06
Jan
09

Tegas @ ..

Salam Samurai,

Aku teringin berkongsi berkenaan pengalaman aku mengajar. Belum pernah lagi aku berkongsi berkenaan bidang pekerjaan yang aku ceburi. Bila aku fikir jauh, aku merasakan aku dilahirkan sebagai pendidik. Hoho, tak setuju takpe, sekadar perasaan. Belum tentu tepat.

Hari ini adalah hari pertama aku menjadi leader training. Aku terpaksa mengemudi mengajar pelajar pada masa yang sama di bantu oleh dua orang lagi tenaga pengajar. Dengan pengalaman 6 bulan mengikuti cara tenaga pengajar lain, hari ini aku ditugaskan untuk mengemudi. Alhamdullilah.

Seperti biasa, menjadi style aku sentiasa bermesra dengan pelajar. Tapi malangnya, sudah menjadi kebiasaan kepada pelajar, bila pengajarnya baik akan dipijak kepala.

” Encik, saya dah siap. Minta sign.” Kata seorang pelajar. Jarang aku bertanya hasil kerja setiap pelajar ditambah pula dengan bilangan pelajar yang begitu ramai untuk diberi perhatian.

Tiba-tiba, ” Bagaimana awak dapat nilai p dan K dari graf ini?”. Tanya aku lembut. Bukan mahu menguji, sekadar ingin mengambil tahu. ” Erm.. sini kot encik. Eh, yang ni kot. ” Sekarang ni awak nak saya sign ke mcm mana?!” Tersengeh-sengeh dia pada aku.. tak tahu nak cakap apa.

” Saya boleh sign, takdak masalah. Tapi, awak akan bodoh sampai tua.” Lalu aku pun tandatangan.. balik fikir sendiri lah budak2 oii..

Inilah masalah anak melayu, yang aku begitu kecewa dengan mereka. Sepanjang aku mengajar, jelas mereka ini bijak. Tetapi malangnya malas dan tidak begitu komit dengan tugasan.

Aku sudahkan kuliah, balik dengan rasa puas. Ok jugak aku handle kelas hari nie. Tak sangka hari nie dapat bagi nasihat berguna kat student. Gud Luck Bro! Teruskan usaha-mu untuk mendidik.


1 Response to “Tegas @ ..”


  1. thpm31000000Wed, 07 Jan 2009 17:46:20 +000007pm09, J0000001 9, 2007 at 15:50 +00:00Jan

    Wah, seperti budaya Jepun yang dibawa pulang. Seperti senseiku yang bertanya macam-macam kepadaku sebelum laporanku diterima. Benarlah dia mahu kita diuji, dan memahami 100% apa yang kita lakukan. Benar juga pendidik itu bukan setakat mengajar.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
January 2009
S S M T W T F
« Dec   Feb »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Archives

  • 57,738 guests

Categories


%d bloggers like this: