sentuhan baru untuk berhadapan dengan dunia luar yang begitu mencabar.

Dua topik besar telah kami bentangkan kepada adik-adik untuk meneruskan kehidupan dengan lebih baik ialah Sifat Anak Soleh & Study Skill. Berkat fasi dan penceramah ia memberi kesan yang mendalam kepada adik-adik ini pada penilaian aku.

Modul-modul yang menarik telah memecahkan tembok besar dikalangan adik-adik remaja ini. Kami begitu berbangga bila adik-adik mahukan pertambahan waktu utk prgram yang telah kami selenggarakan. Satu penghormatan kepada kami bila ibu bapa dari setiap keluarga mahukan kami meneruskan program seperti ini utk anak-anak mereka.

Tangisan air mata adik-adik sendiri menimbulkan keinsafan kepada kami yang mengendalikan program. Ia merupakan satu catatan baru dalam diari hidup aku bila di beri tanggungjawab menghandle sebuah program peringkat remaja. Terima kasih kepada semua urusetia begitu setia menerima arahan dari aku yang lemah ini.

Aku begitu bangga dengan PAS kerana memberi komitmen yang tinggi kepada pentarbiyyahan/pendidikan kepada anak-anak remaja. InsyaAllah, aku ingin terus memberi komitmen dalam membantu membangunkan Jabatan Pembanggunan Remaja dengan lebih agresif selepas ini. Kita memerlukan ramai lagi tenaga-tenga profesional dalam membantu gerak kerja pendidikan generasi muda.

Anak-anak muda perlu bersedia dengan ilmu komunikasi, pengurusan dan kepimpinan bagi memantapkan lagi PAS dalam sektor pendidikan. Sektor pengurusan yang sering diabaikan oleh generasi dakwah boleh menyebabkan kurang efektif dan efisiennya sebuah gerak kerja dakwah dan tarbiyyah. Itulah antara pesanan aku kepada pimpinan muda di peringkat mahasiswa.

Pimpinan Mahasiswa

Semalam aku berbual dengan sebuah pimpinan mahasiswa dari sebuah university, perbincangan sekitar gerak kerja dakwah di kalangan mahasiswa. Begitu mengecewakan, bila ada dikalangan generasi dakwah yang mengsabotaj gerakan Islam lain dalam hal nahi mungkar atas kepentingan diri dan kumpulan. Sepatutnya sebuah gerakan Islam, segala tenaga digembeling bukan untuk kepentingan kumpulan tetapi kepentingan Islam itu sendiri.

Malah, ada sesetengah gerakan Islam yang kononnya begitu komit dalam hal-hal tarbiyyah membantah gerak kerja demotrasi, sebaran risalah nahi mungkar kerana ia menyalahi startegi gerakan. Aku kepelikan, ada juga individu gerakan Islam yang komit dengan tarbiyyah tetapi mengabaikan soal amar maaruf nahi mungkar.

Menagap Begitu?! Benarkah mereka faham hal-hal dakwah dan tarbiyyah dengan erti kata sebenar. Adakah mereka berhujah dengan usaha nabi diperingkat Makkah, sibuk dengan tarbiyyah individu terlebih dahulu?! Benarkah kita ini diperingkat Makkah, langsung tidak mempunyai kekuatan untuk melaksanakan amar maaruf nahi mungkar?! Benarkah nabi tidak melaksanakan nahi mungkar diperingkat dakwah di Makkah?!

Semua soalan ini berlegar di fikiran aku, keluhan hati seorang sahabat aku itu membuat aku begitu marah kepada “kumpulan-kumpulan Islam” yang cetek fikirannya. Amar Maaruf Nahi Mungkar disebut oleh Allah dengan satu ayat yang sama dan tidak dipisahkan. Arahannya berbentuk berpasangan, bukan secara berpisah.

Kita bukan sekadar gerakan amar maaruf semata-mata, dan nabi tidak pernah memperjuangkan agama secara sebegitu. Kalau hanya dengan amar maaruf, sudah pasti nabi tidak di tindas oleh puak-puak musyirikin yang berkepentingan.

Ya Allah, sedarkanlah mereka dalam realiti dakwah sebenar, bukan angan-angan dalam perjuangan. Aku boleh  menerima cara mereka berfikir, tetapi aku tidak dapat menerima tindakan mereka mengsabotaj gerakan Islam lain.

wallaualam.


4 Responses to “Perjuangan Dan Persahabatan”


  1. 1 warkahraudhah
    thpm31000000Wed, 20 Aug 2008 14:37:31 +000020pm08, J0000008 9, 2007 at 15:50 +00:00Aug

    Assalamualaikum,sudah lama tidak meghadirkan komen.
    Benar,jika mereka berlainan strategi dalam perjuangan,ana masih lagi dapat berlapang dada.Namun,jika hasad dengki ditunjangkan pada menegakkan hak untuk kebenaran islam,ana pun terasa wajar untuk kemarahan dilafazkan.Mengapa kita sering bertengkar atas perkara yang remeh?? Mengapa tidak kita sering persoalkan sejauh mana,keterlibatan kita pada usaha untuk membangunkan islam itu sendiri…

    Tuntasnya,ana seakan-akan hilang sabar pada sesetengah pihak yang seringkali mensabotaj aktiviti islam yang lain.Mengapa tidak sama-sama mengkoreksi diri?-Kemana muhasabah yang kita sering idola-idolakn,demi menegakkan sebuah bi’ah dan suasana islam yang murni??

    InsyaAllah,sama-sama kita mendidik diri,menambah kefahaman dalam beragama.Teruskanlah menulis untuk berkongsi,ya akhi.Untuk terus memberi dalam erti kebaikan.

  2. 2 warkahraudhah
    thpm31000000Wed, 20 Aug 2008 14:39:03 +000020pm08, J0000008 9, 2007 at 15:50 +00:00Aug

    Salam,sebab ape kadang-kadang komen akan terdelete dengan sendirinya?

  3. 3 samuraisyahid
    stam31000000Thu, 21 Aug 2008 10:04:35 +000021am08, J0000008 9, 2007 at 15:50 +00:00Aug

    Salamz akhi,

    Taktahu la ana, tetapi setakat ini tak pernah dapat maklumat bahawa komen terdelete. Cuma mungkin belum di approve oleh ana sendiri. wallahualam.

  4. stpm31000000Thu, 21 Aug 2008 17:57:39 +000021pm08, J0000008 9, 2007 at 15:50 +00:00Aug

    Hmm.. bila perjuangan ditikam dari belakang, terasa kemarahan pula yang selimutkan tubuh. Bila difikirkan semula, tahap toleransi juga ada batasnya, kesabaran ada hadnya. Sedia maklum, jalan dakwah tak pernah sunyi dari serangan musuh dan ancaman jerat.

    p/s: Kalau dapat ceritakan jenis sabotaj yang dikenakan, moga dapat menjelaskan lagi keadaan ini kepada pembaca.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
August 2008
S S M T W T F
« Jul   Sep »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Archives

  • 57,723 guests

Categories


%d bloggers like this: