25
Feb
09

Hunain: Ibrah yang berguna

Salam Samurai,

Usrah aku pada minggu ini bertajuk Perang Hunain. Ustaz Yussaine Yahya yang merupakan murabi usrah kami meminta supaya studi kisah perang tersebut.

Tetapi malangnya aku tidak dapat menghadiri usrah tersebut disebabkan meeting ditempat kerja. Sudah seminggu aku tidak bertemu dengan ahli-ahli usrah dan sahabat Islah. Kenapa hidup aku terumbang-ambing seperti ini? Sakit jiwa pun ada. Hampir hari-hari aku stress. Aku keluarkan segala ketegangan tersebut di samuraisyahid ini.

Walaupun sebenarnya aku tiada masa untuk menulis, tetapi aku gagahkan diri sebagai tanggunjawab aku melaksanakan tugasan usrah. Aku bersyukur kepada Allah, kerana aku sentiasa serba salah bila tidak dapat melaksanakan tanggungjawab jemaah. Ya Allah, kekalkanlah aku di jalan ini, matikanlah aku dijalan ini.

Pagi tadi aku menelefon ustaz kerana tidak dapat join usrah semalam. Tiba-tiba ustaz memberi tahu, “lepas ini enta kerja full time dengan jemaah bila ekonomi Darul Islah sudah stabil.” Aku terkejut, namun begitu lidah-ku berkata: ” saya bersedia ustaz.” Namun begitu, seperti mahu tercabut jantung ini, bagai mahu menitis air mata ini. Ya Allah, adakah sudah tiba masanya aku diperingkat ini. Ya Allah, benarkah apa yang telah aku dengar ini?

Inilah arahan-arahan yang aku sering dengar berkenaan tanggungjawab dalam jemaah. ” Mereka yang faham, perlu bersedia menerima segala arahan jemaah.” ” Mereka yang faham, mesti mendahului jemaah daripada kepentingan hidup sendiri.”

Aku kembali mengenangkan lafaz-lafaz baiah yang sering aku laungkan kepada semua.” Berjuang biar dalam susah mahupun senang.”. Ya Allah, hidup-ku mati-ku adalah untuk-Mu dan agama-Mu.

Hunain Satu Pengiktibaran
Perang Hunain adalah sebuah kisah peperangan yang perlu dihayati oleh ahli gerakan Islam yang berjuang kerana ia memberi iktibar yang besar kepada semua.

Perang Hunain berlaku antara Umat Islam dari Kota Madinah dan Kota Makkah (yang baru masuk Islam selepas Fathul Makkah) dengan Kafir dari puak hawazin di Thaif. Peperangan kali ini agak berbeza dengan peperangan sebelum ini, dimana tentera Islam berjumlah agak besar iaitu 12,000 orang iaitu 10,000 dari umat Islam Madinah dan 2,000 umat Islam Makkah.

Namun, antara punca kekalahan umat Islam ketika itu adalah disebabkan jumlah mereka yang banyak. Berbeza dengan peperangan Badar dimana jumlah yang kecil bisa mengalahkan orang kafir Quraisy dari Makkah.

“Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (hai para mukmin) di medan peperangan yang banyak, dan (ingatlah) peperangan Hunain, iaitu di waktu kamu menjadi bongkak kerana banyaknya jumlahmu, maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikitpun, dan bumi yang luas ini telah terasa sempit olehmu, kemudian kamu lari ke belakang dengan bercerai-berai.” (Al Qasas : 85)

Aku benar-benar tertarik dengan keadaan itu, bagaimana umat Islam bisa tewas walaupun jumlah mereka terlalu banyak. Oleh itu, kita dapat menyimpulkan bahawa jumlah bukan kekuatan sebenar umat Islam tetapi adalah kualiti. Maka, generasi umat Islam yang ramai hari ini tidak mampu menjadi mulia disebabkan besarnya bilangan mereka. Kerana umat Islam ketika ini adalah buih-buih yang tiada kekuatan aqidah. Mereka semua bisa dibodohkan oleh manusia jahat dengan begitu dahsyat sekali. Mengapa aku katakan bodoh?! Ini kerana bila melihat dunia palestin hari ini, sememangnya tidak logik kita boleh dikalahkan. Sekeliling Israel adalah negara-negara orang Islam, tetapi amat malang sekali yang ditindas dan dizalimi adalah orang Islam bukan orang kafir.

Mari kita lihat pihak orang kafir pula, kafir Hawazin pada ketika itu telah mengerahkan seluruh kaum keluarga dan harta benda mereka diturun pada hari peperangan tersebut. Arahan ini telah dikeluarkan oleh seorang anak muda yang bernama Malik bin ‘Aufan Nasri yang bertujuan untuk memberi semangat kepada kaum keluarga merekea menempuh umat Islam ketika itu.

Sebaliknya, seorang tua dari kalangan kaum kafir Hawazin tidak menyetujui keputusan tersebut dan dianggap gopoh dari segi strategi. Beliau adalah Duaraid Sammah yang merupakan seorang pahlawan tua yang berpengalaman ketika itu.

Pada pandangan aku, sememangnya sikap orang muda itu sering gopoh-gapah atau dikenali sebagai istijal. Orang muda ini, kalau dibentuk dan diarahkan pada jalan yang betul bisa mencapai kemenangan. Tetapi, kalau orang muda tidak dibentuk dan dididik dengan baik ia bisa membawa kerosakkan. Orang muda selalunya bersifat agresif dalam bertindak, mereka mempunyai semangat yang tinggi berbanding orang-orang lama. Namun begitu, pandangan si tua perlu di dengari dan di kaji kerana disitu banyak iktibar yang boleh di kongsi.

Kita boleh perhati sendiri peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam gerakan Islam sendiri. Mereka yang tidak sabar dalam perjuangan, yang bersemangat untuk membuat perubahan adalah orang muda. Contoh terbaik yang boleh kita lihat di Malaysia adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Gerakan Islam pernah tersungkur pada suatu ketika dahulu adalah disebabkan sikap Anwar Ibrahim yang terlalu gopoh untuk mencapai kemenangan. Akhirnya, beliau sendiri tersungkur di pentas perjuangan.

Pada permulaan kisah perang Hunain ini, umat Islam hampir mengalami kekalahan apabila serangan mengejut oleh orang kafir yang bertubi-tubi dengan dihujani oleh anak panah.

Dalam kekalutan tersebut, umat Islam bertempiaran melarikan diri yang merupakan punca kucar-kacir ketika itu. Antara sebab utama berlakunya keadaan tersebut adalah kelemahan iman sahabat-sahabat Makkah yang masih baru memeluk Islam setelah Fathul Makkah.

Apa yang menarik dalam keadaan ini, Rasulullah telah melaungkan “Hai pembela Allah dan Nabi-Nya! Aku hamba Allah dan Nabi-Nya.” sambil menunggang kaldi putihnya. Namun begitu, luangkan Rasulullah tidak dapat didengari disebabkan kekalutan yang teramat sangat. Maka Rasulullah meminta bapa saudaranya Saidina Abbas yang kuat suaranya supaya memanggil umat Islam, “Hai Ansar yang menolong Nabi-Nya! Hai kaum yang membai’at Nabi di bawah pohon syurga! Kemana kamu akan pergi? Nabi berada di sini!” Saidina Abbas melaungkannya dengan berulang-ulang.

Seraun ini telah menyebabkan para sahabat yang bertempiaran itu itu kembali kepada Nabi dengan rasa penyesalan dan mengatur lagi barisannya. Dan dalam waktu sangat singkat, mereka berhasil memukul musuh mundur atau melarikan diri. Untuk memberi semangat kepada kaum Muslimin, Nabi mengatakan, “Saya Nabi Allah dan tak pernah berdusta, dan Allah telah menjanjikan kemenangan kepada saya.”

Inilah hebatnya Islam. Aku tertarik dengan panggilan Saidina Abbas yang menyedarkan para sahabat dengan lafaz-lafaz baiah mereka. Semalam aku terbaca satu artikel dari Harakah yang mana Presiden PAS memberitahu kekuatan dan rahsia PAS dalam menghadapi isu lompat parti. Kekuatan PAS sebagai gerakan Islam adalah lafaz baiah yang meletakkan perjanjian hidup dan perjuangan ini adalah kepada Allah.

Pada pandangan aku, pemberitahuan Presiden PAS dalam harakah itu bukan sekadar untuk memberitahu kepada pihak media, tetapi peringatan kepada anggota PAS untuk tetap istiqamah dalam perjuangan Islam tanpa sebarang rasa takut dan gentar. Malah bersungguh dalam berjuang berhadapan dengan kufar!

Bila aku membaca ucapan Presiden PAS dalam artikel tersebut, mengingatkan aku kepada panggilan Rasulullah melalui bapa saudaranya Saidina Abbas supaya kembali istiqamah dalam perjuangan biar dalam keadaan senang mahupun sukar.

Taniah kepada PAS, mengikat para pejuang-pejuang dengan Allah dan Rasul-Nya. Bukan sekadar perjuangan yang hambar tidak berprinsip serta tiada panduan seperti PKR dan DAP.

Sekadar itu sahaja, perkongsian yang ingin aku sampaikan dalam usrah minggu ini. Tetapi tiada peluang. Sedihs😦


0 Responses to “Hunain: Ibrah yang berguna”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
February 2009
S S M T W T F
« Jan   Mar »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28  

Archives

  • 57,738 guests

Categories


%d bloggers like this: