06
Oct
08

antara kerjaya & perjuangan

Salam Samurai,

Termenung aku seketika, mengenangkan hari-hari yang aku lalui. Ujian demi ujian, biarpun ujian itu tidak sehebat ujian para pejuang lain. Ia tetap satu cabaran untuk aku meneruskan survival hidup ini. Kadang-kadang aku seperti tiada tempat berpaut biarpun aku beristeri. Hanya pada Allah aku berserah. Bukan kerana isteri aku tidak membantu atau tidak memahami, berat untuk aku membuat keputusan dengan membebankan perasaan insan yang aku sayang.

Sekarang aku mula merasai perit kesukaran dalam perjuangan yang memerlukan banyak komitmen, ditambah lagi tanggungjawab  yang sudah menjadi amanah setelah aku diijab kabul kan dengan seorang insan yang bernama isteri. Ia tetap perlu aku teruskan, kami perlu saling memahami dan berbincang untuk terus melangkah ke satu medan yang hebat ini.

Kesibukkan di hari raya telah mengajar aku keperitan sebenar untuk berkorban kegembiraan demi sebuah kebahagian insan lain. Kita punya keluarga, malah punya dua keluarga. Hari-hari kita berikan kepuasan untuk orang lain, tetapi kita menanggung kerinduaan kepada keseronokan dan kerehatan. Syurga itu indah, kesusahan sahaja memenuhi syarat ke sana. Hanya itu motivasi yang mampu memberi semangat dan bimbingan. Aku rindukan lebih banyak lemang, ketupat dan rendang!! argh.. tetapi bukan itu sahaja.

Berbual dengan rakan-rakan seMRSM, kegembiraan mereka membina kerjaya membuat aku keghairahan untuk  mengejar dunia. Aku hilangkan cinta dunia dengan mengadu kasih dengan isteri tercinta. Membetulkan kembali tujuan dan matlamat hidup kita bersama. Biarlah kerjaya untuk kepentingan perjuangan dan mencari redha ilahi. Itu sahaja membuat aku bersabar meniti jalan hidup ini.

Aku inginkan title DR & Prof, tapi untuk tujuan apa? Tanya hati kecil. Aku keresahan untuk menyambung pelajaran sehingga peringkat master, kerana aku tahu, ia memerlukan komitmen yang tinggi. Dalam keghairahan mengemudi perjuangan, aku risau aku bakal futur dalam kesibukkan mencari status. Ya Allah, yang manakah yang terbaik untuk aku membuat pilihan.

Aku terus berfikir, dan hampir membuat keputusan. Dan aku perlu berhati-hati dalam meneruskannya. Semoga ada sumbangan yang besar kepada perjuangan dalam setiap keputusan yang aku pilih. Doakan aku wahai teman, aku benar-benar keresahan dalam membuat keputusan. Kerana aku takut aku futur dalam perjuangan menuju akhirat.😦

Duniakah dihati-ku?!


0 Responses to “antara kerjaya & perjuangan”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
October 2008
S S M T W T F
« Sep   Nov »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Archives

  • 57,723 guests

Categories


%d bloggers like this: