30
Apr
09

Perkataan yang aku suka

Salam Samurai,

Kebahagian sebuah keluarga amat bergantung kepada ahli yang berada didalam keluarga tersebut. Rumah yang besar bukan faktor kebahagian, perabot yang mewah juga tidak menjanjikan kebahagian. Apakah faktor utama yang menjadikan sebuah keluarga itu bahagia sebenarnya? Isteri yang cantik?- Ramai artis yang bermasalah selepas berkahwin. Duit yang banyak? -Berapa ramai pasangan yang kaya telah berpisah akibat tidak serasi lagi kononnya.

Sebenarnya kebahagian sebuah keluarga bergantung kepada jenis manusia yang berada dalam institusi tersebut. Mengubah fizikal rumah, kereta, perhiasan… semuanya tidak mampu memberi kebahagian kepada sebuah keluarga. Tetapi, jika kita mengubah sikap manusia yang berada di dalam institusi keluarga tersebut, InsyaAllah akan memberi kebahagian kepada keluarga itu.

Aku bukanlah orang paling layak untuk berbicara berkenaan institusi keluarga kerana pengalaman aku tentang itu masih lagi cetek untuk di kongsi bersama. Namun, selama pengalaman aku mendirikan rumah tangga banyak perkara yang telah aku belajar. Sepastinya pelajaran yang paling besar bagi aku adalah mengenali seorang yang bernama wanita. Benar kata ahli usrah-ku ” bila hang kawin nanti, baru hang tahu perangai sebenar seorang perempuan”. Dahulu aku sering membahasakan diri dengan hang & aku. Ini lebih mendekat diri ini dengan mereka yang didakwah. Biarlah apapun mereka lebih muda dari aku.

Tetapi semua itu berubah setelah aku pulang ke Malaysia. Anak-anak malaysia sememangnya menghormati mereka yang berpangkat lebih tua (not all). Perkataan abang sering bermain di bibir mereka, malah aku pernah merasa janggal dengan cara itu. Alhamdullilah, hari ini aku telah membiasakan diri untuk itu.

Sepanjang aku melalui hidup sebagai seorang ketua rumah tangga. Aku suka beramal dengan pendekatan bermesyuarat. Apa perkara sekalipun pasti aku berbincang, biarpun perkara itu sudah ada keputusannya. Amalan bermesyuarat ini telah aku amalkan sejak mula aku berkahwin. Alhamdullilah ia amat membuahkan hasil yang baik. Walaupun sesetengah ketika keputusan itu adalah milik kita sebagai ketua, tetapi demi meraikan kehidupan berkeluarga ia amat perlu dibawa berbincang. Ia amat membuahkan kebahagian.

Mesyuarat;
Ada beberapa sebab yang ingin aku capai dari mesyuarat keluarga;
1. Pertama aku ingin mendapatkan pandangan dari seorang isteri yang menyokong dan mendokong tugas aku sebagai seorang ketua keluarga, dan sebagai seorang pejuang agama.

2. Kedua aku ingin memberitahu sesuatu perkara yang penting serta memerlukan pengorbanan kedua belah pihak. Dimana perkara tersebut memerlukan sokongan dan dokongan dari seorang isteri. Biarpun ia merupakan dalam bentuk perbincangan, namun keputusannya telah dibuat dan perlu diterima oleh seorang isteri.

Begitulah kiranya keadaan mesyuarat yang mungkin berlaku dalam institusi keluarga. Walaupun begitu, setiap keputusan mestilah tidak dibuat demi kepentingan diri, tetapi keputusan tersebut adalah untuk kebaikan kedua-dua belah pihak. Malah, dalam sesetengah keadaan keputusan itu dibuat adalah untuk kepentingan yang lebih besar berbanding kepenting keluarga tersebut. Menjadi kebiasaan mereka yang berjuang, setiap keputusan perlu dibuat bukanlah untuk kepentingan keluarga sendiri, tetapi untuk kepentingan ummah yang lebih memerlukan pengorbanan seorang pejuang.

Hakikatnya, setiap keputusan memerlukan saling faham memahami akan tanggungjawab kita sebagai keluarga pejuang. Begitulah perjalanan hidup seorang hamba yang mengharapkan keredhaan Allah. Suami dan isteri perlu saling menerima hakikat dan tugas masing-masing dalam mencari kebahagian yang hakiki.

Yang paling membahagiakan aku bila bermesyuarat dengan isteri tercinta adalah apabila jawapan yang diberi tidak pernah meletakkan kepentingan diri lebih utama dari kepenting ummah. Perbincangan yang panjang hanya dijawab dengan mudah dan ringkas. “Ikut abang” katanya lembut, hatinya redha walaupun berat membenarkan. Malah jawapan yang diberi menunjukkan kepercayaan yang tinggi kepada seorang suami yang merupakan ketua keluarga dan ia sentiasa menyedari bahawa suaminya adalah milik Allah dan Rasul-Nya. Kepercayaan seperti inilah yang menguatkan kasih sayang antara suami dan isteri.

Biarpun pertemuan kita singkat, hakikatnya kita bahagia. Setiap saat kita berjumpa sentiasa membuat kita jatuh cinta kerana sikap kita yang saling menujukkan kasihnya kita kepada sang suami/isteri. Alhamdullilah, bahagianya kita adalah dari Allah. Setiap taat kita kepada Allah akan membuatkan kita mengharap redha dan rahmat-Nya untuk sebuah keluarga bahagia yang kita bina hari ini.

Wallahualam.


0 Responses to “Perkataan yang aku suka”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
April 2009
S S M T W T F
« Mar   May »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

Archives

  • 57,738 guests

Categories


%d bloggers like this: