29
Sep
08

Taraf

Salam Samurai,

Semangat! Semangat! itu sahaja yang aku dapat simpulkan dari semangat adik-adik Mahasiswa di Malaysia. Kegairahan mereka dalam berjuang amat aku kagumi. Ia amat berbeza dengan semangat anak-anak mahasiswa overseas. Benarkah andaian aku ini?!

Kekaguman aku terhadap mereka amat tinggi sekali. Mungkin kehidupan di Malaysia telah mentarbiyyah mereka menjadi begitu hebat. Berbeza sewaktu aku di Jepun, ramai dikalangan kami hidup berkepentingan. Mungkin ia adalah sejenis ujian dari Allah. Ujian yang berbeza dengan mereka yang berada di Malaysia. Limpahan material yang Allah anugerahkan kepada mereka membuat mereka begitu bakhil untuk menyumbang. Persekitaran dengan rakan-rakan yang berpakaian berjenama, bermobil besar membuat mereka teruja dalam ujian Materialistik disaat mereka tidak menyedari.

Berbeza dengan mereka yang sudah biasa dengan kesusahan. Scholar yang sedikit, sudah biasa dengan kehidupan yang bersederhana, membuat mereka tidak begitu tertarik dengan kehidupan dunia. Cukuplah sekadar dapat hidup dalam sederhana. Bagi aku yang punya banyak mesti sumbang sebanyak nilai yang mereka perolehi.

Sebenarnya aku serba salah untuk komen isu ini. Takut-takut aku tersalah membuat penilaian. Tetapi, hakikatnya itulah yang berlaku. Pelajar yang keluaran overseas lebih berhati-hati dan berkepentingan dalam berjuang berbanding anak-anak mahasiswa yang belajar di Malaysia. Salahkah aku?! Aku memohon kemaafan.

Sudah lama ia berlegar di fikiran, diharap ada kebenaran apa yang aku cetuskan ini. Marilah kita renungkan dan fikirankan. Wallahualam.


3 Responses to “Taraf”


  1. 2 indahayatisamsi
    tham31000000Tue, 07 Oct 2008 02:11:42 +000007am08, J00000010 9, 2007 at 15:50 +00:00Oct

    Tidak salah,
    Tetapi ana secara peribadi merasakan berhati-hati dan berkepentingan pada waktu sekarang adalah untuk kesan long term yang baik pada masa hadapan. Salahkah ana? hihi

    Ana harap paling kurang pun, sahabat-sahabat di sini dapat realise semula dan mainkan peranan sebenar seorang Muslim. Hopefully dengan cara itu, perkembangan dakwah lebih cantik di Jepun.

    Ana menantikan waktu ana..untuk berada di medan sebenar nanti. InsyaAllah, jika Allah panjangkan umur…

  2. 3 samuraisyahid
    thpm31000000Thu, 09 Oct 2008 17:11:43 +000009pm08, J00000010 9, 2007 at 15:50 +00:00Oct

    PEDAS- semoga ia memberi makna kepada kita. Bukan Naim sahaja merasakan kepedasannya, tetapi ana juga merasakannya.

    Inda- Tidak salah untuk kita berhati-hati serta mengatur langkah dengan bijaksana demi jangka masa panjang. Tetapi, jangan sampai kita begitu bakhil dalam perjuangan utk berkorban. Belajar dari sekarang untuk berkorban kerana waktu sekarang kita kurang tanggungjawab & komitmen yang besar berbanding waktu kita bekerja dan berkeluarga. Kalau dari sekarang kita tidak belajar untuk berkorban, takut nnt2 kita mudah berpatah kerana tidak biasa dengan pengorbanan.
    🙂 Senyum selalu ye!

    Bagi ana kita perlu belajar untuk meruntuhkan nafsu dan melebihkan iman, Memberi lebih dari menerima, serta mendahului kepentingan orang lain berbanding kepentingan sendiri dari sekarang. Jadikan lah masa belajar sebagai medan tarbiyyah dan persediaan untuk berkorban. Kerana selepas beljaar, kita akan terus bertempur.

    Semoga Kita terus menjadi insan terpilih


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
September 2008
S S M T W T F
« Aug   Oct »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Archives

  • 57,723 guests

Categories


%d bloggers like this: