10
Sep
08

Mari Berfikir

Salam Samurai,

Kesunyian pagi di bilik lab membuat aku keinginan untuk menulis. Semalam juga aku ingin menulis. Tetapi penulisan aku terhenti dipertengahan jalan, aku seolah-olah tidak mempunyai idea sedang didalam kepala banyak perkataan yang dapat aku keluarkan memberi sedikit ilmu dan pengetahuan.

Adakah ia sebahagian daripada penyakit kepada penulis-penulis blogger. Atau aku sahaja yang begitu?! Mungkin juga kelemahan aku yang sudah agak lama tidak membelek-belek buku dibulan ramadhan.

Kadang-kadang aku dapat rasakan penulisan aku masih dalam ruangan idea yang sama. Hambat sekali! Sebenarnya agak kesibukkan disini, banyak sangat perkara yang perlu difikirkan termasuklah pelbagai strategik planning untuk usaha perkaderan gerakan dan juga usaha dakwah umum yang lebih efektif dan efisien.

InsyaAllah, aku berazam untuk menulis dengan lebih bermutu selepas selesai perkara-perkara pengurusan yang perlu diselesaikan. Aku ingin berkongsi sedikit perkongsian dalam gerak kerja dakwah aku disini.

Idea ini timbul bila aku membaca sebuah buku tulisan dari sahabat Indonesia keluaran PTS. Buku tersebut bertajuk “Revolusi IQ, EQ & SQ”. Aku agak teruja dengan kualiti isi nya walaupun aku baru membaca tidak sampai 10 helai. Pengenalan dan Muqaddimah nya telah mengilhamkan aku satu pendekatan dakwah yang sering diabaikan oleh aktivis.

Sahabat zaman belajar sering memberitahu masalah yang berlaku dalam usaha dakwah mereka. Keinginan kader dakwah dari sudut tarbiyyah, yang mahukan program ilmiah sahaja, dan macam-macam lagi. Pimpinan berhadapan dengan krisis dalam merancang sebuah gerak kerja tarbiyyah.

Anda yang sering dalam usaha dakwah, ataupun anda seorang yang biasa berkomunikasi dengan orang ramai dapat melihat sendiri perbezaan sikap manusia.

1. Golongan yang sering diasuh untuk berjaya dari segi akademik, ilmu, dan kejayaan dalam hidup

2. Golongan yang hidupnya susah, terpaksa membantu ibu bapa, berusaha sendiri mencari rezeki untuk menyara hidup dan pelajarannya.

3. Golongan yang sering beribadah, berzikir, sentiasa menjaga hubungan diri dengan Allah.

Aku yakin dan percaya, anda akan dapat melihat perbezaan sikap dan cara mereka bergaul dengan orang ramai. Ada dikalangan mereka yang terlalu memetingkan diri. Ada dikalangan mereka amat disenangi oleh orang ramai dan dikalangan mereka yang terlalu extreem dalam usaha dakwah tanpa menilai perasaan orang lain.

Dan itulah hakikatnya perjalanan kehidupan ini. Jika aku diamanahkan dalam mengemudi usaha tarbiyyah ini, aku tidaka akan mengabaikan ketiga-tiga elemen ini. Aku setuju dengan pendekatan PAS sekali lagi, walaupun ada perbezaan status pendidikan dan taraf, mereka mampu untuk hidup bersama dan berjuang bersama. Walaupun, kita melihat banyak percanggahan idea, tetapi ia adalah sebahagian dari tarbiyyah.

Latihan, pendidikan atau tarbiyyah bersifat orang tertentu, bersifat high level, bersifat kelompok tertentu, ataupun high class, ia akan melahirkan pejuang-pejuang yang tidak pandai bergaul dan berkomunikasi dalam dunia dakwah.

Tetapi aku tidak nafikan, pada masa yang sama perlu ada perencaan untuk mengadakan program-program tarbiyyah yang bersifat kelompok tertentu, ini bertujuan melahir generasi ahli fikir yang bakal melakar corak perjuangan. Idea-idea yang bersifat terlalu jumud dan rigid ini sebenarnya hadir dari kurang berkomunikasi atau duduk semeja dengan golongan susah dan golongan kebiasaan.

Pada masa yang sama, program yang bercampur ini sebenarnya memberi tarbiyyah yang kita sendiri tidak sedar iaitu sifat kepimpinan yang boleh memimpin setiap peringkat generai ummah. Walaupun begitu, pimpinan perlu sentiasa mengupgradekan dari sudut ilmu dan amal masing-masing untuk menjadikan dia berbeza dengan orang dibawahnya.

Aku pernah dengar arahan-arahan dari ulama’ tertentu supaya tidak berzikir beramai kononnya bidaah. Sebenarnya pendapat seperti ini adalah pendapat yang datang dari golongan yang berfikir secara IQ. Ilmu sahaja, atau fakta sahaja, tetapi tiada pertimbangan EQ.

Semalam aku solat tarawih, sebuah surau yang berzikir ramai-ramai. Yang aku tertarik ialah, seorang budak yang masih kecil mampu melafazkan alhamdullilah, subahanallah dan lain dengan gembira dan lancar. Pada masa si budak ini juga nakal bermain-main ketika solat. Bukankah ia hasil dari berzikir ramai-ramai. Mungkin ada kelemahannya bila berzikir ramai, sebagai contoh ada yang hanya ikut tetapi tidak menghayati. Cuma dari sudut pendidikan yang memberi kesan kepada anak-anak muda yang tidak tahu berzikir atau anak-anak kecil yang masih belajar.

IQ sahaja tidak menjamin satu idea itu baik, tetapi bila di ikuti dengan SQ dan EQ yang akan membuahkan sebuah idea atau plan yang menarik perhatian. Anda faham atau tidak?! Setiap idea mesti dipertimbangkan dari sudut kecemerlangan pada masa yang sama kena dipertimbangkan juga hubungan atau masalah orang lain, diikuti juga dengan dosa dan pahala.

Tetapi malang, sifat sesetengah gerakan Islam yang menumpukan dalam hal IQ yang tinggi, SQ yang mantap, mengabaikan EQ yang berkaitan dengan masalah orang lain (golongan lain). Ia amat keji dan tidak releven untuk diterima.

Hayati cara nabi berfikir dan bertindak;

“Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan “Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya.” Petikan dari blog adik naim

Aku minta maaf jika penulisan ini mengasari sesiapa, tetapi ia sabagai cetusan idea dari kefahaman pada buku tersebut. Semoga Allah memberi taufiq dan hidayah  untuk aku meneruskan memahami uraian buku tersebut dengan baik. Sekian.

p/s: Studi buku tersebut ditangguhkan memberi jalan kepada zaujah untuk membaca.


0 Responses to “Mari Berfikir”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
September 2008
S S M T W T F
« Aug   Oct »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Archives

  • 57,738 guests

Categories


%d bloggers like this: