01
Sep
08

Salam Ramadhan

Salam Samurai,

Alhamdullilah, bersyukur kepada Allah S.W.T dengan rahmat dan kurniaannya kita telah dperpanjangkan umur untuk meneruskan ramadhan kali ini. Kelemahan Ramadhan yang lepas, marilah kita perbaikinya untuk menambahkan lagi kualiti diri.

Walaupun ada sedikit kemalasan diri, aku tetap gagahkan diri terus menulis semata-mata untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK! kepada pembaca samuraisyahid. Dengan keberkatan-Nya, kita masih berupaya untuk istiqamah meneruskan kehidupan dibulan Ramadhan dengan baik. Jangan lupa sahur pagi ini ye!

Ramadhan, sering dikenali oleh orang melayu kita sebagai bulan puasa. Tetapi ramai orang tersilap bahawa bulan Ramadhan tidak hanya berbicara soal puasa semata-mata. Ia lebih kepada bulan tarbiyyah/pendidikan buat umat ini. Aku masih ingat petua orang-orang dulu, jika berjaya istiqamah melakukan satu-satu perkara baik dalam masa sebulan, InsyaAllah amalan itu akan kekal sehingga ke akhir hayat.

Oleh hal demikian, petua ini boleh lah diamalkan di bulan Ramadhan ini, semoga amalan-amalan baik yang ingin kita jadi kan rutin kehidupan menjadi istiqamah. Ramadhan mendidik kita untuk menjaga semua tingkah laku, dari segi perbualan, pandangan, pendengaran untuk kearah lebih baik. Perkara yang tidak baik yang kita lakukan dibulan Ramadhan akan mengurangkan pahala puasa itu sendiri, ia membolehkan kita lebih berhati-hati dalam segala hal tingkah laku. Marilah kita bersifat lebih sensitive selepas ini dalam segala amal perbuatan kita.

Aku cukup tertarik, dan terharu dengan penyanyi dangdut gerudi Indonesia. Dia telah mengeluarkan kenyataan yang pelik tapi bermakna. Dia akan berehat dari gerudi/goyang bontot sepanjang bulan Ramadhan kerana menghormati bulan tersebut. Bunyai menarik, nampak warak, alim, solehah, dan sopan satun, tetapi cacat dari kefahaman agama dan ilmu. Semoga berhentinya dia dalam perkara maksiat di bulan Ramadhan ini mampu memberi perubahan hidup buat selama-lamanya. Semoga Allah memberi hidayah kepada-nya disebabkan keikhlasan diri untuk menghayati bulan Ramadhan.

Dua tiga orang artis yang turut sama memberi penyataan menarik kerana menghormati Ramadhan, antaranya artis yang terkenal dengan aksi seksi di dada-dada majalah dan akbar dari Indonesia. Artikel yang terpapang di di Mingguan Malaysia semalam menyatakan dia akan mengurangkan gaya-gaya kurang sopan kerana menghormati bulan Ramadhan yang mulia ini. Tidak kurang, yang akan melaksanakan konsert amal dibulan Ramadhan supaya beroleh berkat dan kebaikkan. Mungkin selama ini, banyak buat konsert maksiat kot.

Penyataan orang-orang jahil ini memberi makna kepada kita orang beriman. Kalau mereka membuat perubahan dengan mengurangkan maksiat dan menambahkan amalan di bulan Ramadhan yang mulia ini, maka apakah perubahan atau penambahbaikkan yang ingin kita tunaikan di bulan Ramadhan ini?! Marilah kita muhasabah dan tetapkan satu azam serta jadikan bulan Ramadhan sebagai bulan tarbiyyah dan mendidik. InsyaAllah kita akan beroleh kebaikan dan keberkatan dari Allah. Dan aku hari ini benar-benar mengharapkan hidayah Allah, untuk dijadikan panduan menuju ke Syurga. Ya Allah, bimbinglah aku dan isteri bersama keluarga menuju Syurga-Mu.

Buat pengetahuan semua pembaca di Jepun, InsyaAllah esok akhi Fallah akan bekerja di HPA Perlis sekaligus berkhidmat di Darul Islah. Doakan kami untuk terus istiqamah dengan perjuangan suci ini.

Salam Rindu buat semua orang beriman. SELAMAT BERPUASA & SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN!


1 Response to “Salam Ramadhan”


  1. thpm30000000Thu, 04 Sep 2008 16:09:29 +000004pm08, J0000009 9, 2007 at 15:50 +00:00Sep

    selamat berpuasa. jangam lupa, belajar agama. pertanyaan nomer 14 di blog saya. bisa?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
September 2008
S S M T W T F
« Aug   Oct »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Archives

  • 57,723 guests

Categories


%d bloggers like this: