25
Aug
08

ramai menanti

Salam Samurai,

26 Ogos 2008 merupakan penantian buat semua. Kemenangan adalah milik siapa?! Keberanian Wan Azizah melepaskan Parlimen Permatang Pauh amat aku kagumi. Bersedia memberi jawatan kepada yang lebih layak demi Malaysia yang tercinta.

Walaupun, aku tidak begitu excited bertukar kerajaan dengan masa yang singkat ini. Ia tetap satu kegembiraan jika ia terjadi. Aku kagum dengna bahsa politik tok guru haji Hadi, kita bukan politik mat jenin. Berangan dengan pekara yang belum pasti.

Aku yakin, kata-kata tok guru disebabkan keyakinannya bahawa perjuangan Islam tidak semudah yang diharapkan. Semuanya perlu dilalu dengan mehnah dan tribulasi. Kita tidak menolak, kemenangan Islam di Malaysia suatu hari nanti akan didatangi dengan masalah yang lebih besar. Kalau dahulu kita berhadapan dengan makhluk UMNO yang berlagak dajal (berkuasa), mungkin dengan kemenangan Islam pada suatu hari nanti, kita akan dikecam dengan Hero Dunia Amerika Syarikat yang berpangkalan di Singapura.

Sebuah harapan baru buat Malaysia, bila Anwar Ibrahim berjaya memenangi Permatang Pauh. Tetapi dengan keadaan sekarang aku juga bimbang pakatan rakyat akan kehilangan kerusi Parlimen tersebut melalui gerak jahat dari pihak lawan.

Arif Omar yang kononya mampu berbahasa Hokien dan Mandarin merupakan pencabar Anwar Kali ini, walaupun aku tidak merasakan beliau mempunyai banyak penyokong, aku tetap bimbang dengan dunia politik kotor sekarang. Semoga Allah  membantu mereka yang ikhlah berjuang demi agama, bangsa dan negara. Pesanan aku buat Arif Omar, isteri Anwar Ibrahim bukan sekadar mampu bercakap bahasa Cina, malah beliau adalah dari bangsa Cina. Jangan terlalu angkuh dengan sedikit kehebatan Tuan.

Pinjamkan 4 tahun ?! Geli hati aku mendengarnya, Malaysia telah di pinjamkan selama 51 tahun. Habis agama, bangsa dan negara di anaiya. Lihat sahaja anak bangsa kita, hampir semua nak jadi artis. Anak kecil yang berjiwa bersih, masing-masing ingin jadi hero negara seperti tentera, doktor, polis, penguam dan lain-lain, akhirnya setelah di UMNO kan semua jadi sampah masyarakat. Pelbagai akademi merosakkan masyarat di laksanakan untuk mengubah pemikiran dan akhlak umat.

Sukar untuk aku bercerita tentang kerosakkan yang UMNO telah lakukan dari segi rasuah, salah tadbir, politik dan lain-lain. Tetapi, aku mampu menilai yang sentiasa berada di depan mata. Anak-anak remaja, dan anak-anak siswa yang membesar didepan mata aku, tidak dapat menolak kerosakkan yang telah dilakukan oleh UMNO sendiri.

Sistem pendidikan merupakan perkara yang besar membuat aku terus runsing dengan masa depan anak bangsa sendiri. Semasa aku laksanakan program remaja, aku begitu sedih dan kecewa bila ada anak-anak yang cemerlang dalam matematik dan sains di peringkat UPSR putus asa untuk belajar dalam subjek tersebut kerana terpaksa belajar dalam bahasa Inggeris.

Salah mereka kah?! Mereka adalah anak-anak kampung serba kekurangan, hari-hari bercakap dalam bahasa melayu pelek Perlis lagi. Tetapi, mereka adalah anak-anak yang cerdik dan berakhlak mulia. Aku kecewa dan terus kecewa. Apa yang telah aku rasakan semasa pertukaran bahasa terhadap sains dan matematik telah berlaku. Mereka cemerlang dalam subjek lain seperti sejarah, geografi dan lain-lain, tetapi mereka kecundang dalam subjek utama. Kemanakah mereka akhirnya.

Tidak bagus kah kalau dilaksanakan dalam bahasa Inggeris?! Jepun, sebuah negara maju yang sedang membanggunkan bahasa Inggeris untuk anak-anak mudanya menerajui teknologi. Tetapi, mereka tidak gopoh melaksanakan perubahan, kerana sifat tergopoh gapah akan merugikan generasi terkemudian.

Di Jepun, ada dikalangan Professor dan Professor Madya-nya tidak dapat berbahasa inggeris dengan baik. Tetapi mereka dapat membina kemajuan dengan bahasa mereka sendiri. Kerana mereka faham isi kandungan setiap yang ingin dipelajarinya. Jepun pada masa sekarang tengah sibuk memperbaiki bahasa Inggeris dikalangan anak-anak mudanya demi masa depan yang lebih gemilang. Aku setuju dengan tindakan tersebut, berbezanya Jepun dengan Malaysia adalah setiap perubahan dibuat dengan agenda pendidikan yang sempurna dan membanggun, tetapi Malaysia seolah ada agenda politik yang tersendiri.

Sekarang Jepun, sedaya upaya  membuat pembaikan bahasa inggeris diperingkat University terlebih dahulu. Ia sebagai permulaan untuk membiasakan anak bangsanya berjinak-jinak dengan bahasa Inggeris. Banyak kelas-kelas tambahan bahasa Inggeris dibuka diperingkah sekolah dan University sebagai langkah awal membanggunkan bahasa Inggeris. Tetapi tidak kita yang terlalu agresif sehingga membebankan anak-anak kampung yang bijak pandai.

Mengapa hendak disalahkan anak  kampung yang tidak pandai bahasa Inggeris dalam Matematik dan Sains, sedangkan guru yang mengajar juga tidak mengajar dalam bahasa Inggeris. Ubah guru terlebih dahulu sebelum ubah pelajar. Bijaklah dalam melakukan perubahan untuk negara wahai pemimpin-ku.

Sekian dulu!


0 Responses to “ramai menanti”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
August 2008
S S M T W T F
« Jul   Sep »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Archives

  • 57,723 guests

Categories


%d bloggers like this: