22
Aug
08

Pen-Dajalan Dunia

Salam Samurai,

Alhamdullilah, dapat meluangkan masa untuk menulis di laman blog ini. Ramai yang bertanya, enta tak kerja lagi ke. Mungkin melihat kelapangan yang aku miliki disini.

Bersyukur kepada Allah S.W.T dengan keizin-Nya pemilihan aku ditanah Perlis ini adalah tempat yang tepat aku perjuangkan Islam. Berbulan-bulan aku berfikir, dimanakah lapangan paling tempat untuk aku berjuang. Ada yang mencadangkan Kuala Lumpur, ada yang mengajak untuk berjuang di tanah kelahiran sendiri, malah ada yang ingin aku kekal di tempat belajar.

Dalam setiap keputusan yang aku buat, pasti aku merujuk kembali kemampuan untuk aku berjuang. Aku ingin memastikan aku tidak futur dalam perjuangan dalam setiap keputusan yang aku ambil, dalam memilih isteri, memilih tempat kerja, tempat perjuangan dan lain-lain. Semoga dengan nait baik, Allah terus mengekalkan aku di kalangan orang terpilih dan akhir sekali digolongan yang mati dalam perjuangan agama mulia ini.

Alhamdullilah, aku diberi kelapngan masa untuk aku membaca walaupun sudah berkeluarga dan bekerjaya. Sebulan sebuah buku, masih dpat aku pertahankan setakat ini. Biarpun, aku tidak dapat menyudahkan buku-buku english yang aku ingin baca. Aku sedaya upaya mencari buku yang mampu aku abiskan utk rutin yang telah aku tetapkan sebulan sekali.

Aku membaca persoalan dajal, ya’juj & ma’juj. Baru aku faham maksud nabi berkenaan dajal yang amat menakutkan. Setiap hari jumaat, sedaya upaya aku membaca surah al-Kahfi yang merupakan pendiding dari terpengaruh dengan fitnah dajal (sebesar-besar fitnah).

Setelah aku mentelaah buku tersebut, baru aku tahu bahawa fitnah dajal adalah fitnah yang sedang berjalan dimuka bumi ini. Dan disebut oleh nabi, dajal itu akan keluar dari timur. Ya! memang benar apa yang diberitakan nabi, fitnah dajal sedang berjalan dengan rancaknya di tanah air Malaysia ini sendiri.

Fitnah dajal yang begitu hebat diberitakan oleh nabi itu bermaksud penipuan terhadap agama, dan permainan politik barat (berbangsa nasrani). Kita semakin terikut-ikut dengan trend yang berjalan sekarang, pengaruh dajal yang ingin membawa kita kearah rasa tidak bertuhan. Sistem pendidikan sebagai contoh, banyak telah terikut dengan dunia barat. Didalam hadith ada menyentuh, pengikut-pengikut dajal ini juga banyak dikalangan wanita. Baru aku sedar, perubahan dalam masyarat kita hari ini, terikut dengan budaya pakaian, akhlak, pergaulan dan lain adalah perubahan dari pendajalan dunia terhadap kaum hawa.

Kita melihat, mana-mana negara yang tidak mengikut kehendak Amerika dan Barat akan ditindas habis-habisan. Pelbagai kecaman dikenakan dari sudut ekonomi seperti di palestin. Bagi mereka yang mengikut kehendak kuasa besar ini, kehidupan mereka akan aman damai.

Dari segi percambahan teknologi, antara bukti kehebatan dajal dalam hal-hal dunia. Seolah-olah, segala sumber kehidupan adalah dibawah penguasan mereka. Mereka yang menjadi pengikut dajal mendapat syurga di dunia, yang melawan dajal mendapat neraka di dunia.

Maka, marilah kita pertahankan aqidah kita, jangan sesekali terpengaruh, dan rasa takut dengan kekuatan barat yang menonjolkan pelbagai kebolehan mereka di dunia. Percaya dan yakinlah bahawa agama mampu memberi perubahan kepada umat ini.

Sama-sama kita renungkan, kita bukan menanti dajal datang, tetapi kita sedang di dajalkan oleh Barat yang berkuasa pada hari ini.

Wallahualam.


1 Response to “Pen-Dajalan Dunia”


  1. 1 warkahraudhah
    thpm31000000Mon, 25 Aug 2008 16:24:39 +000025pm08, J0000008 9, 2007 at 15:50 +00:00Aug

    Salam,benar sekali paknya.Sampai sumpah-menyumpah dengan al-quran pun seolah-olah dipersenda-sendakan.fitnah yang maha dajjal semakin berleluasa di malaysia.politik makin kotor.kekotoran makin kelihatan,jika dibandingkan dengan usaha untuk membersihkannya.selamat bekerja lagi di lapangan yang ada.semoga sentiasa beristiqomah.ameen.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
August 2008
S S M T W T F
« Jul   Sep »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Archives

  • 57,738 guests

Categories


%d bloggers like this: