07
Oct
08

kembali pada jalan sebenar

Salam Samurai,

Setiap hari aku bersama-sama kelompok  yang berjuang untuk menegakkan Islam. Alhamdullilah, semangat dan kekuatan itu sentiasa dikongsi bersama. Bersyukur kepada Allah S.W.T kerana di anugerahkan keluarga yang sebesar ini dalam memahami perjuangan. Tetapi dalam kita bersama, banyak perbezaan yang sering timbul di fikiran. Mungkin ia sebahagian dari perbezaan pendapat.

Antara perkara yang aku risau bila berada dalam organisasi bernama PAS ialah kurangnya pendedahan dan semangat mendalami ilmu. Ramai aktivis PAS yang sangat kurang mentelaah ilmu bagi mengindahkan lagi status kita sebagai aktivis. Paling malang sekali, bila aku melihat golongan intelek ataupun berpelajaran tinggi masih kurang minatnya kepada ilmu. Adakah kami terlalu sibuk dengan perjuangan dan pengurusan gerak kerja?! Aku bertanya, hanya dengan alasan itu sahaja yang mampu membuat aku tenang melihat keadaan tersebut.

Apa yang membimbangkan aku ialah akan lahir generasi yang berjuang dengan dasar semangat dan emosi tanpa pertimbangan ilmu dan idea yang bernas dan berkualiti. Sudah pasti perjuangan dengan kekuatan emosi ini banyak kelebihannya, kerana ia memberi momentum dan semangat kerja yang tinggi kepada pejuang. Malah, mereka yang berjuang tanpa pengaruh semangat, dan keghairahan akan banyak berfikir untuk mengelak dan terlalu banyak alasan. Tetapi, alangkah baiknya kalau perjuangan yang bersemangat dan keinginan yang tinggi ini di bina dan di bentuk dengan ilmu dan amal yang istiqamah, sudah pasti akan membawa natijah yang besar kepada gerakan Islam. Tambahan pula, PAS sudah masuk ke fasa pemerintahan. Tanpa penguasaan ilmu yang tinggi, kemampuan pengurusan yang kemas, ketaatan kepada kepimpinan solid, serta keimanan kepada Allah yang mendalam, bakal meruntuhkan PAS suatu hari nanti. Persediaan untuk sudah perlu di perlengkapkan. Bukan lagi persediaan untuk menang, tetapi persediaan untuk memerintah. Itulah pesanan yang pernah di utarakan oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat.

Aku sudah muak untuk beralasan PAS merupakan sebuah gerakan Islam yang pelbagai, maka kita perlu meraikan kepelebagaian tersebut. Apa yang aku mahukan ialah generasi di dalam PAS terutamanya dari kalangan elit dan profesional membina akal, ilmu dan amal mereka dengan kualiti yang lebih baik dari orang-orang biasa. Kalau golongan peringkat ulama dan profesional berjaya membentuk tiga element ini ilmu, amal dan emosi dengan konsisten, insyaAllah kemampuan untuk membentuk golongan peringkat pertengahan dan bawah pasti akan berjaya. Contoh-contoh seperti ini sudah banyak ditunjukkan dalam risalah-risalah kejayaan gerakan Islam Ikhwanul Muslimin. Tetapi, malangnya ramai dikalangan kita kurang mengambil iktibar dari hal tersebut.

Maka, peringatan Tuan Presiden Tok Guru Haji Hadi membawa makna yang besar kepada kita, supaya memantapkan lagi pentarbiyyahan ummah terutamanya golongan yang sepatutnya seperti dikalangan pemimpin, ulama dan intelektual PAS. Ucapan Tuan Guru Haji Hadi amat bertepatan dengan apa yang dilakukan oleh beliau. Aku sering mengikuti kuliah Tuan Guru di terengganukini. Kualiti kuliahnya cukup hebat, biarpun kehadiran mereka adalah dikalangan orang kebiasaan dan orang kampung. Hurian-hurian Tuan Guru dan silibus yang Tuan Guru guna cukup tinggi tetapi dengan istiqamah beliau berjaya membentuk masyarakat di sekitar Kampung Rusila.

Inilah contoh yang sepatutnya kita ikut dalam melahirkan generasi pelapis gerakan Islam. Bukan hanya datang dengan semangat, tetapi dibentuk dengan ilmu dan amal. Aku sedar, penulisan aku tidak sehebat dengan apa yang aku ada. Tetapi, aku ingin terus maju dan membina diri. Walaupun dalam kesibukkan, aku sedaya upaya untuk tidak melepaskan peluang membentuk kefahaman dan percambahan ilmu serta tidak lupa mengasah kekukuhan iman. Semangat dan keinginan terus di rangsang biarpun perlaksanaannya tidak seberapa.

Ayuh, bangun pejuang-pejuang PAS! Sharpen The Saw dalam setiap urusan kerja kita. Jangan berjuang dengan semangat tetapi mantapkanlah seluruh aspek yang sepatutnya.

Sekian dulu, salam perjuangan buat semua. Wassalam.


4 Responses to “kembali pada jalan sebenar”


  1. tham31000000Thu, 09 Oct 2008 10:22:05 +000009am08, J00000010 9, 2007 at 15:50 +00:00Oct

    Tp..xdinafikan jugak.. setiap hari akn mengulang rutin yg sama je.. xsempat nk masukkn aktiviti lain..hujung minggu baru ada msa lapang..tp nk habiskn satu2 buku..hmm..lmbt la..ilmu rumhtgga pon nk blaja jugak..hihi

  2. 3 samuraisyahid
    thpm31000000Thu, 09 Oct 2008 17:26:17 +000009pm08, J00000010 9, 2007 at 15:50 +00:00Oct

    Salam Samurai,

    Ilmu apa?! Semua bidang ilmu perlu kita kuasai. Dalam keadaan dan masa yang terbatas pasti tidak memungkinkan kita berbuat demikian. Tetapi, menjadi kewajipan untuk menguasai asas dari setiap ilmu. Al-Quran menyedia seluruh ilmu kehidupan, menjadi petunjuk kepada insan beriman. EKONOMI, POLITIK, KEMASYARAKATAN, DAKWAH, FARDU AIN, dan lain-lain lagi.

    Dalam mengemudi gerakan dakwah, sebagai amilin terutamanya PAS sebagai gerakan Islam terbesar di Malaysia. Kita perlu menguasai asas-asas keseluruhan bidang kehidupan, pada masa yang sama baik juga kiranya kita cuba menumpu bidang yang kita minat dan dispesifikkan.

    Ana amat tertarik dengan sebuah buku dari aktivis PKS, menghuraikan persediaan yang diperlukan oleh aktivis gerakan Islam. Penumpuan dalam satu bidang amat dialu-alukan bagi membangunkan gerakan Islam tersebut. Maka, keputusan tersebut terserahlah kepada mereka yang bergelar amilin. Mengenali potensi diri dan digilapkan potensi tersebut untuk membantu Islam merupakan sebahagian dari tanggungjawab aktivis. Jangan menjadi amilin yang lemah, hingga menjadi pak turut dalam perjuangan. Kita perlu sama menyumbang!

    Wallahualam.

  3. tham31000000Fri, 10 Oct 2008 10:11:24 +000010am08, J00000010 9, 2007 at 15:50 +00:00Oct

    owh..begitu…hmm,sememangnya ramai dikalangan kita sedar tentang hal itu..dan tanpa kita sedari mereka ni lebih byk ilmu dr kita, cuma kurang menonjolkan potensi diri..dan sering merendah diri. mungkin kurang berani atau masing2 tidak yakin utk berkongsi dgn org lain? tetapi, bg ana pengalaman juga penting terutamanya amilin yg baru..ramai org ada ilmu tp xnak ada pengalaman dan memencilkan diri..ada juga yg mahu pengalaman utk menambah ilmu.. bagi yg diberi ruang utk memegang suatu amanah, alhamdulillah dpt mengaplikasikan ilmu tersebut. istilah ‘pak turut’ xkan ada jika kita semua saling menghormati dan saling melengkapi dlm perjuangan. kita semua adalah amilin! InsyaAllah akan menguatkan amilin ‘lemah’ itu…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
October 2008
S S M T W T F
« Sep   Nov »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Archives

  • 57,723 guests

Categories


%d bloggers like this: