29
Aug
08

kibarkan panji Islam

Salam Samurai,

Alhamdullilah, alhamdullilah, alhamdullilah… Bersyukur kepada Allah dengan sebesar-besar syukur kerana Allah masih mengekalkan iman dalam diri kita. Malah memilih kita untuk menjadi sebahagian dari generasi penerus perjuangan para Nabi dan Sahabat.

Alhamdullilah, alhamdullilah, alhamdullilah… Menangislah dan teruskan menangis kerana hari ini kita telah di amanahkan oleh Allah untuk mengemudi sebuah perjuangan, setiap usaha perjuangan tersebut akan pertanggungjawabkan oleh Allah s.w.t.

Bila direnung kembali, tidak rugi aku berada di negeri Perlis darul sunnah ini. Negeri-nya kecil, tetapi penuh dengan kebaikkan bila aku berada didalam perjuangan PAS Perlis. Banyak perkara yang tidak diperolehi oleh amilin lain, hampir semua aku perolehinya di negeri Perlis. Mungkin disebabkan coverage yang kecil. Mudah benar untuk aku bertemu dengan pimpinan disini.

Rabu lepas, pertemuan dengan tokoh besar didalam PAS Tuan Guru Dr Haron Din telah diadakan di Balai Islam MADI. Melihat wajah tok guru yang sememangnya berasal dari Perlis membuat aku begitu tenang. Pada masa yang sama, kehadiran Ustaz Hashim Jasin sebagai murabi amilin PAS Perlis membuat aku serba beruntung berada disini. Ustaz Hashim Jasin merupakan antara tokoh yang ditarbiyyah terus dari pimpinan Ikhwanul Muslimin Iraq. Lontaran idea, serta pandangan beliau berkenaan perjuangan Islam di masa hadapan cukup hebat.

Aku telah diamanatkan oleh pihak pimpinan untuk membangunkan Mahasiswa dan Remaja di Perlis. Tanggungjwab tersebut diberikan dengan penuh harapan untuk melengkapkan sebahagian dari struktur dakwah. Aku masih berfikir, dari mana perlu bermula. Kesibukkan darul Islah dengan aktiviti harian membantutkan tugas aku. InsyaAllah dalam masa terdekat ini, memperkemaskan lagi tugasan tersebut.

Isteri Pejuang Perlu Bermadu

Itulah ungkapan yang diutarakan dalam majlis perkahwinan saudara Izuan oleh abang Yaser di Darul Islah. Sedikit pandangan dan pesanan dari keluarga yang berkahwin kepada akhi Izuan. Aku turut diminta untuk melontarkan semangat dan pengalaman hidup. Tetapi siapalah aku ini, yang hanya seorang pejuang yang lemah dan daif. Hanya titisan air mata mampu memberitahu bahawa diri ini masih belajar, dan masih perlukan bimbingan dari mereka yang telah lama berjuang. Aku sedar, kehadiran sahabat yang bekerja full time jemaah telah banyak mengorbankan keluarga demi kepentingan ummah. Isteri yang tabah memahami sahaja dapat bertahan dengan kesukaran hidup ini.

Untuk bakal-bakal isteri, sesungguhnya suami-mu telah bercinta dan berkahwin terlebih dahulu dengan perjuangan ini. Maka, terimalah hakikat ini kita pasti bermadu. Berkongsi masa, berkongsi kewangan, berkongsi  kasih dan sayang dengan perjuangan yang telah lama bersama suami-mu adalah reality kehidupan isteri pejuang.

Kesabaran dan saling faham memahami sahaja dapat mengekalkan sebuah keluarga yang bahagia. Sudah pasti, ketakwaan kepada Allah akan menambahkan lagi kebahagian dalam berkeluarga. Marilah kita gengam kuat dan kibarkan panji Islam ini dengna izzah dan keyakinan bahawa Islam pasti menang.

Aku cukup tertarik dengan kata-kata Nurul Izzah sewaktu saat getir pilihanraya kecil permatang pauh. Ungkapan yang indah dan bermakna dalam hidup bagi seorang pejuang ” Ketabahan papa, Kesetian mama”. Seorang suami yang sabar berjuang, bersama dengan kesetian seorang isteri yang terus menyokong dan mendokong. InsyaAllah, kita akan bahagia dan berjaya.

Keluarga Darul Islah, banyak mendidik dan menukar perspektif pandangan hidup aku dalam berjuang. Mengajar aku untuk lebih berkorban dan mengerti erti sebenar pengorbanan. Kita menangis dengan keimanan, untuk meneruskan perjuangan yang sukar ini. Taniah Darul Islah, taniah Murabi Ustaz Yusaini kerana agenda dakwah dan tarbiyyah ini terus berkembang dengan titis pengorbanan yang tidak mengenal jemu dan kecewa.

Fallah

Seorang sahabat telah berhijrah ke Darul Islah, di import jauh dari Sungai Petani untuk dijadikan keluarga Darul Islah. Itulah permintaan aku secara tidak langsung dari Pengelola Darul Islah Ustaz Yusaini. Aku mendoakan saudara Fallah akan bersama-sama mendayung kapal perjuangan mengharungi arus kesukaran di bumi Perlis ini.

Keyakinan dan Kepercayaan kepada saudara Fallah membuat aku tidak sabar menanti kehadirannya turun berjuang di bumi Perlis ini. Aku yakin beliau telah terpukau dengan keluarga Darul Islah, yang telah berjanji akan patuh dan taat kepada Allah dan Rasul-Nya demi mendaulatkan Islam.

Keluarga yang kecil, tetapi bila disatukan dan dibanggunkan ia bisa menjatuhkan sebuah gerakan kufar yang besar. InsyaAllah.

Salam Perjuangan buat semua amilin Islam.

Wallahualam.


2 Responses to “kibarkan panji Islam”


  1. thpm31000000Fri, 29 Aug 2008 13:07:32 +000029pm08, J0000008 9, 2007 at 15:50 +00:00Aug

    salam kenal!
    Islam memang ada untuk diperjuangakan, apalagi dalam momen ramadhan Rosululloh sang Teladan terbaik memberi contoh kepada kita dengan cara berjuang menegakkan islam. Peristiwa Badar kubro salah satunya!
    so fight!
    http://www.ragilsukma.wordpress.com

  2. 2 meike kartika bangun
    thpm30000000Thu, 09 Apr 2009 18:02:35 +000009pm09, J0000004 9, 2007 at 15:50 +00:00Apr

    oM kibarkan panji Islam yang km tulis nwe udah sdikit mmpengaruhi aq….Alhamdullilah om…
    ya paling tida aq yang bisa aq ambil dari sini…..thx oM udah suruh aq buat baca…..
    so good oM….
    🙂


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
August 2008
S S M T W T F
« Jul   Sep »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Archives

  • 57,723 guests

Categories


%d bloggers like this: