28
Aug
08

emosikah aku

Salam Samurai,

Ketegasan bukan pilihan, tetapi merupakan keperluan dalam mengemudi sebuah gerakan Islam. Ikatan ukhuwah, rasa kebersamaan adalah salah satu cabang untuk mengeratkan lagi kekuatan dan semangat perjuangan.

Menjadi rutin mingguan, aku ditugaskan melaksanakan usrah kepada anak-anak MADI. Tetapi pendekatan aku kali ini agak berbeza, dek disebab sikap pelajar. Aku lebih suka kepada pendekatan berkawan dalam membimbing anak-anak remaja, supaya aku dapat merasakan apa yang mereka rasa.

Maka, didalam usrah aku lebih santai tetapi sentiasa memberikan ilmu yang berguna. Ketawa bukan tujuan, ilmu dan pengamalan terhadap ilmu adalah tujuan aku mengendalikan sebuah usrah.

Tetapi malangnya, dua tiga orang ahli usrah kerap kali berseloka dan buat tidak endah dengan apa yang aku sampaikan. Biarpun aku menyampaikannya dalam  jenaka ataupun serius, mereka seolah memijak kepala aku. Bukan sekali, tetapi terlalu kerap. Aku tidak marah, sebab aku ingin memikat hati, cuma bila dkenangkan guru-guru mereka yang mendidik dan hanya bergajikan yang sedikit. Hati aku berkata, “ini sudah melampau!”

Sekali meletup, semua membisu. Itulah kesimpulan yang dapat aku buat apabila aku memberi tazkirah yang berbeza cara dan rupa. Soalan aku mudah, ” melampau tak depa nie?” tanya-ku serius kepada ahli-ahli usrah lalin.

“Melampau!” Jawab mereka. “Tahu kenapa?” tanya aku lagi. Masing memberi respon. Usrah yang bertajuk akhlak telah bertukar kepada tazkirah disiplin. Liqa-liqa usrah lain memaling memerhati liqa aku. Mungkin mendengar suara aku yang terlebih lantang hari ini.

Aku bukan seorang pemarah, tetapi kata-kata aku mahukan satu harapan buat ummah. “Antum semua  harapan ana, harapan anak-anak ana suatu hari nnt. Mereka akan membesar dibawah ulama’ ini” jari aku menunjuk seorang demi seorang. Masing-masing terdiam.

Usrah dihabiskan agak awal berbanding yang lain, merehatkan setiap jiwa supaya berfikir. Kami bersalaman, dan berlalu pergi. Ada yang datang berjumpa, bersembang-sembang kosong dengan aku. Lega rasanya hati, risau juga kalau ada yang tidak mahu lagi mendampingi.

Aku tinggalkan mereka dengan semangat baru, menjadi ulamak yang cerdik dan kuat pendirian. Semoga usaha ini memberi makna buat kita.

Wallahualam.


2 Responses to “emosikah aku”


  1. 1 indahayatisamsi
    thpm31000000Thu, 28 Aug 2008 16:51:53 +000028pm08, J0000008 9, 2007 at 15:50 +00:00Aug

    Boleh bayang macam mana en. gg meletup.
    Sekali-sekala perlu juga begitu…

    Quote dari artikel Ustaz Hasrizal
    “Jangan kamu perkecilkan sesuatu yang ma’ruf walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang ceria” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi di dalam Syi’ab al-Iman)

    Senyum dan ceria-cerialah tatkala berurusan dengan manusia, menangislah semasa bersunyi-sunyian bersama Dia.

  2. 2 samuraisyahid
    thpm31000000Thu, 28 Aug 2008 18:04:03 +000028pm08, J0000008 9, 2007 at 15:50 +00:00Aug

    Tiada niat dihati untuk marah kerana diri ini korbankan masa memberi nilai hidup kepada remaja hadapan. Tetapi, diri ini resah masa depan Malaysia dibawah bakal2 ulama’ ini. Dengan rasa tnggungjawab dan belas kasih memberi tunjuk ajar yang berguna.

    InsyaAllah, akan terus komited dengan dakwah ini untuk generasi mendatang supaya lebih ceria dan bermakna! Marah kerana Allah akan peroleh pahala. Thanks inda, semoga terus komit untuk membawa akhwat bersama Islam.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
August 2008
S S M T W T F
« Jul   Sep »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Archives

  • 57,738 guests

Categories


%d bloggers like this: