26
Oct
08

Kita mulia dengan Islam

Salam Samurai,

Sudah lama aku meninggalkan ruangan blog sebagai tempat berkongsi ilmu dan pendapat. Maybe disebabkan kesibukkan, dan rancak meneruskan aktiviti hobi-ku. Juga kesibukkan menguruskan gerak kerja jemaah yang kadang-kadang perlu diberi lebih priority. Hari ini, aku ponteng program jemaah yang sepatutnya aku perlu hadirkan diri. Bukan saja-saja, tetapi ada maslahat yang perlu di selesaikan. Tetapi, sampai sekarang hati aku gelisah kerana tidak memberitahu murabi-ku. Ia kerana malu dan rasa serba salah disebabkan orang lain melibatkan diri, kadang-kadang rasa diri kurang sifat berkorban.

Alhamdullilah, aku disini sentiasa diaturkan program tarbiyyah yang menjadi kewajipan kepada kami ahli Darul Islah. Menjadi kewajipan kepada ahli gerakan Islam terlibat dalam aktiviti menuntu ilmu. Baru-baru ini, aku mengikuti kuliah dari ustaz Lufti yang merupakan salah seorang tahanan ISA. Setiap kata-kata membakar jiwa-ku yang lemah ini untuk terus bangun berjuang dan berkorban. Melihat orang yang lebih baik dari kita adalah ditutut dalam hal-hal akhirat.

Aku baru sahaja selesai membaca sebuah buku yang menarik bertajuk Baitul Maqdis tulisan Ustaz Haji Hanif, penulisan berkenaan rentetan perjuangan mengembalikan kedaulatan Baitul Maqdis sebagai tempat suci ke-3 umat Islam. Menyentuh perjuangan sejak zaman Umar Al-Khattab hinggalah zaman Khalifah Utmaniyah. Aku begitu terkesan dengan kesungguhan pejuang-pejuang yang mengambil kembali Baitul Maqdis dari puak kufar. Kesimpulan yang dapat dibuat ialah, setiap hati-hati yang ingin mengembalikan kekuasan Islam keatas Baitul Maqdis mestilah sehebat pejuang-pejuang terdahulu seperti Umar al-Khattab, Nuruddin Zanki, dan Salahuddin Ayub!

Kita melihat setiap kejatuhan Baitul Maqdis kepada golongan kufar adalah disebabkan kegagalan pemerintahan Islam yang tidak taat kepada Allah S.W.T. Inilah reality ummah, bila  berada ditempat tinggi dan berjaya, masing-masing akan lupa  bahawa mereka adalah hamba, dan kejayaan mereka adalah kerana Islam.

Kadang-kadang kita perlu rasa bersyukur kerana hidup kita hari ini berada dalam keadaan berjuang menegakkan Islam yang dihina dan dhaif. Bayangkanlah kalau hidup kita waktu Islam gemilang dan terbilang, mungkin kita menjadi angkuh dan hebat hingga lupa bahawa kita berjaya dengan Islam.

Mungkin itu adalah sunnahtullah, setiap tamadun yang bangkit pasti akan runtuh menyembam bumi. Tetapi, malangnya kita yang sedang berjuang, baru hendak menang atau dalam proses untuk menang sudah mula lupa Islam.

-END-

Sebenarnya, diatas adalah muqadimmah untuk penulisan aku kali ini. Aku cuba menggunakan peluang yang ada ini sebagai menunai janji dari tajuk Akhlak Berjemaah. Ia juga adalah motivasi dari Ustaz Yussainie supaya aku menyambung tajuk tersebut melalui penilaian sirah.

Pada masa yang sama, aku dalam proses menghabiskan koleksi bacaan sirah. Kali ini aku cuba menyundahkan bacaan Tulisan Raheeq Makhtum. InsyaAllah, dijangka pada bulan ini selesai pembacaan tersebut. Sebagai gerakan Islam menguasai kefahaman perjalanan sirah amat penting, kerana kita ingin berjuang sebagai mana nabi berjuang, dan perjuangan kita mendahului nas berbanding akal.

Mungkin isu ini sudah lapok, dan mungkin proses memperbaiki masalah akhlak dikalangan pimpinan PAS sedang dibuat. Tetapi baik kiranya aku tetap meneruskan penulisan hal tersebut bagi memantapkan lagi style penulisan aku yang kadang-kadang berimej tidak matang.

Aku sebenarnya begitu tertarik dengan penulisan artikel oleh Raja Petra Kamaruddin satu ketika dahulu, yang pernah aku diberitahu oleh sahabat aku saudara Huzaimi. Beliau cuba membuat perbandingan berkenaan prinsip perjuangna setiap parti politik yang ada di Malaysia. Aku cuba memcari kembali artikel tersebut tetapi tidak ku ketemui. Aku cuba menghubungi saudara Huzaimi tetapi beliau tidak online dua tiga hari ini. Artikel tersebut amat penting pada aku kerana ia dapat mengemaskan lagi penulisan artikel aku ini.

Melalui penilaian Raja Petra prinsip perjuangan PAS adalah yang paling solid dan kukuh kerana PAS memilih Islam sebagai dasar perjuangan berbanding perjuangan parti-parti lain. Aku cuba membuat kesimpulan, mengapa perlu ada DAP, KEADILAN dan BARISAN NASIONAL kalau prinsip perjuangannya sama?! Mengapa tidak disatukan sahaja parti-parti tersebut?! Mungkin berlakunya perbezaan antara ketiga-tiga parti ini adalah saling tidak mempercayai kepimpinan masing-masing atau thiqah yang berbeza.

Tetapi tidak PAS, PAS tidak bersama mereka bukan kerana ketidakpercayaan kepimpinan dalam parti lain tetapi disebabkan prinsip yang ditegaskan oleh PAS sendiri iaitu ISLAM. Dan aku percaya PAS bersedia menggugurkan parti tersebut kalau ada satu parti atau semua parti ingin menubuh satu parti yang berjuang ISLAM.

Perkara ini pernah di ucapkan oleh Tuan Guru Nik Aziz NIk Mat, beliau bersedia menggugurkan PAS, dan UMNO demi menubuh satu parti baru yang mempunyai nama lain tetapi prinsipnya ISLAM. Bagaimana pula dengan PAS yang bersama pakatan rakyat?! Pakatan Rakyat adalah satu perbincangan yang berbeza.

PAKATAN RAKYAT,

Setahu aku, idea itu dilontarkan oleh Tuan Presiden PAS Tuan Guru Hj Hadi sendiri. Kalau dulu barisan alternatif tp sekarang Pakatan Rakyat. Kita berpakat, tetapi kita bukan dalam satu barisan kerana prinsip perjuangan kita berbeza. Kita berpakat pada perkara yang boleh berpakat, dan perlu berpisah bila ada perkara yang berbeza! Kerana kita mempunyai prinsip tersendiri.

Alhamdullilah, melalui keterbukaan PAS kita telah berpakat dengan PKR. Pakatan kita adalah menegakkan keadilan sejagat di bumi Malaysia ini. Tetapi dengan DAP kita tidak dapat berpakat kerana DAP melarang kita memperjuangkan Negara Islam kalau mahu bersama mereka. Sudah pasti kita tidak akan memenuhi perkara tersebut kerana ia adalah prinsip dan aqidah perjuangan malah sebahagian dari tuntutan aqidah Islam. Kita tidak bercadang untuk berpakat dengan DAP hal Negara Islam tetapi kita ingin berpakat dalam hal kebajikan dan keadilan rakyat tidak kira kepada Muslim atau non-Muslim. Mengapa kita mahu berpakat? Kerana yang mereka perjuangkan ada dalam tuntutan Islam sendiri. Semuanya berbalik kepada Islam, dan kita tidak perlu nak mencari apa yang hendak kita perjuangkan seperti parti-parti lain kerana kita sudah ada panduan dari Al-Quran yang mana perlu diperjuangkan.

Sudah pasti dalam pakatan kita tidak berprinsipkan wala’, wala’ kita hanya kepada kepimpinan Islam. Bukan kepada pakatan rakyat! Jelas dan sepastinya Jelas. Tidak mungkin kita akan berwala’ pada pemimpin atau kepada kumpulan atau kepada pakatan, atau kepada perjuangan yang tidak berwala’kan Islam. Selagi mana ada kebaikkan kepada kumpulan yang perjalanannya dan perjuangannya selaras dengan Islam akan kita terima. Walaupun mereka adalah dari kelompok Hindraf. Biarpun dia UMNO tetapi tidak ada kebaikkannya kepada ummah dan Islam, sepastinya kita menolaknya walaupun didalamnya adalah Melayu. Apa guna Melayu kalau Melayu dan Islam nya adalah Munafiq?!

Kita melihat bagaimana Nabi S.A.W menerima seorang pembantu penunjuk jalan yang merupakan seorang kafir bernama AMIR. Disebabkan kebaikkan padanya, dia tidak menyebelahi orang zalim, kita bisa bersama mereka. Nabi juga bersama Bani Hasyim walaupun mereka tidak beriman sewaktu baginda di Makkah. Betapa besarnya pengorbanan Bani Hasyim dalam mempertahankan batang tubuh nabi walaupun mereka tidak beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Kita lihat sendiri Abi Talib yang benci kepada kezaliman terhadap anak saudaranya namun beliau tidak mahu masuk Islam kerana terlalu sayangkan agama Abi Mutalib. Kita tidak boleh pelik bila ada sebahagian dari golongan kafir yang sanggup membantu Islam bermati-matian walaupun mereka tidak beriman kerana ia telah terbukti dlam sejarah yang mana kita boleh melihat pengorbanan Bani Hasyim yang sanggup berlapar bersama orang Islam di waktu pemboikotan orang Quraisy terhadap orang-orang Islam. Dizaman sekrang juga kita boleh melihat tokoh-tokoh seperti Karem Armstrong yang adil dalam menilai Islam sewaktu Islam difitnah dan dicerca oleh masyarakat. Juga seperti tokoh orientalis seperti Edward Said yang menerima Islam sebagai bangsa dan agama yang tidak zalim seperti yang jajah barat.

Itulah sebenarnya realiti masyarakat, kita bisa menerima dan bersama dengan mereka yang kafir tetapi dengan syarat disana ada kebaikkannya. Malah lebih baik daripada bersama mereka yang bernama Islam tetapi dirinya penuh dengan sifat kemunafikan yang kadang-kadang sifatnya lebih teruk dari orang kafir. Tempat mereka adalah pada neraka yang paling bawah. Kita boleh melihat hubungan/sikap/keterlibatan Rasulullah dengan golongan kafir dalam menegakkan kebenaran dan sokongan nabi kepada golongan kafir dalam perkara kebaikkan seperti peperangn al-Fajjar dan perjanjian al-Fudhul. Jelas kita boleh bersama mereka selagi pada mereka ada kebaikkan serta tidak mengganggu prinsip perjuangan kita.

Kita boleh lihat ketegasan berprinsip Nabi terhadap bantuan yang diberikan oleh bapa saudaranya Abi Tablib. Abi talib telah meminta Nabi S.A.W supaya meringankan dakwah beliau yang begitu tegas menentang aqidah orang kafir. Nabi S.A.W dengan sikap yang tegas menyuarakan untuk bersedia tidak mendapatkan sebarang bantuan dari Abi Talib jika mahu melonggarkan prinsip perjuangan beliau. Ayuh! Bagaiman kita?!

Sekali lagi kita perlu faham dan jelas perbezaan antara prinsip dan strategi!!!

Dengan UMNO bagaimana?! Sudah jelas dan nyata, UMNO tidak pernah berjuang untuk kebajikan dan keadilan biarpun mereka sentiasa berkata-kata ala-ala munafiq untuk melaksanakan perkara tersebut.

Apabila orang-orang munafik datang kepadamu, mereka berkata: “Kami mengakui, bahwa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul Allah.” Dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul-Nya; dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya orang-orang munafik itu benar-benar orang pendusta.

(AL MUNAAFIQUUN: 11)

Sepatutnya kita bersyukur kepada Allah, kerana hari ini kita telah berjaya menyebarkan Islam dengan prinsip ISLAM yang kita pertahankan sejak berkurun lamanya. Dari manusia tidak mememahami apa itu Ad-Din yang sering kita maksud sebagai cara hidup, sehinggalah mereka memahami bahawa ISLAM itu adalah pemerintahan, ekonomi, pergaulan, pendidikan, ibadah dan segala-galanya. Dan hari ini kita telah berjaya apabila kita memperjuangkan prinsip tersebut dengan istiqamahnya, cuma kemenangan yang benar-benar kita nantikan belum berjaya telah menyebabkan kita mudah melenting dan melatah untuk cepat mencapai kejayaan.

Mari kita renungi kesungguhan nabi memperjuangkan prinsip Islam dengan istiqamah tanpa rasa jemu serta berusaha dengan teliti tanpa bersifat terburu-buru atau gopoh untuk mencapai kejayaan. Nabi ditawarkan dengan pelbagai peluang yang menjurus kepada kemudahan untuk menang tetapi nabi menolaknya kerana melihat kepada kejayaan Islam yang lebih jauh dan matang (long term proses).

Nabi S.A.W sendiri pernah ditawarkan untuk menjadi pemerintah sewaktu di Makkah, tetapi nabi menolakknya kerana Puak Quraisy meminta supaya Nabi dapat menerima agama mereka. Saling beriman dan bertukar-tukar  tuhan masing-masing. Menerima sebahagian dari unsur taghut dari banyak juzk taghut.

Inilah dikatakan, strategik sebuah gerakan Islam tidak boleh menggadaikan prinsip ataupun aqidah. Strategik tidak boleh membanggun bersama taghut tetapi bersifat meruntuhkan taghut dan menaikkan Islam sepenuhnya. Biar perubahan sedikit tetapi jelas dan tegas. Biar merangkak, tetapi tidak pernah sujud dan tunduk kepada Taghut.

Sewaktu Nabi berdakwah kepada sekelompok Quraisy dan puak-puak yang datang menjalani ibadah haji jahiliah, mereka telah meminta kekuasan/pemerintahan dari Nabi. Tetapi, nabi tetap bertegas bahawa kekuasaan, pemerintahan adalah milik Allah, dan Nabi tidak dapat menjanjikan sebarang kelebihan kepada mereka yang ingin beriman dengan bersyarat. Sedangkan Nabi boleh bertolak ansur dalam hal berikut demi memperolehi laba yang besar dari satu-satu kabilah.

Kita perlu ingat selagi Islam tidak mempunyai daulah, kita tidak boleh bertolak ansur untuk berselindung menyebarkan Islam itu apa?! Melihat kesusahan dan keperintan Nabi dan para sahabat menyebarkan Islam sewaktu umat Islam diminta berdakwah secara terang-terangan;

Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik. (Al Hijr: 94)

Mereka tidak pernah berselindung disebalik arahan dan tuntutan syahadah. Kita boleh kembali kepada sirah yang mana setiap kali mereka menyeru kepada kalimah syahadah pasti akan ada persoalan yang menyebabkan kafir tidak dapat menerima Islam antaranya ialah;

1. Engkau akan ditentang oleh dunia

2. Menuntut untuk diberi kuasa

3. Tidak mahu tinggalkan perkara buruk, maka diminta beriman secara bertukar-tukar

4. Berkongsi kekuasaan

5. Diminta tidak terlalu aktif dan agresif dalam menyebarkan agama

Tetapi, persoalan-persoalan ini tidak pernah dipertimbangkan oleh Nabi S.A.W untuk dijadikan alasan sebagai agenda strategik dakwah. Sedangkan kalau kita renungi dengan logik akal, disana ada ruang-ruang dan peluang-peluang yang terbuka luas untuk mencapai kemenangan secara cepat dan singkat.

Kita perlu ingat, untuk membentuk generasi Islam mestilah yang solid dan berkualiti kerana kita berada dalam keadaan Islam begitu dagang dan terasing seperti mana Islam dizaman Nabi dahulu. Generasi yang perlu dilahirkan dalam method dakwah kita adalah generasi yang menerima Islam dengan hati yang suci dan tulus. Kerana kita sedang melangkah pada satu level yang Islam di pandang sepi, dan merasa beban untuk melaksanakan dan memperjuangkannya. Kalau generasi Islam yang dilahirkan kini menerima Islam disebabkan kepentingan tertentu, sudah pasti Islam tidak akan kekal lama. Biarlah kita bersusah untuk kemenangan Islam, tetapi kemenangan tersebut adalah kemenangan seperti Islam yang diterima oleh para sahabat Muhajirin dan Ansar. InsyaAllah dengan lahirnya insan hasil daripada penerimaan yang solid dan tidak berkepentingan ini, Islam mampu bertahan lama dari generasi ke generasi.

Mari kita melangkah di era Islam mula gemilang. Iaitu selepas Islam telah mendapat perhatian dari golongan Yatrib/madinah. Proses Hijrah Nabi S.A.W begitu hebat dengan pelbagai cabaran yang ditempuhi. Malah persediaannya bermula dengan menghantar seorang naqib yang bernama Musab b Umair sebagai pendakwah dan pendidik generasi yang berminat dengan Islam. Nabi tidak menubuh sebuah negara tanpa persediaan yang kemas dari penerimaan golongan ANSAR berkenaan Islam. Setelah dilatih dan dididik oleh Musab b Umair, lahir generasi kedua melalui  perjanjian Aqabah 1 dari puak Khazraj seterusnya baiah dari generasi ketiga dakwah dari perjanjian Aqabah 2. Dari kalangan ANSAR sendiri sudah terlahir naqib-naqib yang merupakan hasil didikan Musab b. Umair.

Lihat bagaimana persediaan rapi Nabi S.A.W dalam membentuk sebuah kerajaan Islam/Daulah Islam. Persedian dari mutu generasi penerima yang begitu mantap yang sanggup meninggalkan segala maksiat dan taghut. Malah, lahir dari mereka generasi yang sanggup meletakkan Nabi lebih utama dari keluarga mereka. Tetapi bagaimana kita?! Persediaan kita?! Generasi kita?! Mampukah generasi ini mempertahankan Islam dengan baik setelah tubuhnya sebuah negara Islam?! Jangan kemenangan ini bersifat sementara kerana ia akan mengundang parah sedangkan kita telah berusaha dengan begitu istiqamah menanam keimanan dan kefahaman Islam dari generas ke generasi bagi mewujudkan sebuah daulah Islamiyyah.

Alhamdullilah, kejayaan diperingkat Madinah telah mendekatkan manusia kepada Islam dan bertambah minat dengan Islam. Termasuk bertambahnya puak munafiq hasil kejayaan Islam dari satu tangga ke satu tangga. Kemasukkan Abdullah b Ubai selepas kemenangan Islam di perang badar adalah sebahagian dari bukti bahawa bila Islam mempunyai daulah ramai akan menerima Islam walaupun secara omongan semata-mata. Penerimaan Islam semakin meningkat apabila Islam mula dipraktikan secara keseluruhan, kehadiran Salman al-Farisi, Paderi-paderi Yahudi sepeti Hatim, pemuka-pemuka Makkah dan lain-lain adalah bukti untuk kita.

Tetapi, kita perlu ingat bahawa kemasukkan mereka dalam Islam secara aktif disebabkan ada manusia yang sentiasa menampakkan Islam itu hebat. Islam dipertahankan dengan baik, di bela dengan dahsyat sekali. Kekuatan tentera Islam yang sedikit di perang badar telah menarik perhatian non-Muslim untuk bersama Islam. Maka, kita melihat elemen manusia yang beriman dan berkualiti itu amat penting untuk menjayakan dakwah Islam dalam bentuk daulah. Kalau kemenangan kita dengan kekuatan manusia yang lemah dan keimanan nipis, mampukah kita mempertahankan daulah tersebut dan mempamerkan Islam dengan baik?!

Oleh hal demikian, kelambatan kemenangan yang diatur oleh Allah ada logiknya tersendiri. Kita harus berprasangka baik kepada ujian Allah. Ujian itu adalah tanda kasih Allah kepada kita. Ujian itu adalah latihan buat kita menjadi lebih mantap menghadapi kemenangan selepas ini. Harus dan harus memperjuangkan dengan prinsip supaya Islam dapat diterima dengan kefahaman dan keimanan, bukan dengan kepentingan, kerana ia penting demi mendepani kejayaan yang lebih teguh dan kukuh.

Tiada Islam Tanpa Jamaah, Tiada Jamaah Tanpa Kepimpinan, Tiada Kepiminan Tanpa Ketaatan

Akhlak para sahabat adalah akhlak terpuji. Sentiasa menjaga adab berakhlak sesama manusia. Mereka telah dilatih dan dididik oleh Rasulullah untuk mendahului kepentingan orang berbanding kepentingan sendiri. Hidup sentiasa dalam syura dan perbincangan bukan dengan keputusan sendiri. Sentiasa meraikan orang lain berbanding diri sendiri. Itulah yang aku perolehi dari sifat sahabat setiap kali aku membaca buku sirah. Tulisan Fiqh Harakah Tuan Guru Haji Hadi, Fiqh Sirah Ramadhan Al-Butti, Sirah Nabawiyyah Mustapha Sabie, Sirah Nabawiyyah Raheeq Maktum, semuanya memperlihatkan bagaimana sikap dan akhlak para sahabat di medan perjuangan. Indah dan begitu Indah. Mungkin hadith ini boleh mengungkap kehebatan dan keluhuran akhlak mereka;

Tidak ada kemelaratan yang lebih parah dari kebodohan dan tidak ada harta (kekayaan) yang lebih bermanfaat dari kesempurnaan akal. Tidak ada kesendirian yang lebih terisolir dari ujub (rasa angkuh) dan tidak ada tolong-menolong yang lebih kukuh dari musyawarah. Tidak ada kesempurnaan akal melebihi perencanaan (yang baik dan matang) dan tidak ada kedudukan yang lebih tinggi dari akhlak yang luhur. Tidak ada wara’ yang lebih baik dari menjaga diri (memelihara harga dan kehormatan diri), dan tidak ada ibadah yang lebih mengesankan dari tafakur (berpikir), serta tidak ada iman yang lebih sempurna dari sifat malu dan sabar. (HR. Ibnu Majah dan Ath-Thabrani)

Aku begitu tertarik dengan seorang sahabat di Perang Badar. Nabi S.A.W telah memilih satu tempat yang mempunyai punca air sebagai markaz untuk menempatkan para Muhajidin. Kehadiran seorang sahabat telah mempertikaikan tindakan dengan penuh berhikmah dan berakhlak sebagai seorang pejuang yang terpimpin.

Beliau memulakan kata-kata dengan begitu indah, Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Adakah pilihan tempat ini satu ketetapan dari Allah? Yang mana kita tidak dapat berganjak kehadapan atau kebelakang hatta setapak?! Atau ia sekadar strategik?!

Rasulullah menjawab ia hanya strategik semata-mata. Maka, sahabat tadi mengemukkan idea beliau dan diterima Rasulullah sebagai idea yang begitu baik.

Apakah pelajaran/ibrah dari peristiwa ini;

1. Mendahului nas dari akal walaupun merasakan ideanya menarik dan hebat, mungkin juga lebih mengikut trend semasa

2. Bertanya dengan hikmah serta dalam suasana mesyuarat dan perbincangan kerana kita berada dalam satu kumpulan. Dibincang dengan keterbukaan untuk menerima pandangan orang lain jika ia lebih baik

3. Memberi kuasa membuat keputusan kepada ketua iaitu Rasulullah sendiri

4. Perbincangan dan keputusan diterima dengan redha tanpa perlu diwar-warkan ataupun dihebahkan jika keputusan tidak diterima dan sebagainya

5. Mendahului pendapat syura

Dalam hal ini, aku begitu bangga dengan sifat jemaah tabligh. Mereka lebih cekap dari PAS dalam hal ini walaupun mereka tidak sehebat PAS membincangkan soal pembentukkan sebuah negara/khalifah. Tapi malangnya pemimpin PAS tidak tahu adab-adab bermesyuarat dan berjemaah yang kecil walaupun agenda perjuangan mereka begitu besar. Itulah pengalaman aku sewaktu dalam jemaah Tabligh dan PAS. Semoga apa yang berlaku dalam PAS adalah pendidikan dan pelajaran buat semua, seterusnya mengukuhkan kembali institusi Tarbiyyah dalam PAS sebagai sebuah gerakan Islam bukan sebagai gerakan Politik semata-mata. Ini juga pernah ditegaskan oleh Tuan Guru Haji Hadi, dan TImbalan Ketua Pemuda PAS Ustaz Nasaruddin at Tantawi. Dan aku menganggap apa yang berlaku ini sebagai proses yang ditunjukkan oleh Allah untuk kita memperbaiki gerakan ini sebagai persediaan untuk memerintah selepas ini. InsyaAllah!

Mari kita renungi kisah/ibrah di perang UHUD! Pesanan Nabi S.A.W yang bijaksana serta ketegasan yang jelas kepada mujahidin di bukit UHUD;

Jangan sesekali turun walaupun kamu telah mendapati kami menang selagi aku tidak memberi arahan untuk turun. (lebih kurang)

Tetapi malangnya dikalangan mereka telah dibayangi kemenangan sementara dan kemewahan harta rampasan. Mereka ingin turut serta mendapatkan laba dari harta rampasan tersebut yang menyebabkan mereka mengingkari perintah ketua/Nabi. Sedangkan ketika itu tentera Islam telah pun menang dan puak kufar telah lari lintang pukang.

Atas keingkaran mereka menuruti perintah Nabi/Pemimpin, telah menyebabkan tentera Quraisy yang dipimpina Khalid al Walid  menyerang balas dari belakang bukit Uhud yang tlah ditinggalkan oleh tentera Islam. Akhirnya, gerakan Islam yang hebat dan gah telah tumbang serta menyebabkan kekalahan teruk. Malah Nabi kesayangan kita telah di bantai sehebat pukulan dari pihak Quraisy sehingga bertebaran khabar angin bahawa Nabi telah tiada. Kita melihat bagai sahabat besar mempertahankan nabi abis-abisan seperti Talhah (syahid hidup), Saad abi Waqas, dan lain sehingga mereka kecederaan begitu dahsyat malah ada dikalangan mereka yang syahid! Berbanding dengan perang badar, dengan keahlian yang sedikit serta kepercayaan dan kebegantungan solid kepada Allah telah membawa kejayaan besar kepada tentera Islam.

Dan mengapa ketika kamu ditimpa musibah (pada peperangan uhud), padahal kamu telah menimpakan kekalahan dua kali lipat kepada musuh-musuhmu (pada peperangan Badar), kamu berkata: “Darimana datangnya (kekalahan) ini?” Katakanlah: “Itu dari (kesalahan) dirimu sendiri.” Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.( Ali-Imran:165)

Seterusnya gerakan Islam mesti menjadikan mereka sebagai kumpulan atau amilin yang memperjuangkan Islam secara menyeluruhkan. Jangan kita menjadikan gerakan Islam sebagai batu loncatan untuk menjayakan agenda tertentu. PAS menjadi sebuah gerakan Islam yang melaksanakan tugas yang dituntutan Islam. Bukan melaksanakan sebahagian dari Islam. Menjelaskan Islam secara keseluruhan adalah tanggungjawab gerakan Islam  yang bernama PAS. PAS tidak boleh menjadi kumpulan Islam lain yang yang terlibat dalamh hal tarbiyyah tetapi meninggalkan gerak kerja menentang kezaliman, atau menjadi kumpulan berpolitik tetapi meninggalkan amar maruf nahi mungkar yang jelas terbentang, atau menjadi kumpulan yang berbuat kebajikan kepada masyarakat tetapi meninggalkan tuntutan dalam quran seperti menghapuskan hukum taghut dan melaksanakan hukum Islam. Gerakan Islam yang memenuhi tuntutan dan hak berikut;

Dari Abu Ruqoyyah Tamiim bin Aus Ad-Daari rodhiyallohu’anhu, sesungguhnya Nabi shollallohu ‘alaihi wasallam pernah bersabda: ”Agama itu adalah nasihat”. Kami (sahabat) bertanya: ”Untuk siapa?” Beliau bersabda: ”Untuk Alloh, kitab-Nya, rosul-Nya, pemimpin-pemimpin umat islam, dan untuk seluruh muslimin.” (HR.Muslim)

Tetapkan lah diri kita dalam perjuangan yang sememangnya dibenci dan suatu hari nanti akan disukai. Percayalah, kerana hari ini telah diterima Islam dengan baik kerana hidayah dan taufiq Allah atas usaha dan istqimahnya kita hari ini. Sokongan dan keyakinan golongan bukan Islam terhadap Islam untuk memerintah di kelantan sudah cukup memberi impak yang baik kepada PAS. Yang penting kita perlu istiqamah serta jangan sesekali terperangkap dengan jeratan syaitan yang sentiasa mahukan umat ini berpecah dan tinggalkan ukhuwah dan aqidah Islam.

Sudah lama kita bertahan dengan prinsip ini, dan kita telah ditunjukkan oleh Allah kemenangan yang sedikit ini sebagai motivasi untuk kita terus melangkah. Oleh itu, jangan lah sesekali kita murka dan tidak bersyukur dengan pemberian ini. Janganlah kita tergolong dikalangan mereka yang tergesa-gesa dan tidak bersabar;

Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. (al-Baqarah: 153)

Bukan akhlak seorang mukmin berbicara dengan lidah yang tidak sesuai kandungan hatinya. Ketenangan (sabar dan berhati-hati) adalah dari Allah dan tergesa-gesa (terburu-buru) adalah dari setan.

(HR. Asysyihaab)

Semoga kita diselamatkan Allah dari sifat yang membawa kepada kecelakaan dalam berjuang. Dan menjadikan kita generasi yang istiqamah dalam perjuangan mengikut sunnah Rasulullah S.A.W.

Sudah terlalu panjang aku menulis. Aku pun tidak pasti kualitinya. Dan aku merasakan ini adalah penulisan yang paling lama mengambil masa aku. InsyaAllah, kalau ia bermanfaat aku akan teruskan untuk menulis dengan labih baik selepas ini. Jika ada banyak kesalahan, diharap sahabat-sahabat dapat memberi teguran, dan aku amat menghargainya. Semoga kita dapat ketemu lagi, doakan aku dapat mengupdate blog ini dengan lebih kerap. Ini sahaja medan mungkin dapat kita berkongsi ilmu dan pendapat. InsyaALlah bertemu lagi.

Wassalam.


0 Responses to “Kita mulia dengan Islam”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
October 2008
S S M T W T F
« Sep   Nov »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Archives

  • 57,738 guests

Categories


%d bloggers like this: