26
Oct
08

Islam

Salam Samurai,

Hidangkan-ku segelas milo bersama sepinggan roti canai sebagai sajian untuk aku mentelaah bahan-bahan bacaan memenuhi masa lapangku. Senyum-senyum selalu, sebagai kekuatan buat pejuang-pejuang Islam. Hari ini aku bertemankan buku tulisan Olivier Roy bertajuk Globalized Islam The Search For A New Ummah.

Berkali-kali aku bertukar buku english, disebabkan kebosanan membacanya. Mungkin disebabkan penggunaan bahasa yang agak classic membuat aku merangkak untuk membaca. Sebagai contoh The Muqadimmah translation penulisan Ibn Khaldun amat membingungkan aku malah membuat aku tersungkur untuk meneruskannya. Tetapi ia amat perlu untuk menambahkan lagi input aku berkenaan perjalanan sebuah daulah yang berteras Islam, bangkit bangunnya sebuah daulah Islam itu banyak ibrah yang dapat kita hayati.

Kali ini aku lebih berhati-hati untuk memulakan pembacaaan, setelah beberapa kali terkandas dan akhir sekali aku bertukar buku kepada penulisan berbahasa melayu. Maka Globalized Islam menjadi pilihan, dari segi gaya bahasanya yang agak kemas dan teratur serta perkataan yang digunakan lebih mudah dan sederhana aku termotivasi kembali untuk membaca buku ini. InsyaAllah doakan aku ye teman.

ISLAM

Islam adalah satu perkataan yang sukar untuk diterjemahkan atau diberi pengertian kerana Islam itu luas dan hebat untuk ditafsirkan. Bila ditanya Islam kepada Nabi, jawapannya kadang-kadang berbeza. Ulama’ juga memberi jawapan yang berbeza dari pelbagai persepektif, yang penting Islam itu hebat untuk di tafsirkan kerana segala kebaikkan itu ada dalam Islam.

Hadis riwayat Thalhah bin Ubaidillah ra., ia berkata:
Seseorang dari penduduk Najed yang kusut rambutnya datang menemui Rasulullah saw. Kami mendengar gaung suaranya, tetapi kami tidak paham apa yang dikatakannya sampai ia mendekati Rasulullah saw. dan bertanya tentang Islam. Lalu Rasulullah saw. bersabda: (Islam itu adalah) salat lima kali dalam sehari semalam. Orang itu bertanya: Adakah salat lain yang wajib atasku? Rasulullah saw. menjawab: Tidak ada, kecuali jika engkau ingin melakukan salat sunat. Kemudian Rasulullah bersabda: (Islam itu juga) puasa pada bulan Ramadan. Orang itu bertanya: Adakah puasa lain yang wajib atasku? Rasulullah saw. menjawab: Tidak, kecuali jika engkau ingin melakukan puasa sunat. Lalu Rasulullah saw. melanjutkan: (Islam itu juga) zakat fitrah. Orang itu pun bertanya: Adakah zakat lain yang wajib atasku? Rasulullah saw. menjawab: Tidak, kecuali jika engkau ingin bersedekah. Kemudian lelaki itu berlalu seraya berkata: Demi Allah, aku tidak akan menambahkan kewajiban ini dan tidak akan menguranginya. Mendengar itu, Rasulullah saw. bersabda: Ia orang yang beruntung jika benar apa yang diucapkannya. (Shahih Muslim)

Aku melihat kebangkitan sebuah tamadun amat bergantung kepada pengaruh agama. Kita melihat penawanan Palestin adalah pengaruh dan semangat agama. Tidak kiralah dari kalangan pejuang agama yahudi, nasrani mahupun Islam.

Kalau kita melihat sejarah, antara taktik yang digunakan oleh zionis untuk menarik minat orang Yahudi yang berada diseluruh dunia kembali ke Palestin adalah menggunakan isu agama. Sama juga kita melihat kejayaan demi kejayaan dari golongan kristian bangkit menawan Palestin melalui perang salib adalah dengan kekuatan tarikan paderi berkenaan janji syurga .

Unsur spiritual amat penting untuk memberi kekuatan kepada kita melaksanakan satu-satu tugas. Tetapi malangnya ada dikalangan umat Islam yang mengatakan agama adalah candu masyarakat untuk berubah dan berjaya. Maka ada dikalangan mereka yang berjuang melalui kekuatan asabiyyah atau perkauman. Sedangkan mereka lupa berapa kumpulan yang telah tewas melalui perjuangan bangsa.

Peperangan demi peperangan dikalangan golongan bersifat asabiyyah telah tewa dengan golongan yang berjuang atas dasar aqidah/agama. Bila kita melihat dari kaca mata sejarah, bagaiman dua kumpulan iaitu kharaj dan ansar telah berpecah belah kerana bersifat perkauman dan asabiyyah. Malah mereka dipergunakan oleh golongan yahudi untuk di perlaga-lagakan. Setelah kedatangan Islam di Madinah, dua kumpulan besar telah berdamai atas satu kalimah yang mentauhidkan Allah, serta menjadikan ukhuwah sebagai sandaran persahabatan. Malah mereka mampu menerima orang luar seperti Muhajirin sebagai sahabat, bahkan lebih dari itu. Diawal ikatan yang dibina oleh Nabi S.A.W, harta pusaka diwasiatkan kepada sahabat-sahabat Muhajirin. Begitulah hebatnya ikatan Aqidah dan Ukhuwah yang berjaya mereka bina sewaktu di Madinah. Bagaimana Kita?!

Punca umat Islam ini ditindas dan dihina adalah disebabkan unsur perpecahan yang wujud dalam masyarakat Islam. Kita membataskan Islam dengan geografi dan bangsa juga sempadan-sempadan yang dibentuk oleh orang kafir sendiri untuk memecah belahkan umat Islam. Mari kita renungkan kembali peristiwa jajahan tanah haram Baitul Maqdis, ia adalah sebahagian dari kesan perpecahan dikalangan umat Islam. Umat Islam ketika itu lebih mementing pangkat, kuasa dan dunia sebagai matlamat bukan aqidah dan ukhuwah. Maka ada  dikalangan mereka yang bersekongkol dengan yahudi untuk menjadikan kerajaan Islam sendiri.

Dalam peristiwa-peristiwa kemenangan perang salib juga kita dapat melihat punca kekalahan umat Islam adalah disebabkan hilangnya sifat kebersamaan dan lebih kepada sifat kekitaan dan mementingkan diri sendiri. Mereka sanggup menggadai sahabat seaqidah demi mendapatkan peluasan kuasa yang lebih, dan lebih malang lagi untuk mereka bila orang kafir yang menjadi pakatan mereka telah khianat kepada mereka. Itulah kebodohan yang ada dalam diri umat Islam. Mereka ini sanggup mengkhianati khalifah demi kekuasaan yang sementara di dunia.

Hadis riwayat Hudzaifah Al-Yamani ra., ia berkata:
Orang-orang banyak yang bertanya kepada Rasulullah saw. tentang kebajikan, sedangkan aku justru bertanya kepada beliau tentang kejahatan karena takut aku terjerumus melakukannya. Maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kami pernah mengalami zaman jahiliah dan kejahatan, lalu datanglah Allah dengan membawa kebaikan ini kepada kami. Apakah setelah kebajikan ini nanti akan ada lagi kejahatan? Beliau menjawab: Ya. Aku bertanya lagi: Apakah setelah kejahatan itu datang lagi kebajikan? Beliau menjawab: Ya, tetapi banyak kekurangan. Aku bertanya: Apakah kekurangannya? Beliau menjawab: Akan ada suatu kaum yang mengikuti selain sunahku serta memberikan petunjuk dengan selain petunjukku, di antara mereka ada yang kamu kenal juga ada yang tidak kamu kenal. Aku bertanya lagi: Apakah setelah kebajikan itu nanti akan ada lagi kejahatan? Rasulullah saw. menjawab: Ya. Kelak akan muncul para dai yang berada di muka pintu-pintu neraka Jahanam. Siapa yang menuruti panggilan mereka, akan mereka lemparkan ke dalamnya. Aku bertanya: Wahai Rasulullah, terangkanlah kepada kami sifat mereka itu! Rasulullah saw. menjawab: Baiklah. Mereka adalah kaum yang kulitnya sama dengan kita dan berbicara dengan bahasa kita. Aku bertanya: Wahai Rasulullah, apakah perintahmu jika aku mengalami hal itu? Rasulullah saw. menjawab: Tetap setialah kepada jemaah kaum muslimin dan pemimpin mereka. Aku bertanya: Kalau mereka tidak memiliki jemaah serta pemimpin? Rasulullah saw. menjawab: Maka jauhilah semua sekte-sekte yang ada itu meskipun kamu harus menggigit pangkal pohon sampai maut menjemputmu kamu tetap demikian. (Shahih Muslim)

Keadaan yang berlaku dahulu dan sekarang ini tidak perlu kita teruja kerana ia telah dimaklumkan terlebih dahulu oleh Nabi S.A.W sebelum kewafatan beliau sebagai nasihat dan pesanan kepada semua.

Sekian dahulu!


0 Responses to “Islam”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
October 2008
S S M T W T F
« Sep   Nov »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Archives

  • 57,723 guests

Categories


%d bloggers like this: