04
Sep
08

aku kerinduan

Salam Samurai,

Jam 2:30 pagi! Aku masih belum lagi tidur. Berfikir bermacam-macam, berlegar diruang minda. Merenung aku ke wajah isteri, tidak mampu untuk berkata tetapi.. Setiap pemergian, hanya aku inginkan rela dan redha isteri. Aku sedar isi hati seorang isteri bila suami berpergian, tetapi aku yakin dia sentiasa redha dan rela. Semoga Allah memberi kekuatan untuk kami terus menerajui perjuangan ini dengan tenang dan istiqamah.

Fikiran ku masih rancak berputaran, memikirkan bagaimana untuk aku laksanakan tugasan yang diberi dengan baik. Merangka dakwah yang terancang dan tersusun sekaligus memberi kesan yang baik kepada masyarakat. Tidak dak lena aku malam ini. Ramadhan yang tenang, membuat aku terus berfikir.

Aku kerinduaan…

Ketidakbolehtiduran diri ini diisi dengan melayari ruangan maya. Aku terbang mencari rakan perjuangan dizaman belajar. Dari satu blog ke satu blog. Aku kerinduan, hanya itu yang mampu aku katakan. Tetapi perjuangan kita sudah berbeza, biarpun matlamatnya sama. Adik-adik diseberang semakin rancak menulis blog, bagi yang belum ada blog bercita-cita untuk membuka laman blog baru. Yang hebatnya, yang tidak pernah ada blog sebelum ini semakin istiqamah dengan blog masing-masing. Aku turut bangga dengan perkembangan ini. Taniah aku ucapkan. Semoga ada pelajaran dalam kita mengemblog.

Dalam perjuangan, kita perlu ada penambahbaikan diri dalam usaha dakwah. Jangan berada di takak yang sama. Hidup perlu bersemangat, dan teruskan usaha. Biarlah semangat itu membakar akhirnya menghasilkan kekuatan untuk bertindak bagi merealisasikan tugasan dakwah. “Perjuangan tidak dihampari carpet merah” itulah kata-kata yang kerap dilaungkan di zaman belajar. Tetapi, berapa ramai yang sedar keperitan dalam dakwah! Mungkin kata-kata itu tidak dinilai dengan perjuangan sebenar, maka ramai yang gagal bila turun di medan pertempuran sebenar.

Aku tersenyum melihat semangat adik-adik, dan aku mengharapkan seribu harapan dari mereka untuk turun bertempur. Semoga Allah memilih mereka dan aku untuk terus istiqamah. Marilah kita sediakan diri dengan ilmu dan iman, hanya itu dapat menjamin kita untuk kekal diperjuangan.

Salam Sayang buat yang jauh.


4 Responses to “aku kerinduan”


  1. 1 nbo_3
    tham30000000Thu, 04 Sep 2008 10:48:08 +000004am08, J0000009 9, 2007 at 15:50 +00:00Sep

    Baru sekarang ana terasa susah betul untuk istiqamah. Tapi untuk memulakan, tidaklah sesukar itu. Moga kita semua diberi kekuatan.

  2. 4 y4ku24
    tham30000000Fri, 05 Sep 2008 04:23:12 +000005am08, J0000009 9, 2007 at 15:50 +00:00Sep

    Salam Ramadhan, salam perjuangan dan salam rindu dari saudaramu di Jepun.

    Semoga masuknya kami ke dunia blog juga memberi nafas baru kepada dakwah di alam maya, dan semoga anda mendoakan kami sentiasa beristiqomah.

    Ibnu Alwi
    http://warungkampung.wordpress.com


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
September 2008
S S M T W T F
« Aug   Oct »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Archives

  • 57,723 guests

Categories


%d bloggers like this: