01
Sep
08

Harapan Malaysia Baru

Salam Samurai,

Kemenangan Anwar Ibrahim di Permatang Pauh merupakan petanda baik kepada mereka yang inginkan keadilan dan pembelaan. Tetapi, menjadi petanda buruk dan trauma kepada individu atau kumpulan yang berkepentingan, ditambah pula kemenangan dan majoriti lebih tinggi berbanding yang lepas.

Sekarang, masing-masing menunggu 16 September. Adakah ia akan menjadi kenyataan? Walaupun begitu, usaha kearah itu bakal mengalami jalan sukar. Menyatukan tiga parti yang punya ideologi dan pandangan yang berbeza. Dalam segala hal, prinsip adalah perkara pertama yang akan dperjuangkan oleh ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat.

Pada Rabu yang lepas, Tuan Guru Dr. Haron Din menyatakan akuan sumpah oleh Saiful Bukhari telah menerima laknat dari Allah dengan kemenangan majoriti besar oleh Anwar Ibrahim. Allah telah memberi kemenangan besar kepada mereka yang dizalimi dan doa orang yang zalim tidak akan ditolak oleh Allah hatta ia datang dari orang yang tidak beriman. Mungkin ramai yang merasakan laknat itu tidak berlaku kepada Saiful Bukhari, tetapi laknat tersebut telah memberi kehinaan kepada mereka yang bermain wayang dibelakang Saiful Bukhari. Tetapi malangnya sikap orang sombong dan angkuh ini tidak pernah mengenal malu, ia tidak ubah seperti sikap orang-orang musyrikin yang menerima kekalah di Perang Badar. Mereka tidak pernah serik untuk menerima azab dari Allah, dan nantikanlah azab yang lebih hebat yang tiada penghujung nya di akhirat kelak!

Aku masih keliru dan bimbang, dan aku percaya kenyataan Anwar Ibrahim untuk mengambil alih kerajaan merupakan perkara yang sukar untuk beliau. Pada masa yang sama, Anwar Ibrahim perlu menunaikan janji beliau kepada rakyat yang telah memberi sokongan kepada beliau untuk menang di Peramatang Pauh. Terutamanya dikalangan golongan muda yang begitu excited!

Pada masa yang sama, aku berharap Anwar Ibrahim tidak gadaikan agama dan bangsa semata-mata demi jalan pintas menjadi PM. Pada masa ini, aku amat percaya kepada PAS akan mempertahankan agama dan bangsa demi Malaysia Tercinta! Biarpun Anwar seolah-olah tidak memperjuangkan unit bangsa dan agama, tetapi beliau perlu menerima, Malaysia adalah negara milik Melayu/Islam. Semua bangsa perlu menerimanya kerana ia termaktud dalam sejarah negara. Jangan sesekali mengubah hakikat ini demi sebuah Malaysia Baru.

Aku rela berkeadaan begini, tetapi jangan sesekali menggadaikan bangsa dan agama-ku yang telah memperjuangkan Islam berkurun lama. Susah payah Tok Janggut, Mat Kilau, Abd. Rahman Limbong dan lain-lain telah berjuang mati-matian untuk kemerdekaan sebuah negara Islam bernama Malaysia. PAS mesti tetap dengan prinsip, jika perlu kita tarik diri dari Pakatan Rakyat mengagalkan Malaysia Baru demi Malaysia/Islam. Teruskanlah! Aku sentiasa mendokong dan menyokong.

AKUAN SUMPAH

Mungkin isu ini sudah tidak releven lagi untuk dtulis. Tetapi hati aku masih tidak senang selagi pendapat dan apa yang aku fikirkan tidak di lontarkan di samuraisyahid ini. AKUAN SUMPAH merupakan amalan memperbodohkan agama, malah menghina agama di mata masyarakat non-muslim. Aku amat bersetuju dengan pendirian Tuan Guru Haji Hadi dan Datuk Harussani. Islam punya perundangan dan cara mengendali apa-apa kes jenayah dan bukan sahaja sumpah. Menjadi lebih malang, akuan sumpah itu tidak dihadiri oleh dua pihak.

Terdesaknya Datuk Najib telah membuatkan beliau turut sama terlibat dalam isu sumpah ini. Mengapakan tidak dibawa kepada Makhamah?! Kalau kita tidak bersalah berkenaan pembunuhan Altantuya, masuk sahaja makhamah dan bela diri. Mengap perlu bersumpah?! Bukti dimakhamah boleh menolak semua kenyataan kotor yang dilemparkan. Islam sendiri membentuk sistem perundangan samaada didalam Al-Quran mahupun al-Hadith. Malah Islam menerima sebahagian dari perundangan luar yang releven untuk mendidik masyarakat.

Sepatutnya, Saiful Bukhari dan Anwar Ibrahim perlu ke makhamah dan selesaikan perkara tersebut secara hikmah. Ia akan melambangkan sebuah negara yang punya maruah dan peradaban. Kita adalah manusia yang punya akal dan kecerdiikan. Dan Allah memberi kuasa penilaian kepada manusia untuk memutuskan sebarang keputusan berdasarkan syariat Allah dan logik akal manusia. Kalau semua bergantung kepada sumpah, tiada erti kita bernama khalifah Allah. Islam membenarkan sumpah tetapi pada hal-hal tertentu, janganlah kita terikut dengan sistem agama kristian yang mempergunakan masjid dan agama untuk melepaskan diri dari tindakan undang-undang atau berselindung disebalik institusi agama.

Hati aku seolah-olah merasakan ada sesuatu yang tidak kena antara Najib dan Saiful Bukhari ini. Kenapa perlu takut untuk ke muka pengadilan, bukan kah kita sebuah negara yang berdaulat. Jangan sampai tindakan kita yang membuat akuan sumpah boleh menyebabkan maruah terkadai dek disebabkan kebodohan kita. Najib yang jadi menteri, cerdik la sikit. Jangan nampak kita ni terdesar sangat. Tunjukkan taring-mu gagah itu supaya kita kelihatan berketrampilan dan gentlement. Apa mau takut?! Kalau kita tidak bersalah.

Semoga isu agama tidak lagi dipermainkan oleh golongan politikus ini, marilah wahai ulama, kita pertahankan maruah agama ini supaya tidak di keji dan dipandang hina. Agama adalah tertinggi untuk kita.

Wassalam.


1 Response to “Harapan Malaysia Baru”


  1. 1 aprilfooltaiktasu
    thpm30000000Thu, 11 Sep 2008 19:18:25 +000011pm08, J0000009 9, 2007 at 15:50 +00:00Sep

    ▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄
    ▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄
    ▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄
    ▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄

    BERITA BAIK!!!
    Mari kita tengok blog ini. hebat sekali!

    MARI MENCARI KEBENARAN

    Masuk sini= http://mustahil-kristian-bisa-menjawab.notlong.com

    ▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄
    ▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄
    ▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄
    ▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
September 2008
S S M T W T F
« Aug   Oct »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Archives

  • 57,723 guests

Categories


%d bloggers like this: