25
Sep
08

Islam

Salam Samurai,

Kepingan kepala, banyak perkara yang ingin dilakukan. Tetapi, tidak banyak perkara yang boleh dilakukan. Semuanya atas kegagalan diri dalam menguruskan hidup.

Susah juga menjadi tenaga pemikir. Mudah untuk menerima arahan, melaksanakan kerja. Tetapi, untuk merancang sebuah gerak kerja, ia bukan satu perkara yang mudah. Selain merancang kita perlu mendapatkan komitmen dari pelbagai pihak. Ia memerlukan kekuatan dalam memimpin (leadership). Ia membuat aku bertaktih dalam melakukan tugas. Kadang-kadang terkandas, sambil termenung sorang-sorang. Sakit kepala pun ada.

” Merancang untuk berjaya, tidak semudah merancang untuk sekadarnya”

Tukar tajuk, saja je nak luah perasaan yang gundah gulana.

Islam memberi priority dalam hidup. Amat penting difahami oleh semua manusia yang kononnya beriman. Ramai yang kononnya faham, tetapi bila kita tidak meneliti sifat para sahabat dalam meletakkan priority dalam hidup, sebenarnya kita gagal dalam hidup. Gagal dalam erti kata sebagai seorang Muslim.

Urutan mengikut kepentingan dalam hidup sebagai seorang Muslim;

1. Agama

2. Nyawa

3. Akal

4. Keterunan

5. Harta

Harta adalah tempat terakhir dalam priority dalam hidup kita. Tetapi, bagaimana pula kita?! Agama yang teratas dan tertinggi, pengorbanan para sahabat meletakkan nyawa no 2 dalam hidup. Mereka sanggup berhadapan dengan mati, demi Islam yang tercinta.

Mereka rela tinggalkan keluarga, demi Islam yang satu. Tetapi, untuk kita mengorbankan harta dan masa depan sendiri menjadi beban yang besar. Apatah lagi nak korbankan keluarga?! Abu bakar hanya bergantung pada Allah untuk keluarga, disaat Islam memerlukan sumber yang cukup untuk berperang. Tapi kita?!

Ramai mengabaikan Ilmu dalam membina diri, tetapi lebih seronok memperkayakan harta untuk membesarkan diri. Itulah perbezaan kita sebagai muslim hari ini. Sedih dan seterus sedih.. Kualiti kita sebagai muslim mesti bijak meletakkan priority dalam hidup. InsyaAllah kita akan berjaya.

Dalam diri manusia mempunyai dua sifat;

1. Sifat pentingkan diri sendiri

2. Sifat kebersamaan/perkongsian

Tidak ada manusia yang tidak pentingkan diri sendiri, biarpun sehebat mana iman mereka. Tetapi, sebagai seorang manusia yang beriman, kita perlu mengimbangi antara sifat berkepentingan dan sifat perkongsian. Biarpun dalam diri kita terlalu banyak sifat berkepentingan, kita tidak pernah lari dari untuk hidup berkongsi.

Mendapat sehelai kain telah berkongsi dengan dengan banyak pihak. Dari penanam pokok kabu, hinggalah kedai yang menjual kain. Kata orang putih “Synergy”. Hidup ini perlu diimbangkan keduanya, jangan kita menjadi Sosialis sehingga tidak ada sifat berkepentinga, jangan juga kita seperti kapitallis lupa daratan hingga lupa hak orang lain.

Marilah kita renungi diri kita, ubah cara hidup sebagai seorang muslim!

Sekian.


0 Responses to “Islam”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
September 2008
S S M T W T F
« Aug   Oct »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Archives

  • 57,723 guests

Categories


%d bloggers like this: