19
Jan
09

Pengurusan Jemaah Satu tuntutan

Salam Samurai,

Petang tadi aku diminta oleh beberapa pelajar untuk menyertai usrah mingguan mereka. Tanpa persediaan rapi, aku cuba menghadiri sekadar untuk memenuhi permintaan. Perbincangan mereka berkisar amal jamie, alhamdullilah masanya amat sesuai dengan keadaan aku yang baru sahaja selesai membaca buku “Gerakan Bersama” tulisan Mustafa Masyur.

Perbincangan berkenaan amal jamaie amat penting bagi sebuah gerakan Islam. Tentu kita tidak dapat lupakan peristiwa perbezaan pendapat dikalangan pimpinan utama PAS dalam beberapa perkara pada beberapa bulan lepas. Bagi aku keadaan itu telah mendidik ahli PAS untuk kembali kepada asas kejayaan perjalanan sebuah gerakan Islam.

Ia menyedarkan kita kepentingan kembali kepada asas-asas amal jamaie. Sememangnya begitu malang sekali kerana kecelaruan itu berlaku dikalangan pimpinan jemaah. Alhamdullilah, dugaan itu berlaku dikala kita belum benar-benar menang dalam memperjuangkan Islam. Masih ingat lagi ketika aku melihat suasana tersebut, fikiran aku sudah melayang melihat peristiwa perpecahan umat Islam antara kumpulan Saidina Ali, dan Saidina Muawiyah disebabkan perbezaan pendapat berkenaan pembunuhan Saidina Uthman. Perpecahan pendapat seperti ini kadang-kadang diambil peluang oleh golongan munafiq dan musuh Islam untuk memecahkan umat Islam. Oleh hal demikian, Islam telah menggariskan panduan kepada kita bagaimana untuk menghadapi keadaan berbeza pendapat ini.

Aku meminta adik-adik jemaah supaya kembali kepada asas bergerak dalam amal jamaie iaitu;

1. Gerakan yang bersumber dari keputusan jemaah
2. Gerakan yang lahir dari jemaah yang teratur
3. Sesuai dengan ketentuan yang telah digariskan
4. Berusaha mencapai tujuan yang telah ditetapkan
5. Tidak bertentangan dengan syura

Aku begitu yakin, kalau semua ahli jemaah memahami cara kita bekerja dalam lapangan amal jamaie sudah semestinya perbezaan pendapat dapat di selesaikan dengan baik. Dan aku yakin tidak berlaku perbezaan pendapat yang ketara dalam perkara-perkara dasar jemaah. Tetapi malang sekali ada dikalangan kita memutuskan sesuatu hanya dari kepentingan fikiran dan nafsunya sahaja tetapi tidak mendahului apa yang dirancang oleh jemaah. Maka bagaimanakah keberkatan dalam berjuang itu bisa wujud?!

Walaupun begitu, aku tidak bersifat jumud untuk menghalang kita membuka minda dan mencari idea dalam membangunkan jemaah. Berfikir untuk kepentingan Islam itu amat dituntut tetapi biarlah salurannya tepat dan kena pada caranya. Ditambah pula kita sebagai pimpinan, kebijaksanan dan saluran yang betul mestilah digunakan baik bagi menguatkan lagi hala tuju perjuangan kita. Bukan melakukan tindakan-tindakan yang mencacatkan gerak kerja jemaah. Bersifat ikhlas dalam perjuangan adalah kunci kepada kejayaan memartabatkan Islam. Sifat sahabat yang tidak mendahului keputusan syura, tidak membelakangkan kepimpinan telah memberi contoh kepada kita bagaimana mereka bisa melakar sejarah untuk umat ini.

Begitulah kiranya perkongsian pengalaman dan bacaan aku kepada adik-adik yang bersemangat dalam perjuangan. Semoga semangat mereka sentiasa dibimbingi dengan ilmu dan keimanan kepada Allah. Tanpa akidah yang kuat, serta azam yang teguh tidak mungkin kita mampu mengemudi perjuangan ini. Semoga ia memberi manfaat kepada semua dan diri saya yang juga sering alpa dalam perjuangan. Wallahualam.


1 Response to “Pengurusan Jemaah Satu tuntutan”


  1. 1 lydecker86
    stam30000000Wed, 01 Apr 2009 10:31:40 +000001am09, J0000004 9, 2007 at 15:50 +00:00Apr

    Assalamualaikum..

    Sayang melihat sesetengah organisasi yang berpecah belah kerana selisih pendapat. Pada hal tujuan kita sama. Alangkah indah jika toleransi dan kesepakatan bersulam dengan hati yang redha dapat diterap dalam diri setiap khalifah dimuka bumi ini.

    Teringat kata HAMKA, Orang tua selalu berselisih pendapat dengan Orang Muda, Orang Tua dengan pengalamannya, Orang Mudah dengan idea bernasnya. Alangkah indahnya jika kedua-duanya digabung, pasti memberi impak yang besar!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
January 2009
S S M T W T F
« Dec   Feb »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Archives

  • 57,738 guests

Categories


%d bloggers like this: