03
Dec
08

Korban

Salam Samurai,

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah mempermudahkan diri ini untuk mengupdate blog-ku yang sekian lama usang. Begitu pantas masa berlalu, hari ini kita sudah menjejaki Zulhijjah. Di mana Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aku seolah-olah bermimpi dalam kehidupan ini. Aku terpernah terfikir bahawa hidup ini akan berlalu begitu cepat tanpa disedari. Hampir 7 bulan aku bergelar sebagai seorang suami. Memimpin keluarga dengan apa yang ada dalam diri. Pelbagai keadaan telah aku lalui, dan aku perlu terus menitinya sehingga akhir hayat.

Kesibukkan sudah menjadi sebahagian dari hidup aku. Selain bergelar sebagai seorang daie, sehinggalah beristerikan seorang doktor telah membuat aku merasakan diri ini manusia paling sibuk😦 biarpun ada orang lebih sibuk dari itu.

Keluar pagi, pulang malam. Itulah rutin hidup kami. Hari-hari perlu dimotivasikan dan memotivasikan dengan iman dan amal sebagai sumber kekuatan untuk kami. Kadang-kadang aku bersyukur dianugerahkan kehidupan yang sebegini kerana keadaan menjadikan aku manusia yang bermakna dalam kehidupan.

Alhamdullilah, dengan izin-Nya aku baru sahaja menyiapkan proposal master-ku. Semoga Allah sentiasa mempermudahkan urusan hidup-ku mencari keredhaan-Nya. Pernah juga aku terfikir, bagaimana rentak kehidupan yang ingin aku corakkan. Fikiran jadi tepu, kerana kehidupan ini terarah dengan keadaan. Biarpun, aku sentiasa memastikan keadaan yang mengarah adalah keadaan yang baik dan menuju keredhaan-Nya. Sekali sekala menjadi resah, aku seolah-olah membiarkan keadaan yang menentukan. Mungkin ini adalah ketentuan seorang hamba, mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah.

Minggu lepas, aku dengan sahabat-sahabat telah menganjurkan program Seminar Kecemerlangan Remaja dibawah kelolaan Jabatan Pembangunan Remaja Kawasan Kangar. Seminar sehari bertujuan mencorakkan suasana cintakan Ilmu kepada remaja-remaja di Perlis. Aku dan sahabat-sahabat cukup komited dengan usaha membangunkan remaja, kerana tenaga muda adalah tenaga masa hadapan. Melihat kepada wawasan masa hadapan, generasi muda menjadi agenda utama bagi menentukan masa depan sebuah negara.

Apa yang menyedihkan bila aku mengendalikan program-program seperti ini, kehadiran akan di sertai oleh ramai peserta perempuan. Hati aku sering bertanya kemanakah tokoh-tokoh seperti Usamah, Zaid dan anak-anak muda lain. Kemanakah hilangnya mereka. Aku kehairanan dan terus merasa hairan.

Ia juga berlaku sewaktu aku berada di Jepun, anak-anak muda bernama lelaki sering menjauhkan diri untuk bersama program-program mengajak kearah kebaikkan. Remaja sekarang sudah banyak berubah, dari segi cara berfikir, keberanian, keyakinan diri dan lain-lain. Muda-mudi zaman sekarang lebih sukakan hiburan, lepak, ronda-ronda, naik motor kesana kemari. Fuhh.. amat mengecewakan.

Wife aku yang bekerja di Hospital Tuanku Fauziah juga semakin fenin dengan masyarakat yang semakin hilang rasa malu. Dalam seminggu berapa ramai anak-anak remaja yang melahirkan anak luar nikah?! Negeri Perlis yang kecil mampu menerima bilangan anak luar nikah seramai itu, bagaimana dengan negeri-negeri lain?! Aku terus menggeleng. Inilah yang akan berlaku, bila budaya ilmu tidak kira ilmu agama atau dunia di abaikan. Masyarakat akan menjadi bodoh untuk membuat pilihan antara emosi dan akal.

Aku terus pasrah melihat keadaan ini, bertambah lagi kepasrahan bila terus terlibat dengan golongan remaja. Ya Allah, berikan lah kami kekuatan untuk menyelamatkan masyarakat muda ini. Ayuh! Kalian yang berada di luar sana, turun bersama untuk kita mengubah keadaan yang telah berlaku. Ia memerlukan pengorbanan yang tinggi demi menyelamatkan sebuah umat yang sedang kelalaian.

Ambillah iktibar dari Hari Raya AIdiladha untuk kita semarakkan semangat perjuangan

Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar [Ash Shaaffaat 37]

Semoga kita menjadi anak muda yang ingin terus berkorban demi kebaikan agama. Kehidupan dunia ini bukan tempat untuk kita kekal selama-lamanya. Ingatlah! ia sementara, sementara, sementar!

Sekian


1 Response to “Korban”


  1. 1 afiq
    stam31000000Thu, 01 Jan 2009 00:39:29 +000001am09, J0000001 9, 2007 at 15:50 +00:00Jan

    Salam.. saya rasa ada pembetulan pada perkataan progress, dalam kotak ‘Kembara Hidup’ tu.

    Penulisan yang baik, teruskan menulis kerana ada yang membacanya dan yang lebih penting menghayati


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
December 2008
S S M T W T F
« Nov   Jan »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Archives

  • 57,723 guests

Categories


%d bloggers like this: