08
Sep
08

keluarga bukan penghalang

Salam Samurai,

Keluarga adalah rahmat buat setiap insan. Keluarga  yang membesarkan kita, ibubapa telah memberi sebesar-besar pengorbanan buat kita supaya kita menjadi insan yang berjaya. Mungkin pandangan dari setiap keluarga itu berbeza erti kejayaan seorang anak. Lain mata, lain penilaiannya.

Bila anak telah keluar dari dunia reality, mereka akan berfikir dan membuat penilain setiap yang mereka belajar dari dunia yang kecil itu. Penilian dibuat hasil dari didikan ibu bapa yang mahukan kita bijak dan pandai. Kebijaksanaan kita hari ini bukan hasil usaha sendiri semata-mata tetapi dibimbingi oleh kedua ibu bapa kita. Maka, usaha kedua ibu bapa itu perlu disyukuri dan dibalas dengan sebaik yang mungkin.

Bila ada teman-teman yang mengadu perbezaan status keluarga dalam tahap kefahaman agama, aku menganggapnya sebagai satu hikmah dalam melahirkan kita yang hari ini. Biarlah bagaimana pun kedua ibu bapa kita, tetapi apabila kita mendapat hidayah dari Allah, ia merupakan kebaikan kepada kedua ibu bapa kita juga.

Doa seorang anak yang soleh, tidak mungkin akan ditolak oleh Allah. Salah satu amal yang bakal berterusan ialah ” doa anak yang soleh.” Maka dengan kepercayaan ini kita meneruskan usaha menjadi seorang anak yang soleh biarpun ada perkara yang kurang disenangi oleh keluarga. Tetapi, tidak ada orang akan benci perkara yang baik biarpun ia seorang tidak baik. Itu adalah sifir untuk sifat manusia

Mengubah sebuah institusi keluarga bukan satu perkara yang mudah, ia memerlukan hikmah yang tinggi dari seorang anak. Mungkin mudah kita untuk menegur dan memberi bimbingan orang diluar keluarga kita, tetapi untuk sebuah keluarga ia akan berhadapan dengan kesukaran, apatah lagi dari ibu bapa yang telah membimbing kita sehingga berjaya.

Setiap perbezaan kita dengan orang lain perlu dilihat dari sudut positif, dengan itu ia akan memberi satu semangat baru untuk meneruskan jalan yang sukar ini. Mereka yang selesa dengan keluarga yang sudah tinggi fahaman agamanya, mungkin tidak merasakan bahang yang alami hari ini. Malah, dengan keadaan persekitaran kita mujahadah untuk melaksanakan tugas sebagai hamba Allah yang soleh. Dengan mujahadah ini menjadi tarbiyyah buat kita untuk bertambah kekuatan amal dan usaha dalam bidang dakwah.

Kita sentiasa berfikir bagaimana untuk aku memberi yang terbaik buat keluarga, dan masyarakat. Oleh itu, lihat setiap perkara dengan positif dan hikmah, dan yakin ia ada kebaikan untuk kita.

Harungi liku kehidupan dengan keimanan dan ilmu, tetapkan hati-mu dijalan Allah. Percaya dan yakin lah kita mampu lakukan yang terbaik. Dan Allah tidak akan menguji hamba-Nya melainkan hamba-Nya mampu memikul ujian tersebut. Sentiasalah bersangka baik dengan Allah, insyaAllah kita akan selamat.

Bersyukurlah kepada Allah kerana kita dipilih dari seramai-ramai ahli keluarga sebagai agen penyelamat keluarga dan  ummah.


2 Responses to “keluarga bukan penghalang”


  1. thpm30000000Wed, 17 Sep 2008 16:48:18 +000017pm08, J0000009 9, 2007 at 15:50 +00:00Sep

    Asssalamualaikum

    Syabas dan tahniah atas tulisan sdra yang sangat terperinci dan mudah difahami tapi hanya satu sahaja soalan yang mahu saya tanya bagaimanakah mahu menterjemahkan semua perkara yang baik-baik dalam kehidupan kita atau orang lain?

  2. 2 samuraisyahid
    thpm30000000Fri, 19 Sep 2008 13:32:17 +000019pm08, J0000009 9, 2007 at 15:50 +00:00Sep

    Walaikumsalam Wbt,

    Terima Kasih atas pujian, sesungguhnya segala kebaikkan adalah dari Allah

    Saya memohon maaf, kerana kurang faham dengan soalan saudara/i. Menterjemaahkan yang dimaksudkan itu ialah bagaiman nak tunjuk kita buat baik kah? atau Nak tahu dia berbuat baik atau tidak? Atau nak melaksanakan perkara baik dalam diri kita?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
September 2008
S S M T W T F
« Aug   Oct »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Archives

  • 57,723 guests

Categories


%d bloggers like this: