27
Apr
09

Kuliah: Sepintas Tarbiah Islamiah dalam PAS

Salam Samurai,

Alhamdullilah, dengan rahmat dan kasih sayangNya Allah s.w.t telah memberi keizinan kepada aku untuk menulis di blog ini. Walaupun blog ini hampir berhantu tidak berpenghuni.

Aku bercadang untuk berkongsi serba sedikit berkenaan kuliah yang aku hadiri bersama ustaz Nik Abduh (adik kepada bekas tahanan ISA merangkap anak tok guru Nik Aziz). Ustaz Nik Abduh menghuraikan serba sedikit berkenaan tarbiah yang dilaksanakan dalam PAS serta peranan yang perlu diambil oleh pemuda bagi tujuan tersebut. InsyaAllah, perkara ini akan aku kongsikan bersama sahabat-sahabat yang mengunjungi blog ini, juga aku mengharapkan penulisan ini dapat menjadi bahan rujukan kepada mereka yang akan mendengar tazkirah aku pada minggu ini.

Berikut adalah point-point penting yang ingin aku catatkan disini;

Muqaddimah
1. PAS adalah sebuah parti politik Islam dalam bahasa demokrasi negara, atau sebuah gerakan Islam dalam istilah thaqafah dalam politik Islam hari ini, atau sebuah jamaah Islam dalam bahasa baginda Rasulullah S.A.W.
2. Tarbiah Islamiah adalah proses pembinaan diri muslim menuju kesempurnaan sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi ini melalui kaedah yang digariskan oleh baginda.

Sejarah tarbiah dalam PAS
1. PAS, berbeza dengan UMNO yang memilih pendidikan dan budaya barat untuk pembinaan ahli dan bangsa melayu, PAS telah memilih pengajaran Islam dan para ulama sebagai rujukan pembinaan struktur partinya.
2. Para ulama memperkenalkan dan memasyurkan tarbiah Islamiyyah diperingkat awal dengan pergantungan kepada ilmu tasauf yang bersumberkan pengajian kitab-kitab tasauf dan sistem penguruan kesufian yang diamalkan di dalam masyarakat.
3. Perjuangan PAS menarik perhatian golongan Islamis yang pulang dari timur tengah yang membawa fikrah gerakan Islam terutamanya Ikhwanul Muslimin. Dan mereka inilah yang mengenengahkan tarbiah Islamiyyah dengan lebih bersistematik dan bersifat harakiah melalui pembacaan dan pengalaman bersama tokoh-tokoh gerakan Islam.
4. Tarbiah Islamiah bermaksud pembinaan diri sebagai jundullah yang berjuah melalui intima’ didalam jemaah Islamiah. Ia adalah tarbiah yang meliputi zahir, batin, pemikiran, emosi dan lain-lain.
5. PAS banyak bergantung kepada gerakan-gerakan Islam di kampus bagi membekalkan kader-kadernya untuk terjun di medan perjuangan politik Islamnya.
6. Akibat haluan berbeza, PAS akhirnya menyusun gerakan tarbiah secara tersendiri dan tidak lagi menyerahkan kadernya kepada gerakan Islam lain.
7. Justeru, PAS berjaya menguasai politik kampus. Walaubagaimana pun, ini telah menyebabkan persaingan dan perselisihan demi merebut kader baru di antara PAS dan gerakan-gerakan Islam lain sekalipun tidak sampai ke peringkat serius.
8. Penghijrahan kepada kepimpinan ulama’ di awal 80an telah berjaya mengembangkan tarbiah Islamiah harakiah sehingga ke peringkat ke akar umbi.

Kategori Tarbiah dalam PAS
1. Tarbiah perkaderan-paling utama
2. Tarbiah jentera parti
3. Tarbiah Khusus ahli
4.. Tarbiah umum ahli

Pemuda PAS dan Tarbiah
1. Pemuda PAS adalah sasaran utama tarbiah dalam PAS. Mereka adalah PAS di masa hadapan sebagaimana mereka adalah tunas subur PAS hari ini. Merakalah harapan dan merekalah kekuatan.
2. Tarbiah dalam pemuda seharusnya bermula di alam persekolahan rendah dan menengah sebelum digerakkan secara lebih agresif di peringkat pengajian tinggi.
3. Secara umumnya, suasana tarbiah dalam pembentukkan barisan pemuda parti PAS hari ini masih belum memuaskan.
4. Kekuatan PAS diukur dengan kekuatan tarbiahnya. Ini kerana ujiannya yang melanda gerakan Islam hampir pasti tidak tertanggung kecuali bagi mereka yang memiliki diri yang hebat.

Begitulah kiranya kertas kerja yang akan dikongsikan kepada sahabat-sahabat semua. Penulis asal kepada kertas kerja ini adalah ustaz Nik Abduh Pengerusi Lajnah Tarbiah Dewan Pemuda PAS Pusat. Semoga ia memberi manfaat kepada pertemuan kita pada minggu ini.

InsyaAllah, aku juga akan berkongsi beberapa perkara yang berkait rapat dengan isu-isu seperti
1. kritikan Dzulkhari (presiden Gamis).
2. Pencapaian utama daripada tarbiah.
3. Pergantungan kepada Allah
4. Faham teori vs praktikal

sekian, ketemu lagi di lain waktu. Wassalam.


0 Responses to “Kuliah: Sepintas Tarbiah Islamiah dalam PAS”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
April 2009
S S M T W T F
« Mar   May »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

Archives

  • 57,723 guests

Categories


%d bloggers like this: