29
Sep
08

:)

salam samurai,

Selamat Menyambut Hari Lebaran. Semoga kalian mendapat pelajaran yang besar di bulan Ramadhan ini. Semoga kalian dianugerahkan semangat berjuang yang lebih, hasil dari pentarbiyyahan bulan Ramadhan yang mulia. Kehidupan di bulan Ramadhan adalah satu proses mementingkan iman berbanding nafsu, mengutamakan amal berbanding keseronokkan, keindahan-nya dalam mengabdikan diri kepada Allah mesti diteruskan sehingga ke akhir hayat. InsyaAllah.

Bersyukur kepada Allah, perjalanan Ramadhan berjalan dengan baik berbanding dulu. Tetapi, penerimaan-nya tetap diserahkan kepada Allah. Yang penting kita perlu terus memperbaiki Ramadhan kita di masa mendatang.

Pertama kali aku beraya di Perlis, setelah 6 tahun menghabiskan masa di Jepun. Walaupun begitu, kegembiraan menyambut Aidilfitri tidak begitu terasa. Mungkin trend semasa di Jepun terus terasa. Selepas solat sunat Hari Raya, terus ke kelas. Aku seolah-olah lupa, bagaimana sebenarnya suasana Hari Raya di Malaysia.

Hari kedua, aku terus berkhidmat untuk perjuangan. Semoga aku tidak futur dalam keghairahan dalam berjuang. Alhamdullilah, kefahaman isteri akan tanggungjawab perjuangan ini membuat aku rasa ringan meneruskan untuk bertaktih. Kali pertama beraya di Malaysia, aku telah bersiap sedia menganjurkan majlis hari raya kepada Mahasiswa Malaysia. Biarpun perasaan ini masih terasa untuk bersama keluarga, ia tetap perlu aku korbankan. Mungkin nasib berjuang di negeri sendiri. Tetapi, kami tetap gembira! InsyaAllah.

Aku cuba membayangkan kemeriah di hari lebaran, tetapi tidak terpapar di pemikiran🙂. Mungkin perayaan aku kali ini sedikit berbeza, dulunya zaman bujang, pulang sahaja di Malaysia terus merayakan Aidilfitri bersama isteri tercinta. Bagaimana ye?

Raya ke-3, nak kemana ye aku?! Maybe berjalan-jalan sekitar rumah keluarga di Kodiang. Mungkin raya pertama, tempat aku melepaskan segala kerinduan pada lemang, ketupat, rendang dan lain-lain. Wah… Keinginan  yang melampau la pulak. Hujan semakin lebat mencurah-curah ke bumi Perlis. Tiba-tiba perut aku berbunyi keinginan.

Banyak ingin dicatatkan, tetapi tidak satu dapat aku katakan. Apa-apa pun, enjoy your Aidilfitri. Bye!


0 Responses to “:)”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
September 2008
S S M T W T F
« Aug   Oct »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Archives

  • 57,723 guests

Categories


%d bloggers like this: