05
Nov
08

Istiqamah

Salam Samurai,

Kembali menulis, penulisan merupakan sebahagian daripada agenda dakwah samuraisyahid. Agak lama kiranya hamba tidak menulis diruangan samuraisyahid ini disebabkan kesibukkan yang teramat sangat. Banyak perkara yang perlu diconsider demi kebaikkan perjuangan, keluarga dan diri sendiri.

Semalam murabi-ku menelefon sambil menegur keadaan samuraisyahid yang sudah lama tidak terapdate. Sebenarnya aku kesibukkan dipermulaan untuk menyambung master-ku.

Pagi-pagi aku dah kuar ke Lab untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang daie sebelum menunaikan tanggungjawab sebagai pekerja. Alhamdullilah, di Perlis ini tidak jem. Maka, masa yang sebegitu aku gunakan untuk membina kekuatan diri. Setiap pagi selepas solat subuh dan beberapa ibadah sunat telah dilaksanakan aku terus ke lab untuk meneruskan rutin-rutin pembacaan. Sebagai daie, ilmu perlu sentiasa diupgrade dan ia perlu dijadikan sebagai tanggungjawab bila kita bergelar daie. Tidak kiralah jamaah tersebut kita memegang jawatan apa sekali pun.

Hari ini aku ingin membicarakan soal Istiqamah, sebagai ulangkaji usrah aku di Darul Islah. Pada mulanya,  aku ingin memberi pendapat didalam usrah tersebut berkenaan Istiqamah tetapi peluang itu tidak tercapai. Maka, penulisan tersebut aku coretkan disini.

Sebelum kita pergi lebih lanjut, ada satu berita yang amat menggembirakan aku dan juga perjuangan Islam. Wife aku hari ini berada di Lumut, sudah agak lama juga di Lumut. Beliau skrg menjalani khusus induksi untuk kemasukkan ke hospital selepas ini. Alhamdullilah, beliau telah diterima masuk di Hospital Tengku Fauziah Kangar. Kegembiraan yang tidak dapat diluahkan, dan inilah harapan kami berdua supaya urusan kerja, keluarga dan jemaah lebih lancar insyaAllah.

Sebenarnya banyak juga perkara ingin aku coretkan sewaktu keberadaan aku di Kelantan, malangnya masa tidak mengizinkan. InsyaAllah, kalau diberikan masa akan aku masukkan kedalam entri ini.

ISTIQAMAH

Satu perkataan yang mudah untuk kita ungkapankan dan ucapankan tetapi sukar untuk kita melaksankan. Malah ramai dikalangan kita yang kononnya faham soal istiqaamah, tetapi sebenarnya mereka gagal mendalami hakikat istiqamah itu sendiri.

Walaupun begitu, aku bukanlah orang yang paling layak untuk berbicara soal Istiqamah kerana aku pun masih belum pasti adakah aku diatas jalan Istiqamah dalam perjuangan. Permudahkanlah Ya Allah.

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap istiqamah maka tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula) berduka cita. (Al-Ahqaf: 13)

Maka karena itu serulah (mereka kepada agama ini) dan tetaplah sebagai mana diperintahkan kepadamu dan janganlah mengikuti hawa nafsu mereka dan katakanlah: “Aku beriman kepada semua Kitab yang diturunkan Allah dan aku diperintahkan supaya berlaku adil diantara kamu. Allah-lah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal-amal kami dan bagi kamu amal-amal kamu. Tidak ada pertengkaran antara kami dan kamu, Allah mengumpulkan antara kita dan kepada-Nyalah kembali (kita).” (As-Syuura: 15)

Disana ada perkataan Istiqamah, pada masa yang sama dinyatakan apa yang perlu diistiqamahkan dengan jelas. Allah S.W.T mengarahkan kita untuk tetap dan teguh dengan tauhid dan juga tetap beramal soleh. Begitu juga dengan ayat kedua yang mana Allah menyeru kita berada dalam Islam dan seterusnya tetap melanjutkan dakwah.

Bila kita menerangkan hal dalam bentuk semasa ataupun dalam bahasa modennya, Istiqamah terkandung dalam dua tindakan iaitu;

1. Visi- knowledge that are need in planning for clear the future with clear purpose

2. Misi- important job

Jelaslah disini visi kita dalam kehidupan sebagai seorang muslim adalah membawa manusia dan diri kepada kalimah tauhid yang hebat ini. Oleh hal demikian, perkara  yang perlu diselesaikan oleh seorang muslim ataupun daie ialah memahami dan menghayati visi dengan jelas tanpa ada sebarang kekaburan. Kerana dengan kekaburan ia boleh menjadikan manusia itu hilang pertimbangan.

Kalimah tauhid memiliki kekuatan tersendiri, kalimah tauhid ini menghilangkan manusia daripada pergantungan kepada manusia, ia juga membentuk manusia untuk tidak tunduk kepada manusia, dan ia menjadikan manusia meletakkan syariat sebagai agenda kehidupannya.

Atas dasar kefahaman bangsa arab suatu ketika dahulu berkenaan kalimah tauhid ini, ramai takut untuk menyambut seruan Rasul-Nya. Kerana mereka mengetahui kehebatan dan kebesaran atas tanggungjawab apabila menerima kalimah ini.

Maka, kita sebagai pendokong Islam perlu jelas visi kita ialah Kalimah Laillahaillah. Ia adalah syarat utama  untuk kita mencapai hakikat istiqamah tersebut.

Seterunya marilah kita melaksanakan misi/tugasan untuk mencapai visi tersebut. Kerana visi menuntut kepada misi seperti ayat Al-Quran diatas. Bagi mencapai tahap istiqamah ini kita perlulah melaksanakan misi berdasarkan landasan menuju kepada visi. Misi yang terkeluar dari landasan atau panduan utama kita iaitu Quran dan Sunnah boleh menyebabkan kita terkandas untuk mencapai visi kita. Janganlah sesekali kita menjadikan tindakan kita seperti “mission impossible” dalam mana-mana action movie.

Misi pula menuntu dua perkara untuk membawa kepada kita kepada istiqamah iaitu;

1. Konsisten-Quality of always being the same

2. Komitted-willing to work hard at something

Konsisten adalah perkara yang amat dituntut oleh agama. Mengekalkan perkara yang telah dibuat dengan kualiti tertentu amatlah penting untuk memberi impak yang baik kepada satu-satu tindakan.

Dari Abu Ya’la yaitu Syaddad bin Aus r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:
“Orang yang cerdik – berakal – ialah orang yang memperhitungkan keadaan dirinya dan suka beramal untuk mencari bekal sesudah matinya, sedangkan orang yang lemah ialah orang yang dirinya selalu mengikuti hawa nafsunya dan mengharap-harapkan kemurahan atas Allah – yakni mengharap-harapkan kebahagiaan dan pengampunan di akhirat, tanpa beramal shalih.”

Perlaksanaan yang efisien tanpa menilai kualiti tidak memberi makna yang besar kepada gerak kerja perjuangan atau amal ibadat. Islam amat menitik beratkan soal kualiti serta konsisten dengan kualiti tersebut. Biar sedikit tetapi berkualiti dan berterusan.

” Sesiapa yang dengan solatnya tidak dapat mencegah fahsya’ dan munkar, tidak akan bertambah daripadanya Allah melainkan semkain jauh dariNya” (riwayat Abbas)

Seterusnya dalam misi kita perlu ada kekuatan untuk komitted untuk mencapai visi. Perlbagai cara perlu diusahakan, perlbagai keadah adaptasikan, perubahan sikap dan disiplin juga di perkemaskan untuk mencapai visi. Sama juga apabila kita dilapangan perjuangan mahupun ibadat.

Tetapi malang sekali ramai dikalangan daie yang lebih suka bercakap dari bekerja. Kalau kita melihat reality masalah-masalah yang timbul dalam gerakan islam hari ini lebih suka bercakap dari bekerja.

Aku begitu tertarik dengan sebuah penulisan Prof. Dr. Abdul Hamid al Ghazali didalam buku nya bertajuk “Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah” yang mana kajian nya berdasarkan gagasan Iman Hassan Al-Banna.

Ahli gerakan Islam yang suka bercakap dan terlalu banyak melontarkan  idea tanpa berfikir dan berbincang akan membawa padah kepada Jamaah. Dalam satu muktamar Imam Hassan Al-banna ;

” Wahai Ikhwan, Saya sentiasa berharap supaya kita sentiasa bekerja dan tidak perlu bercakap. Kita serahkan tindakan kita sahaja sebagai jurucakap yang menceritakan siapakah Ikhwan dan apakah strategi Ikhwan. Saya suka jika langkah-langkah kamu yang mendatang berkesinambungan dengan langkah-langkah kamu yang lalu dengan tenang dan lancar, tanpa memerlukan program seperti ini; Program yang akan membentangkan jihad sepanjang sepuluh tahun yang lalu untuk kita mulakan suatu era baru jihad yang berterusan dalam usaha merealisasikan gagasan ini.”

Bila kita hendak melaksanakan sesuatu maka perlulah dalam keadaan terancang bukan suka mencela dan mengkritik sahaja. Dalam sebuah gerakan Islam bekerja lebih penting dari banyak melontar pendapat yang bermacam-macam sehingga kadang-kadang menyebabkan apa yang dirancang tidak berjalan dan yang dicita-cita berkeciciran.

Tidak puas hati sana, tidak puas hati sini. Itu bukan cara kita bekerja. Kalau memperlajari banyak buku-buku gerakan. Pergerakan sebuah harakah perlu dalam dua skop besar;

1. Amal Jamaie

2. Amal Ijtimaie

Amal Jamaie adalah gerak kerja untuk melaksanakan agenda Islam melalui saluran jemaah(internal). Manakala Amal Ijtimaie adalah gerak kerja luar jemaah yang menyokong dan menambah kekuatan Jemaah(external).

Sebagai contoh, keterlibatan kita dengan orang sekitar atau rakan di tempat tinggal/kerja melalui projek-projek kebajikan adalah sebahagian membantu menjayakan agenda Islam. Maka, apa-apa tindakan kita yang baik walaupun diluar perancangan jemaah adalah sumber untuk kita membantu perjuangan Islam itu sendiri dan menguatkan lagi gerak kerja jemaah.

Itulah sifat pejuang  yang sentiasa komitted untuk memperkembangkan lagi lapangan dakwah. Tetapi, malangnya hari nie, ada dikalangan kita yang melakukan amal ijtimaie tetapi mengabaikan amal jamaie. Malah ada  yang mempersalahkan jemaah tidak melaksanakan apa yang dikendaki oleh individu tersebut.

Sebagai ahli jemaah, kita perlu memenuhi lompong-lompong yang ada dengan kaedah menjamin perjalanan gerak kerja jemaah yang berkesan. Jadilah hero melengkapkan perjuangan melalui kerja amal jamie mahupun amal ijtimaie bukan menambahkan lagi masalah dalam jemaah. Pada masa yang sama ahli gerakan Islam perlu bijak mengimbangi antara amal jamaie dan amal ijtimaie.

Aku begitu terkesan dengan idea yang dilontarkan oleh Imam Hassan Al-Banna melalui huraian buku diatas;

“Usaha mereka ini akan disambung pula oleh generasi seterusnya

a. Generasi baru ini akan menyambung agenda mereka

b. Generasi baru ini akan bermula dimana generasi baru berhenti

c. Mereka tidak akan menghentikan apa yang telah dicapai. Mereka tidak akan meruntuhkan apa yang telah di bina.”

Inilah proses komitted dengan perjuangan yang ingin kita usahakan. Bukan dengan meruntuhkan apa  yang telah terbina, lalu membina sesuatu yang baru. Kadang-kadang aku pelik dengan sesetengah golongan yang berjuang, mereka suka kan perubahan secara drastik, dan mahu ubah dengan meruntuhkan apa yang telah ada.

Tidak dinafikan penambahbaikan itu amat perlu, tetapi perlu melalui landasan yang benar dan betul. Jangan terlalu gopoh gapah. Paling malang sekali bila mereka ini adalah dikalangan individu yang belajar Islam dan terlibat dengan sistem usrah.

Bila aku mengkaji dan meneliti, aku dapat rasakan bahawa mereka ini tidak meneliti ilmu haraki, biarpun ilmu syariat atau profesionality mereka hebat sekali. Kita perlu belajar dari sejarah, supaya perkara yang sama tidak berulang. Proses membangun dan jatuhnya sebuah gerakan Islam bergantung kepada akhlak berjemaah bukan kepada ilmu syariat yang tinggi semata-mata.

Oleh itu, hari ini samuraisyahi mengajak semua rakan-rakan pejuang untuk memperbetulkan visi kita seterusnya bertindak mengikut lunas-lunas misi yang tepat untuk kita mencapai makam istiqamah.

Sekian dahulu.



2 Responses to “Istiqamah”


  1. 2 nbo_3
    tham30000000Mon, 24 Nov 2008 08:56:11 +000024am08, J00000011 9, 2007 at 15:50 +00:00Nov

    Diriwayatkan oleh Sufyan bin Abdullah (radhiAllahu ‘anhu)
    Aku berkata kepada Rasulullah “Katakan kepadaku sesuatu tentang Islam, yang aku tak akan bertanya tentangnya lagi selepas itu.” Rasulullah menjawab “Katakan aku beriman kepada Allah, kemudian istiqamahlah”

    Hadith riwayat Imam Muslim


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
November 2008
S S M T W T F
« Oct   Dec »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Archives

  • 57,738 guests

Categories


%d bloggers like this: