05
Jan
09

BARA

Salam Samurai,

Bara ini tak akan padam, biar bah yang melanda. Kata hati kecil-ku. Aku sedar kesukaran yang bakal menimpa bila aku menjejak dunia dakwah. Tetapi ini sahaja jalan yang ada sebagai bukti aku insan yang beriman dan bertaqwa.

Siapa ikutan aku? Siapa Tuhan aku? Kalau Allah sebagai tuhan, maka segala arahan yang tercatat dalam barisan yang indah bernama al-Quran sebagai pilihan. Kalau nabi sebagai contoh tauladan, kehidupan yang sukar di dunia sebagai pilihan gaya hidup.

Bara! Bara bila disirami minyak, ia bakal membakar hebat sehingga digeruni oleh semua musuh. Aku sentiasa mengharap bara ini tak akan padam. Padamnya bara, semangat akan luput buat selamanya. Perjuangan begitu bergantung pada bara ini, kerana dia adalah pemangkin kembali bangkitnya seorang pejuang. Iman itu turun dan naik. Tetapi kalau iman itu hilang dan lenyap, tiada guna lagi hidup sebagai seorang manusia.

Bara ini kadang-kadang diam membakar disebabkan amal yang kurang, hati yang lalai, dunia yang mengoda. Bara ini akan membakar marak apabila ia di hadiri hidayah Allah, amal berterusan, seterusnya ilmu yang mendekat diri kepada Allah.

Palestin, kau benar-benar diuji. Tetapi tidak aku. Mungkin kerana aku bukan orang yang layak untuk menerima ujian tersebut. Allah tidak menguji seseorang jika ia tidak layak buat kita. Mulianya kau wahai anak-anak palestina. Dalam kekalutan Palestin berhadapan dengan rejim zionis, kita bahagia di ulit mimpi indah. Sibuk mengejar dunia! Bagaimana masa depan keluarga-ku? Bagaimana rumah aku di masa akan datang? Bagaimana untuk memastikan keluarga aku hidup senang lenang? Bagaimana mobil besar aku bila pulang ke Malaysia? Semua soalan yang ditanya dan difikirkan adalah untuk kepentingan diri dan keluarga. Tetapi, Bagaimana Umat Islam? Bagaimana Islam yang dagang ini? Bagaimana masa depan pemuda-pemuda Islam yang semakin rosak? Masih ramai yang ditarbiyyah tidak mahu memikirkannya.

Malulah wahai teman! Anda adalah sebahagian dari umat ini. Sakit tangan kanan, tangan kiri turut terasa. Mengapa kita begitu angkuh mengejar dunia?! Sedangkan kita tahu, hidup ini hanya musafir di perjalanan. Kita sendiri sedar, musafir hanyalah sementara. Yang kekal dan abadi adalah tempat yang di tuju. Tidak perlu kelengkapan di dunia, yang utama adalah kelengkapan di akhirat. Apa yang anda bawa?! Apa yang aku bawa?! untuk kesana.

Bila ditanya, bagaimana persediaan bakal keluarga yang akan dibina? Semua menjawab dengan hati gembira dan senang. Alhamdullilah, kereta dah dibeli, pelaburan pun baik, kerja pun ok, dan rumah pun dah rancang untuk dibeli. InsyaAllah!

Tetapi bila ditanya, bagaimana perancangan perjuangan kalian bila pulang, habis belajar, dan sebagainya. Masing-masing tidak mendapat menjawab dengan baik. Hina-nya kita dari realiti kehidupan nabi dan para sahabat. Besarnya dunia di hati kita berbanding akhirat.

Semoga ia memberi tazkirah buat diri ini, yang baranya semakin kecil tak bermaya. Sekian


0 Responses to “BARA”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
January 2009
S S M T W T F
« Dec   Feb »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Archives

  • 57,738 guests

Categories


%d bloggers like this: