05
Sep
08

ibadat @ adat

Salam Samurai,

Jumaat, satu hari yang dianugerahkannya solat khusus, berbeza dengan hari-hari lain. Jumaat sentiasa di pandang tinggi oleh umat Islam, maka ada diklangan mereka yang memuliakannya dengan membaca surah yasin di malam jumaat.

Nabi sendiri mendidik umatnya membaca surah al-Khafi pada hari jumaat, supaya menjadi pendiding dari ancaman dajjal diakhir zaman. Ancaman yang membawa manusia terbatal aqidahnya. Membawa manusia jauh dari jalan kehidupan Islam yang sebenar. Keperihatinan Nabi perlu diberi perhatian oleh umat ini. Pesanan Nabi berkenaan dajjal semakin hebat melanda dunia umat Islam hari ini.

Tetapi malangnya, ramai yang menjadikan agama sebagai adat bukan lagi ibadat. Mereka melihat segala ibadah-ibadah soleh seperti amalan harian yang sama nilainya dengan bermain bola di petang hari. Ia seolah-olah satu rutin kehidupan yang tiada nilaian roh. Itulah yang berlaku didalam masyarakat kita.

Maka ramai dikalangan masyarakat kita merasakan pelik bila ada dikalangan rakan-rakan mereka pegi masjid awal meraikan hari jumaat. “Awal lagi ni, kul 1:30 baru start” tegur seorang sahabat yang jahil agamanya.

Seperti juga berpuasa, ada yang memperlucukan amalan puasa. Seolah-olah bulan ramadhan sama seperti bulan lain, cuma di minta berpuasa. Mungkin tidak salah kita nak berlawak berkenaan amalan puasa, tetapi rasa berharga dan bernilai nya bulan ramadhan itu hilang oleh gelak ketawa kita. Ramai yang suka bercakap, akhirnya cakapnya membawa padah. Berapa ramai yang bercakap dan bergurau, akhir guraunya membawa kepada kekafiran. Sedarkah kita?!

Kadang-kadang aku terfikir, tidak perasaan hebat dan berbanggakah mereka dengan kehadiran ramadhan. Kegembirana dan kebanggaan terhadap ramadhan perlu dirasai lebih bernilai berbanding dihadiahkan sebuah Mercedes di hari lahir kita. Tetapi malangnya, kegembiraan kedatangan ramadhan, dan kesedihan kehilangan ramadhan tidak dirasai oleh umat ini. Mengapa begitu?! keluh hati kecil-ku.

Berpuasa di bulan Ramadhan sekadar memenuhi syarat pusingan hidup kita dalam setahun? Menghadiri solat Jumaat, menyambut hari jumaat sekadar mengcukupkan aktiviti minguan kita sahajakah?! Aku bertanya sendirian. Hanya satu kesimpulan yang dapat aku katakan- ” Ibadat disalah ertikan sebagai Adat”

Menyedarkan masyarakat kepada tinggi satu-satu amalan, serta hubungan amalan tersebut dengan kehidupan perlu di perbaharui semula adalah tanggungjawab daie masa kini. Menjadikan ibadah sebagai hubungan kita dengan Allah dan membngunkan roh yang sedang lena dalam ibadah menjadi tangunggjawab kita bersma.

Semoga Allah menjauhkan kita dari lalai beribadah sehingga  menghilangkan nikmat beriman melalui ibadah. Sedar tidak sedar, kita hilang nikmat dalam menunaikan tanggungjawab ibadah kepada Allah.

Sekian


0 Responses to “ibadat @ adat”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
September 2008
S S M T W T F
« Aug   Oct »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Archives

  • 57,723 guests

Categories


%d bloggers like this: