26
Aug
08

saya

Salam Samurai,

“Saif, mai kat ustaz!” ustaz memanggil manja selepas usrah pemuda PAS Perlis. Aku cukup segan dengan ustaz, dan ustaz selalu membuat aku sentiasa dalam keadan malu bila berada dekat dengan beliau.

Ustaz Yusaini seorang kuat berjuang, bersungguh dalam berjuang, dan kuat berhadapan dengan rakan seperjuangan yang pelbagai. Itulah PAS, dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat. Serendah-rendah lapisan masyarakat sehingga ke setinggi-tinggi lapisan masyarakat. Hanya yang besar jiwanya mampu bersabar dan teguh dengan perjuangan dan sentiasa bersikap lapang dada.

Pelajaran dari Murabi

” Ustaz tahu hati enta menggelegak kepanasan utk berjuang, tp sabar, mulakan dari bawah” pesan ustaz.

” Ikut cakap murabi, enta selamat” sambil ketawa ustaz menasihati.

Benar kata ustaz, dua tiga hari ini aku agak ghairah untuk memberi idea dan pandangan. Mencari-cari kerja bagi membantu jemaah. Kepanasan jiwa memberontak, mungkin kehadiran aku dalam jemaah bukan sekadar kehendak hukum, tetapi desire yang sudah lama membakar sejak zaman belajar.

Aku cuba mengenali pontensi sendiri, dan ingin menyumbang. Cuma pontensi seolah-olah terbantut mencari peluang perjuangan. Nasihat ustaz membuat aku kembali bermuhasabah. Sudahkah aku bersedia untuk turun di medan perjuangan yang penuh mehnah dan tribulasi ini. Cabaran keluarga, kerjaya, dan masyarakat sekeliling. Sudahkah aku sediakan roh yang sihat untuk menempuh semua itu?!

Aku bermuhasabah, ingin berkongsi dengan zaujah tercinta yang jauh dari pandangan. Aku bertekad, jadikan ramadhan sebagi pemulaan bina jiwa seorang pejuang.

Laju aku memecut dengan special edition-ku pulang kerumah sambil mengenangkan pesanan murabi yang ringkas tp padat utk aku yang baru turun di medan sebenar.

Gopohkah aku?!

Sekian!


5 Responses to “saya”


  1. thpm31000000Tue, 26 Aug 2008 15:42:58 +000026pm08, J0000008 9, 2007 at 15:50 +00:00Aug

    betul kata ustaz yusaini tu.. perlu kesabaran dlm berjuang.. jiwa nta masih mudah.. semangat membara-bara.. ana pernah alami semangat perjuangan spt nta dikampus dulu.. tp..ia tidak kekal… k.ana (zaujah ustaz yusaini) selalu nasihatkan ana supaya istiqamah… tp hakikatnya..slps PRU yg lepas ana dah mula sibuk dgn hal-hal dunia.. menstabilkan kerjaya.. tanggungjawab kpd keluarga dan berbagai lg mslh yg timbul.. dan skrg ana trfikir.. dimanakah semangat aku yg membara-bara sewaktu dikampus dulu???

  2. 2 zai
    tham31000000Thu, 28 Aug 2008 02:22:17 +000028am08, J0000008 9, 2007 at 15:50 +00:00Aug

    salam, aneeza gi mana fizi? btn ke?dah dpt tahu kerja di mana?kirim salam padanya k.

  3. 3 samuraisyahid
    tham31000000Thu, 28 Aug 2008 09:37:18 +000028am08, J0000008 9, 2007 at 15:50 +00:00Aug

    Zai ireland erk, aneeza sihat alhamdullilah. Doakan kami bahagia dsini ye. Aneeza belum dapat tahu posting sbb tak hantar lagi posting yang hendak di pilih. Cuma dia dah lulus interview, doa2kanlah kami supaya sentiasa dekat dan bersama ye.

  4. 5 samuraisyahid
    stam30000000Mon, 01 Sep 2008 08:07:07 +000001am08, J0000009 9, 2007 at 15:50 +00:00Sep

    Lupa lak nak menjawab soalan, Aneeza belum BTN lagi. Masih seronok bercuti, sampai nak cuti taktahu lah. Nasihatkan dia sikit, ramai orang sakit diluar sana. hihi.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
August 2008
S S M T W T F
« Jul   Sep »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Archives

  • 57,738 guests

Categories


%d bloggers like this: