29
Apr
09

hidup untuk siapa dan apa?!

Salam Samurai,

Itulah tajuk yang ingin aku ketengahkan pada hari ini. Sebenarnya sudah beberapa kali aku cuba menulis, tetapi gagal kerana kelembapan akal. Akhirnya alhamdullilah dengan izin Allah, inilah tajuk yang paling sesuai pada pandangan aku.

Mungkin ia adalah kehangatan dari kuliah semalam yang aku sampaikan. Juga mungkin ia adalah dari kehangatan tarbiah oleh murabi Darul Islah pada usrah kelmarin. Aku berfikir sejenak, mengapa ramai rakan-rakan-ku gagal untuk terus dijalan ini. Lalu aku beristiqfar agar ia tidak mendatang riak. Kerana aku yang hari ini adalah pilihan Allah bukan dari kehendak aku semata-mata. Aku belum layak untuk bergelar pejuang sebenar, sedang ada yang lebih gigih lagi telah futur dari perjuangan disebabkan kekecewaan dan sebagainya.

Satu kegembiraan bagi mereka yang telah pergi dari dunia ini dalam keadaan berprinsipkan erti hidup berkorban untuk islam. Kadang-kadang aku cukup bersedih dengan rakan-rakan yang dahulunya bersemangat menzikirkan kehebatan para sahabat nabi dalam perjuangan. Tetapi, akhirnya mereka kecundang tanpa sedar. Perlukah aku bersedih?! Untuk apa aku perlu bersedih?! Adakah kerana hari ini aku merasa susah sendirian dalam perjuangan?! Bukankah pada hari ini ramai lagi yang bersama turut berjuang, walaupun dahulu engkau tidak pernah mengenali mereka. Malah mereka lebih syadid dalam perjuangan. Alhamdullillah, Alhamdullilah.. syukur aku kepada pertemuan ini.

Antara perkhabaran yang aku bawakan kepada sahabat-sahabat yang berada jauh diseberang sana sebagai motivasi untuk terus/tetap dijalan ini. InsyaAllah aku akan kongsikan disini seperti berikut;

1. Generasi Kampus
a. Generasi Peka
Sebagai ahli gerakan islam kita perlulah sedar bahawa kita perlukan perjuangan bukan perjuangan perlukan kita. Kita perlu ingat bahawa Allah bisa menggantikan sesiapa sahaja untuk meneruskan perjuangan ini.

Kita perlu peka pada perjuangan. Mencari dimana peluang-peluang perjuangan yang ada, dan apa yang boleh kita sumbangkan kepada perkembangan gerakan Islam itu sendiri. Biarpun jemaah bertanggungjawab menyediakan lapangan dan medium tersebut, sebagai individu yang mendapat tarbiyyah serta mempunyai ketinggian akal perlulah mengambil jalan proaktif mencari tempat yang sesuai untuk turun berjuang menegakkan kalimah Allah yang tinggi ini.

b. Generasi Pekak
Janganlah kita menjadi manusia pekak (dikategori sebagai manusia tidak sempurna sifat) menyalahkan keadaan untuk dijadikan alasan bahawa aku tidak mempunyai deria yang sempurna untuk mencari tempat dalam perjuangan.

Sebagai manusia yang punya ketinggian aqal, kita perlu mempunyai semangat berdikari yang tinggi bagi meneruskan survival dakwah ini.

2. Jangan Kecewa
Mereka yang agresif/bersemangat/bernafsu dalam gerakan Islam tidak terlepas dari rasa kecewa dalam perjuangan. Kecewa adalah sifat yang merbahaya kepada ahli-ahlinya. Kecewa dan sedih adalah sifat yang sememangnya ada dalam diri manusia. Tetapi bagaimana kita mampu mengawalnya menjadi dugaan dan cabaran kepada kita sebagai hamba Allah S.W.T.

Bersyukurlah kepada Allah bila kita dianugerahkan dengan semangat, tambahan pula kita ini merupakan pemuda Islam. Sudah menjadi sifat kepada pemuda itu bersemangat dan bernafsu. Tidak kiralah dalam perkara baik atau jahat, semua dari keimanan masing-masing. Disebabkan nilai semangat dalam diri pemudalah, dakwah Rasulullah tersebar dikalangan pemuda. Rasulullah sedar bahawa dalam diri pemuda mempunyai suatu momentum yang mampu menguatkan dan memperkembangkan Islam. Oleh hal demikian juga, kita sebagai ahli gerakan Islam perlu berperanan dalam menyelamatkan golongan pemuda kerana mereka ini amat mudah terpengaruh dan amat agresif bila mendapat/mengenali sesuatu yang baru.

Dari semangat ini kadang-kadang mendatangkan kekecewaan. Kekecewaan ini akhirnya boleh mengakibatkan; Isti’jal dan Futur. Maka, aku menasihati semua dan diri ini supaya kita sentiasa berhati-hati dengan jarum suntikan syaitan ini. Alhamdullilah diperingkat pertama kita telah berjaya menguasai nafsu untuk kekal dalam perjuangan, seterusnya kita perlu untuk berhadapan dengan musuh kedua dari hasutan syaitan yang sentiasa cuba menjatuhkan kita.

a. Isti’jal
Ia sering berlaku apabila kita begitu berkeinginan cepat dalam mencapai kejayaan ataupun perubahan. Keinginan itu amat bagus, apatah lagi ia lahir dari naluri seorang pemuda kerana ia menandakan pemuda itu sihat. Mengapa aku berkata begitu, kerana sememangnya sifat pemuda ini berkeinginan tinggi dan pantas. Kalau pemuda itu sifat perlahan, keinginannya rendah, ia bukan pemuda, mungkin si tua, atau si sakit, atau pemuda yang terlibat dengan dadah.

Sesekali pemuda perlu belajar dari si tua yang “slow and steady” ini, tetapi mantap dan konsisten dalam perjuangan. Mereka konsisten hari ini bukan kerana mereka lembap ketika muda dahulu tetapi pengalaman telah mengajar mereka akan erti sabar dalam perjuangan. Alhamdullilah, hari ini mereka masih kekal dalam perjuangan dan insyaAllah akan mati dalam perjuangan. Kita belum tentu lagi kerana masa masih panjang dan jauh.

Kita perlu bertanya, berfikir dan berbincang dengan si tua. Bukan kerana keilmuannya sahaja tetapi pengalaman yang mereka lalui dalam menerajui perjuangan ini. Sifat tergesa-gesa ini banyak ditunjukkan dalam rentetan sirah nabi S.A.W. Kita pernah mendengar berkenaan teguran nabi kepada seorang sahabat yang memohon nabi mendoakan kemusnahan kepada puak kafir quraish. Cuba tanya pada diri kita, setakat mana kesukaran yang kita lalui hari ini, setakat mana pengorbanan kita hari ini?! Persoalan itu sudah cukup untuk menjawab siapa kita yang terlalu banyak mengkritik dan menentang.

Akhirnya atas sifat ini, kita akan keluar dari jemaah kerana kekecewaan dan ketidakpuasan hati. Menentang jemaah dari luar. Malah menghentam jemaah, seterusnya menjadi alat kepada musuh Islam menjatuh perjuangan gerakan Islam itu sendiri. Malah ada dikalangan mereka keluar membentuk gerakan baru yang kononnya lebih sunnah dan bagus. Sedarlah, setiap permulaan kita akan berhadapan dengan masalah yang sama. Dan akhirnya memerlukan kita bermula dari awal. Bukankah kita telah merugikan perjuangan, dan memperlambatkan proses kemenangan Islam.

b. Futur
Yang lebih malang sekali, ada dikalangan mereka mengambil sikap peluk tubuh dalam perjuangan. Mereka hampa dengan segala usaha yang dibuat dan mereka lebih suka memilih untuk berdiam diri dan mencari kebahagian dunia yang sementara. Futur ini boleh dibahgikan kepada beberapa kategori. Futur itu bersifat laju kemudian perlahan, futur juga bersifat laju kemudian berhenti.

Muhasabah kembali, adakah jalan futur adalah yang terbaik buat kita. Futur tidak memberi sebarang kebaikan kepada perjuangan Islam. Tetapi, adalah kekalahan awal kita kepada pengaruh syaitan.

Seterusnya sahabat-sahabat, marilah kita renungi diri kita dan diri para sahabat Nabi S.A.W. Apakah tujuan hidup mereka? Di mana akhir hidup mereka? Apakah kebanggaan mereka dalam hidup ini? dab Bagaimana pula kita?

Ayuh! Aku mengajak kamu semua memilih jawapannya;
a. Tujuan hidup mereka adalah bekerja untuk hidup atau bekerja untuk berjuang?! Mereka berjuang, bekerja sekadar rezeki untuk hidup dan berjuang?! atau Mereka bekerja mencari rezeki, berjuang sebagai sampingan untuk masa lapang dan mengikut keperluan sahaja?!
b. Adakah mati mereka di tempat asal masing-masing bersama anak, ibubapa, dan isteri yang mereka kasihi? atau mati mereka di Madinah yang mempunyai pelbagai kenangan manis bersama Rasulullah? atau Mati mereka di kota makkah yang kedudukan tinggi di sisi Allah, diberikan pahala yang besar bila beribadah di masjidnya? atau di tempat perjuangan yang tiada kepentingan dalam hidup mereka selain islam.
c. Adakah kebanggaan mereka bila anak-anak mereka bergelar doktor, engineer, professor, genius? atau Adakah bila mereka digelar si kaya? atau Adakah bila mereka mati syahid di jalan Allah, meninggalkan anak-anak memahami perjuangan para nabi dan sahabat dan hidup susah kerana pertahankan Islam?

Bukan anda sahaja perlu bertanya sebegitu, tetapi aku dan isteri juga perlu berbuat begitu. Siapa ikutan kita?! Inilah yang sentiasa bermain difikiranku, dan menjadi element motivasi sebenar. Dan aku amat bersyukur hari ini, aku ditakdirkan hidup dengan seorang murabi yang gigih walaupun aku tidak sebeberapa hendak dibandingkan dengan mereka yang sentiasa istiqamah.

Jawapannya? Tidak perlu aku catatkan disini, kerana kalian semua telah maklum dengan siri-siri perjuangan sahabat. Tepuk dada, tanyalah Iman. Bukan tepuk tangan, tanda kegembiraan hidup di dunia yang penuh kemewahan!

Seterusnya marilah kita bertanya kepada diri, bagaimana pula dengan aku. Bekerja lebih utama atau berjuang lebih utama?! Sememangnya sifat manusia itu berkehendakkan begini, tetapi Allah berkehendakkan begitu. Sesiapa yang memilih untuk mengikut kehendak Allah dia akan berjaya, sesiapa yang memilih untuk hidup mengikut kehendak diri dia pasti gagal.

Doakan aku wahai sahabat, semoga mati dalam berprinsip hidup pada berkorban demi Islam.

Wasslam

p/s: sedikit tergesa-gesa dalam menulis, maybe banya salah. Harap dapat memaafkan aku jika terlalu banyak kesalahanan.


0 Responses to “hidup untuk siapa dan apa?!”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
April 2009
S S M T W T F
« Mar   May »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

Archives

  • 53,945 guests

Categories


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: