03
Sep
08

sukar tetap menempuh

Salam Samurai,

Ramadhan! semakin hari terus berlalu meninggalkan aku. Terasa bahang kehangatannya mendidik diri untuk menjadi insan yang taat dan patuh. Bersyukur kepada Allah S.W.T dengan limpah kurnianya masih diperpanjangkan umur untuk ramadhan kali i ni. Untuk tahun mendatang, masih belum tahu.

Semakin sukar aku menempuh perjalanan dakwah ini, aku seolah-olah kehilangan rentak untuk melangkah. Beku minda untuk melakukan yang terbaik terhadap tugas yang diberikan. Itulah yang aku fikirkan sejak tadi. Dimana perlu aku cari jalan?! Adakah yang sudi membantu?!

Ditugaskan sebagai penggerak membangunkan remaja Islam merupakan satu tugas yang berbeza dalam hidup aku. Kekurangan manpower menjadi masalah besar dalam aku menanggung tugas ini. Tetapi aku perlu berdikari untuk terus  memikul dakwah ini. Aku sentiasa mencari kesempurnaan dalam hidup, sama juga dalam hal-hal kerja dakwah ini. Aku sentiasa  mahukan kesempurnaan. Semoga Allah merestui tugas ini.

Hari ini, aku telah singgah ke kedai buku Iqra’ Perlis. Sebuah kedai buku baru yang dibukak Kangar Perlis. Alhamdullilah, bukunya juga berkualiti dan berbeza dengan kedai-kedai buku lain. Terjumpa juga dengan novel tulisan naqib aku saudara Izzudin. Maaf, aku kurang berminat dengan novel. Persinggahan aku kali ini amat berbeza. Aku terpaksa menjeguk buku-buku yang sesuai dengan jiwa remaja. Motivasi pelajar cemerlang, apa-apa sahaja yang sesuai dengan minda remaja. Malas! Tetapi aku memaksa kerana ia adalah tugasan dakwah. Aku masih memerhati apakah keperluan remaja hari ini dan apakah pendekatan terbaik untuk mereka  menjadi insan berguna.

Ya Allah, Kau permudahkan lah usaha aku yang lemah ini.

Tiada yang dapat aku harapkan selain pertolongan Allah. Ameen


0 Responses to “sukar tetap menempuh”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
September 2008
S S M T W T F
« Aug   Oct »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Archives

  • 57,723 guests

Categories


%d bloggers like this: