01
May
09

Fahamilah

Salam Samurai,

Alhamdullilah, laman ini ingin mengajak semua melafazkan kata syukur kepada Allah yang Maha Besar lagi Maha Berkuasa. Mengapa kita perlu bersyukur? Tidak terkira nikmat yang Allah berikan menjadi sebab untuk kita bersyukur.

Tentu ramai yang kehairanan mengapa aku mula kerap menulis, walaupun setelah lama aku menyepikan diri. Sebenarnya aku terpanggil disebabkan teguran murabi-ku berkenaan sikap aku yang tidak istiqamah dalam menulis. Benar katanya “bukan sibuk mana pun”.

Di fikir-fikirkan balik, aku lebih kerap menulis sewaktu berada di Jepun. Aku mula sedar antara sebab aku semakin lemah dalam mencari idea menulis adalah kerana semakin kurang membaca. Walaupun begitu, ia bukanlah alasan. Penulisan tidak semestinya di sekitar pembacaan kita, pengalaman juga boleh di kongsikan.

Sudah lama sebenarnya aku tidak membaca. Antara sebabnya adalah aku kesibukkan mentelaah buku-buku teknologi yang berkaitan dengan research aku. Alhamdullilah, sekarang aku telah selesai diperingkat itu. Cuma berusaha untuk menyiapkan research yang telah di pelajari sebelum ini. Dengan izin Allah, aku sudah mula membaca sekarang. Aku sedang berusaha menghabiskan sebuah buku yang bertajuk ”Kehidupan Hati untuk Sampai kepada Tuhan yang Dikasihi”. Pada masa yang sama aku menyibukkan diri membaca buku ”Man from Mars, Women from Venus”. Masih dalam bertaktih. Sebab apa ye, bosan? Rasa tidak, Susah? Penulisannya mudah, aku pun tidak tahu mengapa. InsyaAllah, aku bercadang untuk membacanya selepas menghabiskan buku Kehidupan Hati.

Semalam aku menghadiri kuliah haraki yang dipimpin oleh ustaz Nasir yang merupakan bekas pimpinan PMIUM. Sekrang beliau merupakan seorang ahli parlimen. Dalam perbincangan tersebut aku amat tertarik dengan huraian beliau berkenaan Rukun Faham Imam Hassan Al-Banna.

Bagi mereka yang terlibat dengan gerakan Islam, adakah anda terfikir mengapa Rukun Baiah pertama adalah Faham. Tidak seperti kitab-kitab hadith tuilsan Imam Nawawi seperti Hadith 40, dan Riyadhatul Salihin yang memulakan kitab mereka dengan tajuk ikhlas. Mengapa Rukun Baiah Imam Hassan Al-Banna tidak dimulakan dengan tajuk Ikhlas? Adakah itu tidak penting bagi gerakan Islam. Sudah tentu tidak!

Muktamar PAS Pusat tahun ini agak kehangatan. Ditambah pula dengan statement Ustaz Nik Abduh yang begitu mengejutkan sehingga menjadi tajuk-tajuk akhbar. Ada yang perpandangan tindakan Ustaz Nik Abduh adalah salah kerana membuat imej PAS menjadi parah. Ada juga dikalangan mereka meminta Ustaz Nik Abduh bersikap bijak dengan membawa isu tersebut secara tertutup. Namun begitu, aku tidak ada sebarang komen berkenaan apa yang telah berlaku. Semoga semua yang berlaku akan lebih mematangkan PAS dalam menghadapi cabaran survival dakwah ini.

Benarlah apa yang dikatakan oleh Ustaz Nasir, berada dalam gerakan Islam kita memerlukan faham terlebih dahulu. Kerana sekadar ikhlas dalam perjuangan boleh menyebabkan kepincangan dalam menguruskan gerakan Islam. Banyak benda yang perlu difahami bila anda berada dalam jemaah. Jemaah membawa agenda ummah, merancang untuk membentuk khalifah, menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku dalam masyarakat, dan mcam-macam lagi. Apatah lagi PAS yang begitu terbuka dalam melibatkan semua lapisan masyarakat dalam membawa agenda gerakan Islam, sudah pasti memerlukan kefahman yang tinggi. Faham dulu, barulah kita cuba untuk mengubah. Bukan dengan melihat serpihan kesilapan, kita terus mengkritik tanpa melaksanakan. Setiap perkara memerlukan pengorbanan yang tinggi dan kefahaman yang mendalam bagi menjaya setiap misi. Dulu orang selalu berkata, PAS tidak mementingkan tarbiyyah.Benarkah?! Semua ulama’ dalam PAS maklum kepentingan tarbiyyah dalam gerakan Islam. Namun, perlaksanaannya amat sukar. Memerlukan jentera yang ramai bagi berhadapan dengan agenda ini. Ditambah pula gerakan Islam PAS ini terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat bukan terdiri dari generasi university sahaja. Anda tidak perlu menyoal dan mengkritik, tetapi anda perlu faham situasi lalu cuba ubah untuk kebaikkan itu.

Aku begitu tertarik dengan ucapan Ustaz Nik Abduh ”Kesedaran/Concern itu adalah kunci”. Ya! Dengan kunci ini kita cuba membuka dan menyelesaikan. Hari ini aku bekerja untuk itu. Aku sedar keperluan tarbiyyah terutamanya kepada golongan pemuda dan remaja. Maka hari ini aku bekerja untuk itu. Fahamilah benar-benar tugas dakwah ini, ia bukannya jualan air liur. Tetapi menuntut pengorbanan dan kesungguhan.

Aku amat tertarik dengan ucapan ustaz Nasir ”Menegakkan Khalifah Islamiyyah bukannya angan-angan dan citi-cita semata-mata, tetapi menuntut perlaksanaan kearah pembentukkan itu”. Oleh hal demikian, benarlah apa yang dikatakan oleh Tok Guru Haji Hadi, ”Politik dan Dakwah tidak boleh dipisahkan”. Meninggalkan salah satu membuat kita tempang dalam perjuangan. Bagaimana kita hendak memerintah, sedangkan sekarang belum lagi belajar untuk memerintah. Alhamdullilah, aku bersyukur kerana memilih PAS sebagai jalan perjuangan. Walaupun aku tidak ditugaskan melaksanakan tugas-tugas politik dalam PAS, aku tetap merasakan aku sebahagian darinya. Kerana aku tahu PAS bukan parti politik semata-mata, tetapi sebuah gerakan Islam yang membuat persedian menubuhkan Khalifah Islamiyyah. Aku tidak pernah rasa kecil biarpun aku berada dalam gerakan kerja tarbiyyah dalam PAS kerana PAS sentiasa memberi perhatian untuk itu. Aku juga percaya, teman-teman aku di Darul Islah yang sibuk menjana ekonomi untuk perjuangan PAS tidak pernah rasa kecil kerana mereka tahu perjuangan juga menuntut kepada ekonomi.

Ayuh! Bangkit kearah mendaulatkan sebuah khalifah Islamiyyah. Takbir!Takbir! Takbir!


0 Responses to “Fahamilah”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
May 2009
S S M T W T F
« Apr   Jun »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Archives

  • 57,738 guests

Categories


%d bloggers like this: