29
Sep
08

Pakatan Rakyat -satu harapan

Salam Samurai,

“Keadilan dan UMNO ni sama sahaja! Cuma Keadilan ni baik sikit dari UMNO.” Ungkapan yang pernah aku ucapkan pada suatu hari. Rakan aku ketewa bila aku katakan begitu. Mungkin di laman blog ini, ramai yang tidak suka dan tidak puas hati dengan pandangan aku tersebut.

Tetapi ia tidak bermaksud tiada benda yang boleh dikongsi dan diperjuangkan dengan parti Keadilan rakyat. Bagi aku Parti Keadilan Rakyat mempunyai kebaikannya sendiri, tetapi dari prinsip perjuangan atau dasar perjuangan tidak banyk yang dapat kita kongsikan.

Bagi aku, sebagai aktivis gerakan Islam kita mempunyai haluan berbeza, pada masa yang sama kita ada kesamaan. Islam itu baik, sifat baik itu adalah milik semua. Yang buruk mestilah kita tinggalkan dan yang baik kita sama usahakan untuk mencapainya. Fitrah manusia itu mahukan kebaikan, cuma mereka yang meletakkan kebaikan pada idea dan pemikiran adalah berbeza dengan kita yang mendahului wahyu berbanding akal.

Aku begitu kecewa dengan salah seorang wakil parti keadilan rakyat yang menyamakan zina dengan sedekah. Kalau dia melakukan kesalahan, janganlah sesekali meletakkan kebaikan bersedekah dengan kehinaan zina itu sendiri. Aku respect dengan tindakan Menteri Besar Perak dengan mengeluarkan wakil tersebut dari tersenarai dalam organisasi kerajaan  Perak. Tidak mungkin, manusia yang tidak tahu menilai kebaikan dengan keburuk boleh dijadikan pemimpin negara.

PAS mesti bertegas dalam soal memilih mereka untuk menjadi wakil rakyat. Kita mesti memastikan wakil kita komit dengan Islam sebelum dipasarkan sebagai pemimpin masyarakat. Jangan sesekali kita rosakkan nama Islam disebabkan individu yang menjadi wakil rakyat kita. Biarlah dia seorang petani, tetapi di bermaruah sebagai seorang khalifah Allah daripada keluar University perangai macam syaitan.

Pakatan Rakyat mesti di bersihkan dari najis pemimpin yang hodoh lagi hina. Jangan sesekali bila kita bersama Pakatan Rakyat, terpalit najis jahiliyah pada PAS. Aku percaya dengan kepimpinan Ulama’ membawa perubahan pada ummah ini. Diharap kita berhati-hati dalam bertindak membuat keputusan dalam segala perkara. Kembalilah kepada Quran dan Sunnah, insyaAllah kita akan berjaya.

Kerajaan Pakatan Rakyat tetap menjadi penantian, biarpun aku bukan penyokong Anwar Ibrahim. Kerana aku ingin kerajaan yang lebih baik berbanding dulu walaupun tidak islamik. PAS tetap di hati demi memperjuangkan Islam tercinta.

Takbir!


0 Responses to “Pakatan Rakyat -satu harapan”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
September 2008
S S M T W T F
« Aug   Oct »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Archives

  • 57,738 guests

Categories


%d bloggers like this: