Archive for January, 2009

30
Jan
09

senyum mengenangkan janji

Assalammualaikum,

Sudah lama kiranya aku tidak menulis di samuraisyahid ini, terasa kerinduan untuk mencatat sesuatu yang bermakna buat diri dan semua. Minggu lepas agak kesibukkan kerana menguruskan program adik-adik yang bakal melangkah ke alam remaja sekitar umur 10-13 tahun. Alhamdullilah, diberikan sedikit lagi kelapangan untuk diri ini berehat sekita.

Sebenarnya aku ingin memulakan bacaaan berkenaan Fiqh Dakwah Para Nabi, tetapi terasa kerinduan teramat sangat untuk menulis. Rasa kerugian pula kalau tidak mencatat sesuatu, kerana idea itu datang bukannya selalu. Kadang-kadang kehadirannya ketika kita begitu sibuk dengan pelbagai urusan.

Dibawah sana aku nukilkan beberapa potong ayat al-Quran hasil bacaan aku bersama isteri. Menjadi kebiasaan bagi kami sekali sekala mentelaah bersama bagi mengisi ruang hidup yang sering dalam kesibukkan. Sebelum tidur, aku membaca potongan ayat quran bersertakan sedikit tafsirnya yang ringkas

Dan apabila datang suara yang memekakkan (tiupan sangkakala yang kedua), pada hari ketika manusia lari dari saudaranya, dari ibu dan bapaknya, dari istri dan anak-anaknya. Setiap orang dari mereka pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menyibukkannya. Banyak muka pada hari itu berseri-seri, tertawa dan bergembira ria, dan banyak (pula) muka pada hari itu tertutup debu, dan ditutup lagi oleh kegelapan. Mereka itulah orang-orang kafir lagi durhaka.

(Surah Abasa: 33-42)

Ayat diatas memberitahu kepada kita, apabila tiupnya sangkakala kali kedua manusia itu akan terbahagi kepada dua golongan. Diantara mereka yang muka berseri-seri, tertawa dan bergembira ria. Manakala golongan kedua muka tertutup dengan debu, dan kegelapan yang menandakan kesedihan atas kesalahan yang mereka lakukan di dunia dan sesalan mereka atas kekafiran dan ketidakpercayaan mereka berkenaan hari kiamat.

Kegembiraan waktu itu kerana mereka telah mendapatkan apa yang telah di janjikan oleh Allah S.W.T. Segala kesusahan di dunia, kesukaran dalam hidup yang mereka korbankan untuk beriman kepada Allah telah mendapat balasan yang telah dijanjikan. Maka mereka begitu gembira atas kepercayaan mereka selama ini.

Aku berpesan kepada isteri, inilah apa yang akan kita dapat jika kita bersabar dengan apa yang kita rasa hari ini. Perjalanan hidup kita yang berkorban masa untuk bersama pasti akan dibalas seperti mana yang telah dijanjikan. Kita pasti tersenyum suatu hari nanti, melihat hasilnya setelah kita titiskan air untuk kehidupan yang sementara ini. Kita perlu percaya dan yakin, janji tuhan pasti terlaksana.

Aku membawa analogy, seorang peniaga yang melabur pada satu perniagaan yang belum pasti tercapai hasilnya. Hari ini dia melabur RM 3,000 tanpa belum diketahui keberhasilannya tetapi bila berjaya sudah pasti kita akan tersenyum lebar dan gembira. Begitulah hidup kita, kesungguhan mengorbankan hidup untuk Allah, insyaAllah akan diberi ganjaran yang bagi membuat kita tertawa di akhirat nnt. Yang penting kita berpegang teguh dengan janji Allah, meneruskan hidup ini seperti mana pengorbanan para sahabat mentaati Allah pasti membawa kebaikan di akhirat.

Kesibukkan kita hari ini, tidak sesibuk kekalutan pada hari kiamat. Pada ketika itu orang yang paling kita sayang pasti kita tinggalkan. Masing-masing akan mementingkan diri sendiri supaya selamat dari segala kesusahan. Tentulah seorang ibu tidak sanggup melihat anaknya berada dalam kebakaran sebuah rumah setelah dia mengandungkannya selama 9 bulan. Tetapi, berhadapan dengan hari kiamat tiada satu pun mustahil. Orang paling kita cintai pasti kita tinggalkan kerana kekalutan yang begitu dahsyat. Maka pilihlah, kesibukkan mana yang perlu kita cari. Kesusahan dunia atau kesusahan akhirat. Moga kita tidak tersalah membuat pilihan antara yang kekal dan maya.

Satu bacaa tafsir yang memberi impak yang besar dalam diri aku untuk terus hidup kerana-Nya. Satu motivasi yang begitu menusuk jiwa dan menyedarkan hamba-Nya berkenaan perniagaan yang pasti membawa untung yang hebat di akhirat kelak.

Semoga ia memberi satu kepuasan buat kita yang terus berkorban demi beriman kepada Allah S.W.T. Sekian

19
Jan
09

Pengurusan Jemaah Satu tuntutan

Salam Samurai,

Petang tadi aku diminta oleh beberapa pelajar untuk menyertai usrah mingguan mereka. Tanpa persediaan rapi, aku cuba menghadiri sekadar untuk memenuhi permintaan. Perbincangan mereka berkisar amal jamie, alhamdullilah masanya amat sesuai dengan keadaan aku yang baru sahaja selesai membaca buku “Gerakan Bersama” tulisan Mustafa Masyur.

Perbincangan berkenaan amal jamaie amat penting bagi sebuah gerakan Islam. Tentu kita tidak dapat lupakan peristiwa perbezaan pendapat dikalangan pimpinan utama PAS dalam beberapa perkara pada beberapa bulan lepas. Bagi aku keadaan itu telah mendidik ahli PAS untuk kembali kepada asas kejayaan perjalanan sebuah gerakan Islam.

Ia menyedarkan kita kepentingan kembali kepada asas-asas amal jamaie. Sememangnya begitu malang sekali kerana kecelaruan itu berlaku dikalangan pimpinan jemaah. Alhamdullilah, dugaan itu berlaku dikala kita belum benar-benar menang dalam memperjuangkan Islam. Masih ingat lagi ketika aku melihat suasana tersebut, fikiran aku sudah melayang melihat peristiwa perpecahan umat Islam antara kumpulan Saidina Ali, dan Saidina Muawiyah disebabkan perbezaan pendapat berkenaan pembunuhan Saidina Uthman. Perpecahan pendapat seperti ini kadang-kadang diambil peluang oleh golongan munafiq dan musuh Islam untuk memecahkan umat Islam. Oleh hal demikian, Islam telah menggariskan panduan kepada kita bagaimana untuk menghadapi keadaan berbeza pendapat ini.

Aku meminta adik-adik jemaah supaya kembali kepada asas bergerak dalam amal jamaie iaitu;

1. Gerakan yang bersumber dari keputusan jemaah
2. Gerakan yang lahir dari jemaah yang teratur
3. Sesuai dengan ketentuan yang telah digariskan
4. Berusaha mencapai tujuan yang telah ditetapkan
5. Tidak bertentangan dengan syura

Aku begitu yakin, kalau semua ahli jemaah memahami cara kita bekerja dalam lapangan amal jamaie sudah semestinya perbezaan pendapat dapat di selesaikan dengan baik. Dan aku yakin tidak berlaku perbezaan pendapat yang ketara dalam perkara-perkara dasar jemaah. Tetapi malang sekali ada dikalangan kita memutuskan sesuatu hanya dari kepentingan fikiran dan nafsunya sahaja tetapi tidak mendahului apa yang dirancang oleh jemaah. Maka bagaimanakah keberkatan dalam berjuang itu bisa wujud?!

Walaupun begitu, aku tidak bersifat jumud untuk menghalang kita membuka minda dan mencari idea dalam membangunkan jemaah. Berfikir untuk kepentingan Islam itu amat dituntut tetapi biarlah salurannya tepat dan kena pada caranya. Ditambah pula kita sebagai pimpinan, kebijaksanan dan saluran yang betul mestilah digunakan baik bagi menguatkan lagi hala tuju perjuangan kita. Bukan melakukan tindakan-tindakan yang mencacatkan gerak kerja jemaah. Bersifat ikhlas dalam perjuangan adalah kunci kepada kejayaan memartabatkan Islam. Sifat sahabat yang tidak mendahului keputusan syura, tidak membelakangkan kepimpinan telah memberi contoh kepada kita bagaimana mereka bisa melakar sejarah untuk umat ini.

Begitulah kiranya perkongsian pengalaman dan bacaan aku kepada adik-adik yang bersemangat dalam perjuangan. Semoga semangat mereka sentiasa dibimbingi dengan ilmu dan keimanan kepada Allah. Tanpa akidah yang kuat, serta azam yang teguh tidak mungkin kita mampu mengemudi perjuangan ini. Semoga ia memberi manfaat kepada semua dan diri saya yang juga sering alpa dalam perjuangan. Wallahualam.

18
Jan
09

kafankan UMNO, tahlilkan sahaja..

Salam Samurai,

Kegembiraan yang tak terhingga selepas khabar kemenangan PAS di Kuala Terengganu, serta jatuhnya kerajaan Thaghut Kuala Terengganu. Syukur alhamdullilah, itulah ucapan yang paling sesuai mungkin bagi meraikan kemenangan tersebut.

Tepat atau tidak untuk aku katakan bahawa kemenangan di Kuala Terengganu adalah sebahagian kemenangan untuk umat Islam di Palestin. Meruntuhkan sebahagian kezaliman yang semakin bermaharaja lela di bumi Allah S.W.T ini.

Kekalahan UMNO di Kuala Terengganu adalah perkara yang besar buat UMNO dan Pakatan Rakyat. Ia menjelmakan hati rakyat terhadap kerajaan yang ada sekarang secara keseluruhan. Ia memberitahu kepada semua bahawa rakyat sudah tidak percaya dengan segala dakyah-dakyah dari UMNO.

Sebenarnya aku nak tulis banyak lagi.. tetapi tiba-tiba mati idea sbb chat dengan junior Jepun. Huhu. Setakat itu je kot.

14
Jan
09

sudah lama…

Salam Samurai,

Hari ini aku kurang sikit kerja. Pengurusan pejabat pun dah selesai, cuma menanti respon-respon sepatutnya sahaja. Dalam kekosongan masa, aku pun membelek bahan-bahan bacaan yang ada.

Tiba-tiba aku kerinduan dengan bahan-bahan bacaan yang aku baca. Rupa-rupanya sudah lama aku meninggalkan bahan bacaan yang seperti ini. Hari ini aku membelek balik buku haraki yang sudah lama aku tinggalkan, terkenang sewaktu aku berada di Jepun. Sememangnya buku-buku haraki adalah bahan bacaan utama selaian penulisan-penulisan berkenaan sejarah Islam dan barat.

Aku membaca buku tulisan Tuan Guru Mustapha Masyur, beliau terkenal dengan tulisan sebuah buku bertajuk “Petunjuk Sepanjang Jalan”. Tetapi hari ini aku membaca buku berjudul “Gerakan Bersama (Amal Jamaie’)”. Kupasannya amat menarik berkenaan bagaimana sebuah gerakan Islam itu menuju ke arah sebuah gerakan Islam yang berjaya.

Hari ini baru aku sedar perbezaan cara penulis-penulis Ikhwanul Muslimin. Selama aku membaca buku Mustafa Masyur, penulisannya lebih menjurus kepada pengurusan sebuah jemaah. Bagaimana sebuah organisasi itu dapat survive untuk mencapai tahap jemaah yang berkualiti.

Manakala penulisan-penulisan Said Hawa pula lebih kepada pengurusan tarbiyyah gerakan Islam. Sebagai contoh buku Jundullah, Pendidikan Harakah Islamiyyah dan mcam-mcam lagi banyak menjurus kepada bagaimana penerapan tarbiyyah kepada sebuah gerakan Islam.

Mungkin padangan aku salah, kerana pembacaan aku berkenaan buku-buku yang ditulis oleh mereka terhad. Mungkiin masih banyak lagi buku-buku berbeza yang mereka tulis, tetapi aku tidak berkesempatan untuk membacanya.

Apa-apapun, yang ingin aku sampaikan disini adalah bagaimana penulis-penulis ini mempunyai bidang-bidang tertentu yang mereka pakar pada hemat aku. Kalau disini kami menyebut sebagai “Multi-task, and focus”. Ia bermaksud, kita boleh melakukan pelbagai jenis bidang dakwah pada masa yang sama kita mempunyai skill tertentu yang benar-benar kita kuasai. Aku begitu kagum dengan mereka.

Aku membuat kesimpulan, ahli gerakan Islam seharusnya menguasai pelbagai bidang dalam lapangan dakwah, samaada tarbiyyah, ekonomi, pengurusan, kepimpinan dan lain, tetapi beliau juga perlu terjun dan menjurus pada satu bidang yang dapat dijadikan specialist.

Kemampuan yang seperti ini boleh melahirkan ahli gerakan Islam yang mempunyai institusi consultant yang hebat. Segala pakar rujuk/specialist perlu ada dalam sebuah gerakan Islam. Tetapi, mereka tidak pernah leka untuk menceburi bidang-bidang lain bagi merealisasikan agenda dakwah ini.

Semoga penulisan kali ini memberi manfaat, jika ada kesilapan, teguran kalian amat dialu-alukan. Sekian. Terus Membaca!

14
Jan
09

CIntakan sejarah

Salam samurai,

Apa penting sejarah kepada umat Islam? Apa kelebihan mengetahui disebalik sejarah? Aku amat meminat sejarah, tetapi aku tidak pasti sejak bila aku meminati subjek yang bertajuk sejarah. Sewaktu aku berada di MRSM, subjek sering mencorot adalah subjek sejarah. Sehingga cikgu subjek sejarah memanggil dan menasihati aku. Betapa lemahnya aku dengan sejarah.

Menariknya! Sejarah aku A1. Bangga seketika. 1/3 daripada Quran menceritakan sejarah, cumanya antara kita sedar atau tidak. Kalau hari ini kita berada dalam dunia Islam yang dikatakan hebat dan bertamadun serta mampu membangunkan ummah. Realitya tiada! Tetapi sejarah ada semuanya. Semua yang disebut ada dalam sejarah. Sejak perjuangan nabi Nuh A.S sehingga Khilafah Umat Islam yang terakhir Sultan Abdul Hamid.

Dari sejarah anda dapat melihat dimana kelemahan dan dimana kekuatan. Bangsa asing mengkaji sejarah umat Islam kerana mahu mencari dimana asas kelemahan umat Islam. Bagaimana dengan kita sebagai umat Islam? Pernah kita mengambil tahu selok belok zionis?! Missionary?! Sudah tentu jarang dikalangan kita mengambil endah hal tersebut. Maka kredit untuk orang kafir kerana berjaya studi tentang diri kita. Lebih malang lagi apabila kita sendiri miskin dengan sejarah sendiri, malah ada yang fakir dengan sejarah!

Tanpa sejarah, umat Islam hilang identiti dan akhirnya tidak mengenali dirinya siapa. Yang mereka tahu, orang Islam adalah bangsa dijajah bukan bangsa memerintah. Al-Quran menceritakan sejarah untuk memberitahu kita ini umat hebat, umat yang punya identiti sekaligus punya harga diri.

Perlu kita kembali kepada sejarah kalau kita mahu menghampiri kejayaan silam. Aku sering berpesan kepada adik-adik siswa; ” belajarlah sejarah, kerana kita berjuang mengikut rentetan sejarah yang ditunjukkan oleh para anbiya!” Sekurang-kurangnya kita telah menghadam sirah perjuangan nabi kita Muhammad S.A.W.

Sejarah bukan sekadar dibaca rentetan tarikh dan waktu, kerana al-Quran tidak mengajar kita mengetahui bila ia berlaku. Tetapi, al-Quran mengajar kita pengajaran disebalik cerita sejarah. Ramai dikalangan kita membaca sejarah untuk menghafal tarikh tetapi jauh dari ibrah yang hendak disampaikan dari peristiwa tersebut. Maka sejarah menjadi subjek atau topik tidur kerana kononnya tiada nilai yang perlu diketahui.

Kembali kepada sejarah, umat ini akan cemerlang, gemilang dan terbilang. Umat yang bercakap dan berhujah tanpa pertimbangan sejarah adalah umat yang kosong dari perdoman dan pengalaman. Kita bukan sekadar bercakap dengan ilmu tetapi dibantu pengalaman dari kisah semalam. Semoga umat sedar untuk kembali menoleh kebelakang untuk maju kehadapan.

Selamat Membaca serta sama-sama membaca untuk dekat dengan Allah!




KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
January 2009
S S M T W T F
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Archives

  • 61,283 guests

Categories