13
Oct
08

aku tidak sangka

Salam Samurai,

Aku tidak sangka! Itulah perasaan aku dua tiga hari ini. Aku seolah-olah dianugerahkan satu kuasa, kebolehan dalam hal ini. Dan aku seperti tidak percaya, yang bahawa aku hari ini adalah hasil dari aku yang kelmarin. Dan aku tidak menduga, aku berada pada landasan yang aku bina suatu ketika dahulu. Sudah pasti, kesyukuran dan pujian itu kembali kepada Allah S.W.T kerana semuanya adalah dengan izin-Nya.

Tidak rugi kita di kelmarin hari, kalau kelmarin hari itu kita merancang untuk taat dan patuh pada Tuhan yang Esa. Kalau kelmarin, kita bersusah payah untukmenjadi seorang yang pernah berkorban untuk Islam (Rasullullah). Aku terus tersenyum, tanda kesyukuran atas anugerahnya kepada aku yang tidak terkira. Semoga aku berada dikalangan mereka yang benar.

Aku meniti jalan ini dengan susah payah dan keringat. Aku membuang sifat malu demi tahu. Dari tahu, aku bertaktih untuk melahirkan rasa mahu dalam diri. Terima Kasih, guru dikalangan sahabat-sahabat aku. Terima Kasih, contoh tauladan dari ustaz dari kalangan pendakwah. Yang banyk memberi tunjuk ajar pada diri ini. Aku seperti orang yang paling bertuah.

Aku tidak menyangka, hari ini aku adalah seorang motivater kepada sekelompok remaja cergas. Hari ini aku adalah seorang pendidik kepada sebuah halaqah kecil bernama usrah. Hari ini aku adalah penasihat kepada sebuah institusi mahasiswa. Dan hari ini aku adalah pemikir kepada sebuah gerakan Islam. Dan ia adalah hasil tarbiyyah dari sebuah institusi yang bernama Jemaah! TerimaAAAA KasihHHH, naqib-ku, teman-ku, presiden-ku, amir-ku dan anak-anak buah-ku. Kamu telah melahirkan AKUUU. Aku bagai ingin menjerit sekuat-kuatnya, tanda terhutang budinya aku kepada kalian.

Dan yang paling tidak menyangka, hari ini aku ditemani oleh seorang rakan yang sama-sama belajar dan hari ini sama-sama berjuang dalam satu medan yang sama. Aku sungguh bersyukur, dan aku berharap gandingan kami mampu memberi impak yang baik kepada jemaah. Aku harap, dimana aku berada, aku dapat memberi yang terbaik kepada jemaah dan perjuangan, dan memberi perubahan yang baik kepada gerak kerja Islam ini tetapi pada landasan yang betul dan benar.

Ya Allah, kau satukanlah hati-hati kami biar teguh untuk terus menempuh liku-liku perjuangan ini dengan tenang dan bertawakal kepada-Mu.

Sahabat-sahabat pelajar sekalian. Mula lah untuk merancang dari sekarang. Tanyalah pada diri sendiri; ” Siapakah aku selepas ini?!” . Mereka yang gagal merancang untuk perjuangan, adalah mereka yang merancang untuk gagal dalam perjuangan. Mulakan dari sekarang, sebagai seorang pemimpin yang merupakan pemimpin pada diri sendiri, harus segera bermula jangan menangguh untuk menjadikan anda seorang pejuang yang berkarisma dan teguh pendirian.

Kekuatan hati datang dari amal dan keimanan yang tinggi, kepimpinan datang dari emosi yang segar dan rendah diri lagi ikhlas, karisma datang dari ilmu yang berkualiti dan terkini, istiqamah datang dari ukhuwah yang sihat dan berpanjangan. Semoga kita teruskan usaha membina untuk turun berjuang.


0 Responses to “aku tidak sangka”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
October 2008
S S M T W T F
« Sep   Nov »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Archives

  • 57,738 guests

Categories


%d bloggers like this: