10
Jan
09

Ghuraba

Salam Samurai,

Alhamdullilah, bersyukur hari ini aku dah berada di kampung halaman. Menariknya bila aku pulang, masing-masing akan bertanya bila sampai? Itulah suasana kampung bila aku bertemu dengan warga kampung disini. Seolah-olah aku ini jauh di dari kampung sedangkan hanya 30 minit perjalanan.

Walaupun begitu, aku jarang pulang ke kampung disebabkan kesibukkan kerja di Kangar. Sabtu dan Ahad sentiasa disibukkan dengan gerak kerja jemaah yang tidak sudah-sudah. Sesekali berpeluang baru aku menjeguk ke kampung halaman.

“Macam dok kat Jepun sahaja hang nie.” Itulah kata sindiran mama aku kepada aku. Tetapi aku yakin dia menyedari keterlibatan aku dalam dunia dakwah. Aku hanya tersenyum, manakala isteri aku hanya mampu menyokong kesibukkan aku dengan turut membalas senyuman.

Kami sekeluarga sentiasa memastikan setiap kesempatan akan kami menjeguk ke kampung samada di Padang Besar mahupun Alor Setar. Fikiran aku sering melayang merenung laluan hidup ini, semoga aku terus istiqamah.

Dalam satu ceramah aku menyatakan syarat orang berjuang adalah berkorban dan berhadapan dengan ujian/ibtila’. Di zaman aku belajar, aku pernah bertanya kepada senior-senior dimanakah tempat paling releven untuk aku menapak meneruskan usaha dakwah ini. Pada dasarnya untuk mengurangkan risiko dari segi meninggalkan keluarga maka aku memilih negeri sendiri sebagai tempat berjuang. Tetapi ianya tidak berlaku, malah aku berhadapan dengan suasana perlu memberi komitmen yang lebih tinggi disebabkan aku berada dekat dengan keluarga.

Oleh hal demikian, ia telah menyedarkan aku dimana jua kita berada ujiannya tetap ada bebannya tetap berat kerana kita sedang berjuang. Setiap perjuangan memerlukan pengorbanan walau dimana kita berada. Jauh dari risiko itu bukan pilihan pejuang, sudah menjadi sunnahtullah dan syariatullah orang berjuang adalah mereka yang berhadapan dengan risiko. Dakwah yang sentiasa dalam keadaan ringan perlu di perhalusi kebenarannya. Itulah yang diajar oleh guru kita Syiekh Said Hawa.

Sejak dari zaman nabi Nuh sehingga nabi Muhammad S.A.W keadaan itu tidak pernah berubah. Dakwah tidak berhadapan dengan tekanan dan ketakutan ia adalah pelik. Islam itu dagang, beruntunglah bagi mereka yang dagang. Asing dengan gaya dan cara hidup orang lain adalah perkara biasa bagi kehidupan orang berjuang. Di sana ramai yang bsenang lenang dengan isteri tercinta, maka kita pejuang berenggang dengan isteri adalah satu kewajipan yang perlu diterima.

Aku kirim sebuah lagu buat pejuang;

Kita asing di sisi manusia dunia, tetapi kita disenang penduduk langit. InsyaAllah, dengan keikhlasan ini keredhaan Allah itu pasti ada. Teruskan.. dan teruskan demi kebaikan Islam tercinta. Tidak dinafikan sesekali kita lalai dan seronok dengan keenakkan dunia, peristiwa kaab mengajar kita untuk terus istiqamah dan segera sedar dari lamunan dunia kembali bertaubat kepada Allah.


0 Responses to “Ghuraba”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
January 2009
S S M T W T F
« Dec   Feb »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Archives

  • 57,723 guests

Categories


%d bloggers like this: