01
Oct
08

Makna besar dari Presiden PAS

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Hrkh) – Akhlak dan adab berjemaah perlulah sentiasa dipelihara sama seperti memelihara prinsip perjuangan sehingga tidak berpaling atau hanyut dengan yang selain darinya, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Awang dalam perutusan Eidulfitrinya.

“Di sinilah pentingnya kejayaan Ramadan sebagai obor pembnimbing kita pada setiap ketika,” katanya lagi.

Walaupun Ramadan berlalu pergi, beliau mengingatkan semua ahli di pelbagai peringkat supaya terus-menerus mempertingkatkan pengabdian diri kepada Allah, bermunajat untuk kekuatan jemaah, meningkatkan kerja dakwah bagi mengajak rakyat untuk bersama membela Islam menerusi wadah perjuangan PAS.

“Kepimpinan parti pula hendaklah bersedia untuk merangka program tarbiyah kepada ahli-ahli baru nanti selain memperkasakan fikrah ahli yang sedia ada,” katanya.

Tuan Guru menyeru supaya ziarah-menziarahi pada Syawal ini dijadikan medium untuk meningkat hubungan baik dengan masyarakat.

“Pimpinlah masyarakat supaya sama-sama menghayati perjuangan Islam ini,” katanya.

Beliau berharap kurniaan taqwa akan “mendorong kita untuk terus kekal berjuang meninggikan kalimah Allah sehingga terlaksana syariat-Nya.

“Islam perlu mendominasi seluruh suasana supaya manusia kelak dapat melihat kehebatan dan keagungan Islam sehingga rela berada di bawah naungannya,” kata beliau.

Dalam perkembangan berkaitan, Hari Terbuka PAS sempena Eidulfitri 1429 akan diadakan pada 12 Syawal atau 12 Oktober ini dari pukul dua petang hingga pukul enam petang di Stadium Malawati, Shah Alam.

Mursyidul Am, Datuk Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden, Ahli Majlis Syura, Jawatankuasa PAS Pusat dan Pesuruhjaya PAS negeri-negeri dan Wilayah Persekutuan menjemput rakyat melapangkan masa menghadiri rumah terbuka itu.

Komen SamuraiSyahid,

Alhamdullilah, bersyukur kepada Allah apabila President PAS sekali lagi mengingatkan kembali semua peringkat keahlian PAS dari Pimpinan sehingga Ahli biasa supaya melihat kembali peranan mereka didalam PAS.

Kadang-kadang, ramai dikalangan peringkat Pimpinan dan Ahli lupa bahawa PAS adalah sebuah gerakan Islam bukan sebuah Parti seperti mana DAP dan Parti Keadilan rakyat. PAS perlu kembalikan fokus mereka kepada dakwah dan tarbiyyah ummah untuk semua peringkat masyarakat elit mahupun orang-orang biasa.

Semoga ucapan Tuan President ini dapat dimengertikan semua peringkat lapisan PAS dengan baik. Perlu dibacanya berkali-kali dan menilai semula usaha mereka supaya tidak terpesong dari asal dan dasar perjuangan sebenar PAS.

Ya ALLAH, tunjukkanlah kami sekeluarga didalam PAS jalan yang benar dalam meninggikan kalimah Allah. Ameen!


2 Responses to “Makna besar dari Presiden PAS”


  1. 1 abdrahim kassim
    ndam31000000Thu, 02 Oct 2008 00:51:18 +000002am08, J00000010 9, 2007 at 15:50 +00:00Oct

    Sdr. Pengarang,

    Saya tidak faham apa kaitannya tajuk berita ini dengan isi yang disampaikan. Seperti mahu menyampaikan sesuatu yang besar kepada ahli PAS tetapi tidak khusus. “Akhlak dan adab berjemah” ini luas maknannya. Nyatakanlah dengan jelas, jangan berkhias-khias suapaya kita tahu siapa yang tidak berakhlak dan beradab.

    Dengan ini kita akan tahu siapa yang patut diikut dan dicontohi. Kalau ahli yang tidak berakhlak dan beradab kita tarbiyahkan dan kalau pemimpin yang tidak berakhlak dan beradap kita turunkan dan tarbiyahkan semula.

    Kalau kedua-duanya tidak mahu, nyahkan dari parti supaya tidak menjadi duri dalam daging.

  2. 2 samuraisyahid
    thpm31000000Mon, 06 Oct 2008 15:19:10 +000006pm08, J00000010 9, 2007 at 15:50 +00:00Oct

    Terima Kasih saudara Abd Rahim,

    Biarpun kita tahu keadaannya sebegitu, pihak pimpinan perlu berhati-hati dalam pembersihan PAS. Biarlah kita ramaikan kawan berbanding ramaikan musuh. InsyaAllah, Allah akan bantu PAS dengan generasi yang faham perjuangan Islam.

    Sudah pasti kita yang muda dan bersemangat ini mahukan kepuasan dalam berjemaah. Supaya jemaah bersih dari segala kejijikan kepimpinan yang tidak memahami perjuangan. Siapa tidak mahukan kepuasan, seperti kita membasuh bontot setelah membuang najis besar, membersihnya dengan sebersih-bersihnya adalah satu kepuasan. Tetapi, ia perlukan kesabaran kerana kita bukan membersih najis tetapi manusia yang penuh dengan masalah.

    Berdoalah, dan bekerjalah demi kemenangan Islam.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
October 2008
S S M T W T F
« Sep   Nov »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Archives

  • 57,723 guests

Categories


%d bloggers like this: