15
Oct
08

Gerakan Islam terganggu bila amilin longgar akhlak

Seorang aktivis atau amilin gerakan Islam bukan sekadar perlu memahami dan tunduk pada peraturan agama dalam memikul amanahnya malah ia perlu memperlengkapkan dirinya dan patuh pada disiplin dan adab dalam berjemaah.

Masalah dalaman angkara amilin yang tidak lengkap atau longgar akhlak berjemaahnya akan mengakibatkan terganggunya perjalanan gerakan Islam tadi.

Gerakan Islam ini bukan gerakan ikut-ikutan atau gerakan yang bertenggek pada populariti semasa atau pada mana-mana individu atau kumpulan. Ianya rentetatan dari gerakan suci lagi besar yang telah diasaskan oleh junjungan kita Nabi Muhammad saw, yang berlandaskan wahyu (al Quran) dan bimbingannya, tidak berubah roh dan semangatnya samada dalam keadaan perjuangan itu ditimpa tekanan, serangan atau fitnah mahupun ketika ia meraih kejayaan dan kemewahan.

Kerana itu dalam menghadapi halangan dan cabaran atau dugaan semasa gerakan Islam hendaklah sentiasa berwaspada dan mengambil langkah-langkah perlu bagi memantap dan memperkasakan para pendukungnya. Seseorang itu tidak boleh mendakwa dirinya amilin gerakan Islam jika ia tidak patuh atau tunduk pada peraturan dan adab berjemaah ini.

Komprehensifnya peraturan dan adab berjemaah dalam gerakan Islam sehingga kita ditarbiyah dan didedahkan dalam mengenal-pasti dan menjauhi wabak-wabak yang mampu menganggu-gugat keutuhan diri dan kekuatan jemaah.

Umpamanya Dr al Sayed Muhammad Noh ada menulis darihal wabak-wabak ini yang perlu diberi perhatian di dalam kitabnya “Wabak Sepanjang Jalan” yang pada tahun 2003 telah diterbitkan oleh Dewan Ulamak PAS Pusat dengan diterjemahkan oleh Dewan Ulamak PAS Kedah (Pengerusi panel terjemahannya ketika itu adalah MB Kedah kini Ustaz Dato’ Seri Azizan Abd Razak).

Terjemahan buku ini djadikan teks usrah oleh PAS di pelbagai peringkat dan saya difahamkan ianya menjadi teks usrah kepada Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah sejak zaman Almarhum Ustaz Dato’ Fadzil Mohd Noor lagi.

Kitab ini menghuraikan tujuh wabak yang perlu diawasi oleh para amilin yang jika tidak diberi perhatian mampu mengancam gerakan Islam sepanjang zaman. Dan salah satu wabak itu adalah “al ghurur” atau “tertipu dengan diri sendiri”. Di sana Allah SWT berfirman:

” Wahai umat manusia, sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar; maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia, dan janganlah Syaitan yang menjadi sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengan (kemurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka).” (Fatir: 5)

Antara sebab-sebab berlakunya “ghurur” menurut kitab ini adalah pertama lalai untuk mengkaji dan muhasabah diri sendiri dan kedua lalai atau enggan menerima bimbingan orang lain.

Sesungguhnya dua di antara sebab ini sangat mudah hinggap dan memperdayakan kita sehingga kita kadangkala tidak perasan atau terlupa yang ianya telah masuk merasuk jiwa kita.

Kerana itulah kita perlu sentiasa memagang kuat ikatan tali dalam berjemaah ini, jangan sampai ianya terlepas sehingga kita menganggap tidak ada yang lain yang benar dan betul melainkan diri kita sahaja.

Kitab ini memberi amaran bahawa “al ghurur” jika tidak ditangani atau dirawati akan meninggalkan kesan buruk dan merbahaya samada ke atas amilin ataupun amal Islami itu sendiri.

Dan tiga kesan ke atas amilin akibat dari perlakuan “al ghurur” ini adalah pertama: “cenderung terjebak ke dalam perangkap kejahatan dan suka bertegang leher”, kedua: “cenderung terjebak ke dalam kancah at takabbur tanpa hak” dan ketiga: “keras kepala”.

Untuk itu Rasulullah saw bersabda: “Aku adalah ketua sebuah rumah perlindungan dalam syurga (dikhususkan) untuk mereka yang tidak bertegang leher, sekali pun apa yang dilakukannya itu adalah benar. Dan aku juga ketua sebuah rumah di tengah-tengah syruga (dikhususkan) untuk mereka yang tidak berbohong, walaupun bohongnya itu hanyalah gurauan. Dan aku juga ketua sebuah rumah di bahagian tertinggi syurga untuk mereka yang baik akhlaknya.”

Justeru itu semua kita perlu mengambil iktibar dan memastikan yang kita tidak dihinggapi oleh wabak seumpama ini samada kita sekadar ahli biasa ataupun berjawatan di peringkat cawangan, apa lagi kawasan, negeri termasuklah pusat.

Tidak terkecuali mereka yang memegang jawatan dari setinggi Menteri Besar sehinggalah ahli-ahli EXCO, ahli parlimen dan ADUN serta ahli-ahli majlis PBT, ketua-ketua kampung mahupun JKKK.

Dato’ Seri Tuan Guru Presiden PAS ada menyebut dalam ucapannya di muktamar baru-baru ini bahawa pokok PAS tidak akan tercabut kerana tunjangnya adalah Islam, walaupun ia mungkin bergoyang.

Lalu apa sahaja yang mengakibatkan ianya bergoyang perlu dirawat semoga pokok ini terus kukuh dan teguh dalam meneduhi perjuangan yang besar dan jauh ini.

Oleh;

Setiausaha Politik Tuan Guru Haji Hadi

Komen SamuraiSyahid,

Sudah lama aku ingin menulis isu ini, tetapi sentiasa bertanya boleh kah aku begitu?! Aku begitu berduka cita dengan beberapa pimpinan PAS diperingkat atasan yang kadang-kadang terlalu biadap dengan Tuan Presiden. Kononnya mereka berbahas menggunakan hujah keterbukaan Umar Al-Khattab dalam menerima teguran.

Aku bukan seorang yang taksub kepada mana-mana pihak. Kerana aku didikan untuk menerima atas kebenaran. Tuan Guru Haji Hadi, Tuan Guru Nik Aziz, masing-masing tidak maksum dan bisa berlaku kesilapan antara mereka. Tetapi aku diajar beradab dalam menyelesaikan satu isu. Bukankah kita telah disediakan saluran yang tepat lagi berguna. Mengapa terlalu bodoh dalam membuat keputusan untuk berbicara.

Jangan jadikan parti kita sebagai parti kurang ajar. Ingat, yang kurang ajar perlu diberi ajar supaya dia tahu pengajaran sebenar. Kalau dengan kata-kata kasarnya, cantas sahaja mereka itu.

Pesanan akhir kepada MEREKA ITU, jangan dahulukan akal berbanding nas, jangan penting nafsu berbanding iman, jangan pentingkan diri dari syura. Ingat perjuangan kita bukan ikut-ikutan tetapi penuh dengan pengorbanan dan berprinsip. Sedarkanlah diri kita, ia adalah ujian seperti mana perang uhud dikaburi dengan kemenangan yang belum pasti. Kejayaan uhud terletak pada ketaatan seorang ahli kepada  Presiden yang benar dan patuh pada ajaran Islam. Islam mesti dibela bukan di anak tiri kan.

InsyaAllah aku cuba menghuraikan juga persoalan tersebut melalui kefahaman dan bimbingan yang aku perolehi nanti.

Salam Samurai buat semua. Takbir!


1 Response to “Gerakan Islam terganggu bila amilin longgar akhlak”


  1. 1 anaAnsarullah
    tham31000000Tue, 05 Jan 2010 03:20:08 +000005am10, J0000001 9, 2007 at 15:50 +00:00Jan

    mohon izin nak copy ulasan ttg al-ghurur. nak copy utk bhn usrah.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
October 2008
S S M T W T F
« Sep   Nov »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Archives

  • 57,738 guests

Categories


%d bloggers like this: