12
Feb
09

Dunia ini sibuk..

Salam Samurai,

Mood menulis semakin kurang, biarpun banyak perkara yang boleh dkongsi bersama. Apa yang membuatkan aku sebegini. Dunia ini terlalu sibuk mungkin?!

Resah.. Resah.. nya bukan sebarangan. Bimbangkan akhirat akan dilupakan dengan kesibukkan dunia. Apa yang aku cari dalam kehidupan ini?! Dunia atau akhirat?!

Sejak aku melangkah dalam dunia research, aku seperti tiada masa untuk diri sendiri. Kadang-kadang rasa terkilan dengan apa yang berlaku. Setiap hari membaca untuk menambahkan pengetahuan dalam bidang yang diceburi. Pulang malam hadiri kuliah, join usrah, atur startegik jemaah, laksanakan usrah remaja, dan pulang untuk gembira isteri tercinta.

Hati aku berkata, untuk diri-mu apa yang kau bawa?! Kadang-kadang rasa macam nak berudur setapak ke belakang supaya kesibukkan ini dapat di kurangkan. Tetapi apakan daya, sekali melangkah perjuangan perlu diteruskan.

Semalam aku bersama rakan-rakan melaksanakan usrah dikalangan remaja. Apa yang menarik, ini adalah kali pertama kami menguruskan usrah kepada seorang pelajar SYIAH! Anda terkejut?! Tetapi ia adalah benar. Walaupun baru berumur 16 tahun, fahaman dan taksubnya dia kepada SYIAH begitu tinggi.

“Siapa Idola kamu?” tanya Fallah kepada ahli usrah. “Ayatullah KHOMEINI.” katanya. Kami tidak tercengang kerana makluman itu telah diberikan terlebih dahulu. Cumanya bagaimana kami perlu kembalikan dia kepada aqidah yang benar.

Semakin lama kita dalam dunia usrah dan dakwah, cabaran itu semakin meningkat. Memerlukan kita kepada peningkatan mutu diri dan kualiti ilmu. Cabaran..cabaran..

Kalau dulu usrah dan dakwah kami hanya dikalangan mahasiswa. Sekarang kami berhadapan dengan remaja-remaja, sepastinya cara dan gayanya berbeza. Walaupun kita pernah di zaman remaja, tetapi suasana dan keadaanya sudah berbeza teramat sangat.

Kadang-kadang kami berhadapan dengan anak-anak kecil peringkat rendah yang menuntut kami turut sama menjadi kanak-kanak rebina yang berlari ke sana ke mari. Tetapi, itulah nikmat sebenarnya. Dakwah mendidik kita untuk belajar dengan dunia manusia. Bukan dunia robot seperti mana aku ceburi sekarang. Robot yang hanya tahu bekerja dan mengikut arahan, tetapi tidak pernah kenal ketawa, riang, sedih, marah dan letih.

Dakwah itu untuk semua. Islam for All atau PAS for All, tetapi bagaimana perlaksanaannya?! Itulah yang menjadi kesukaran untuk terjun dalam medan dakwah sebenar. Dakwah yang memerlukan kemahiran berfikir dan bertindak dengan cara yang paling efektif dan efisien. Cuma kadang-kadang daie itu tidak faham, bila sebut dakwah mesti duduk dalam usrah, dakwah itu untuk orang yang mahu sahaja, dakwah itu cara kita sahaja bukan cara mereka, dakwah itu untuk orang yang tertentu sahaja seperti Doktor, Mahasiswa, Engineer… orang kampung?! Biarkan aja, nanti dia faham…

Pesan murabbi-ku, anda semua suatu hari nanti akan menjadi naqib-naqib untuk usrah-usrah cawangan. Bila?! Tunggu besar sikit. Begitulah dunia dakwah, tidak boleh statik tetapi perlu berkembang untuk seluruh umat bukan untuk orang-orang tertentu. Bila sebut usrah cawangan, maka perlulah berfikir bagaimana untuk mengguruskan orang-orang lama, orang-orang tua, orang-orang kampung yang mungkin lebih tahu dari kita.

Pernah satu ketika aku diminta untuk membentangkan kertas kerja dakwah dikalangan remaja. Dalam siri perbentangan tersebut aku mencadangkan konsep “Dakwah Terfokus Berkala”. Yang kononnya memilih bulu dalam dakwah pada peringkat pertama dalam masa setahun. Tiba-tiba aku disedarkan oleh sahabat-sahabat. Kalau dakwah pilih bulu ini dibuat, bagaimana yang bakal murtad, sedang murtad, yang mahu murtad?! Biarkan saja!? Satu soalan yang menyedarkan aku dalam lamunan, kerja kita banyak! Kita perlu bekerja seperti banyaknya kerja!

ISU POLITIK

Sudah lama aku ingin memberi pandangan berkenaan isu ini. Cumanya tiada kesempatan yang bersesuaian. Porak perandanya Perak sekarang mempunyai banyak significant, aa.. mungkin dah lapok untuk aku menulis disini. Hurm.. rasa malas pun ada..

Kesimpulan besar yang dapat aku buat adalah PKR dan DAP berhadapan dengan ahli yang tidak berprinsip. Paling jelas, aqidah politik mereka tidak tepat dan perlu dibuat penilaian. Taniah PAS kerana membawa perjuangan politik dosa pahala, politik neraka syurga, politik dunia akhirat. Teruskan perjuangan, Malaysia akan selamat dengan perjuangan kalian (PAS) insyaAllah. Buat perjuang-pejuang PKR dan DAP selamat bersatu bersama pakatan rakyat demi Malaysia tercinta!

Sekian. Wassalam.


0 Responses to “Dunia ini sibuk..”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
February 2009
S S M T W T F
« Jan   Mar »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28  

Archives

  • 57,723 guests

Categories


%d bloggers like this: