08
Jan
09

Ke mana mahasiswa

Salam Samurai,

Baru-baru ini aku diminta untuk memberi sedikit kuliah kepada pelajar-pelajar university sebagai pendedahan awal berkenaan jemaah. Kuliah yang bertajuk ” Pengenalan Kepada Jemaah”. Alhamdullilah, bersyukur kepada Allah S.W.T masih memberikan aku kesempatan untuk bersama mahasiswa. Aku benar-benar rindukan saat-saat itu.

Dulu, pimpinan aku di Jepun pernah berpesan bahawa pulangnya kita nanti tidak lagi sebagai ustaz kerana sudah ramai ustaz di Malaysia. Tetapi aku tidak sangka, disini agak berbeza keadaannya. Tidak pernah terfikir difikiran peluang untuk berceramah itu masih ada untuk aku.

Jemaah aku di Jepun telah banyak mendidik aku untuk berdikari sehingga hari ini aku boleh bergerak dimana sahaja aku berada. Pergantungan kami kepada sumber yang begitu terhad menyebabkan diri aku terpaksa berusaha sendiri untuk mendapatkan sesuatu. Berbeza Malaysia di mana tenaga mendidik yang ramai telah memberi peluang kepada mereka untuk mendapatkan pengisian dan tarbiyyah yang begitu luas.

Aku ingin berkongsi nasihat yang telah aku sampaikan kepada mahasiswa tersebut. Dimana aku mengajak mahasiswa untuk menguasai bidang berikut demi kebaikan perjuangan di masa akan datang.

1. Pentarbiyyah- ilmu, rohani, pemikiran dan lain-lain
2. Keusahawanan- mendidik generasi yang boleh memjana ekonomi sendiri tanpa pergantungan kepada kerajaan atau swasta.
3. Kepimpinan- menguasai cara memimpin ” how to influence people ” yang mana kita perlu memimpin pelbagai peringkat masyarakat yang terpelajar mahupun masyarakat biasa.
4. Akademik- Menguasai bidang akademik yang diceburi, menjadi generasi yang menguasai bidang ilmu.
5. Politik- Sentiviti kepada masalah-masalah masyarakat dunia umumnya dan malaysia khasnya. Sentiasa memberi komitmen kepada suasana ekonomi negara, agama, bangsa dan sebagainya.

Bagi aku 5 agenda ini mampu melahirkan generasi ilmuan yang berjaya dalam perjuangan. Tanpa pembentukkan kearah tersebut akan membawa genenari pejuang tumpas dipertengahan jalan.

Semoga ia memberi manfaat kepada semua dalam membentuk generasi pelapis di masa akan datang.Sekian!


0 Responses to “Ke mana mahasiswa”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
January 2009
S S M T W T F
« Dec   Feb »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Archives

  • 57,723 guests

Categories


%d bloggers like this: