03
May
09

usrah itu harapan & cita-cita

Salam Samurai,

Kalau anda bertanya kepada aku ke mana halatuju usrah yang aku bawa selama ini? Hurm, insyaAllah aku ada jawapannya. Tidak mungkin tarbiyyah itu tidak ada matlamatnya. Setiap minggu kita berusrah, ada yang membimbing usrah, ada yang dibimbing. Mereka yang berada dalam usrah sewajibnya bertanya apa yang ingin dicapai dalam usrah. Naqib adalah orang pertama yang perlu bermain difikirannya ke mana ingin aku bawa usrah ini. Sekadar suka-suka mengisi masa lapang?! Tidak salah untuk jawapan itu kerana disana tetap ada kebaikkan. Hari-hari kita bertungkus lumus melaksanakan tugas itu, maka kita perlu merangka hala tuju usrah, dan pencapaian yang kita kehendaki.

Usrah Aku bagaimana? Aku cuba untuk berkongsi dengan semua, biarpun aku bukan yang paling layak untuk itu. Aku mula mengenali usrah sewaktu aku berada di Jepun. Alhamdullilah, semuanya aturan Allah S.W.T. Aku amat bersyukur kerana pertemuan pertama aku selepas terlepas dari sangkar keluarga bukan dengan karaoke, disko, pachinko, dan lain-lain lagi. Setahun aku di Kuala Lumpur selepas SPM, banyak perkara buruk yang aku belajar. Alhamdullilah, hidyah itu di mana sahaja. Jepun tempat pilihan untuk aku berubah.

Aku mula mengenali usrah sewaktu aku berada di Tokyo. Pertemuan dengan abang-abang yang tak pernah jemu datang menjenguk. Biarpun pertemuannya mudah, hanya sekadar senda gurau dan gelak ketawa. Akhirnya kami bertemu detik-detik serius. Sehinggalah hari ini aku mengenali hakikat hidup sebenar. Setahun aku berusrah telah memberi kekuatan untuk aku melangkah melaksanakan usrah. Banyak pengalaman yang aku ketemui, sukarnya aku tempuh dengan sabar dan bersungguh-sungguh. Alhamdullilah, usrah pertama yang aku bimbing lebih banyak beljar dari mengajar. Aku diketemukan dengan mereka yang sudah biasa dengan usrah, malah begitu minat dengan dunia Islam. Usrah pertama aku terdiri daripada Fallah, Mokhzani, Rusdi, dan Mat Yie. InsyaAllah aku tidak akan melupakan pertemuan ini kerana ia telah mengajar aku pelbagai ilmu membawa agenda usrah.

Hari demi hari aku merangka hala tuju kejayaan sebuah usrah. Dengan usrah aku bina ilmu dan pengalaman. Aku amat bersyukur kerana usrah telah menemukan dengan ramai pejuang-pejuang Islam yang istiqamah. Hari ini Ajak pula pulang untuk melaksanakan tanggungjawab setelah dibebankan dengan ilmu yang diperolehi dari medan usrah. Semoga beliau juga turut istiqamah dalam perjuangan yang sukar ini.

Pulang sahaja aku ke Malaysia aku diberikan kepercayaan oleh ustaz untuk membina generasi remaja. Wah, ia merupakan satu benda yang baru bagi aku. Sukar sebenarnya nak bawa remaja ini apatah lagi mereka ini ada yang masih diperingkat menengah rendah atau sekolah rendah. Ingat lagi aku sewaktu mula-mula diberikan tugas itu, aku mula sibuk ke kedai-kedai buku mencari idea bagaimana untuk aku memimpin remaja ini. Alhamdullilah, hari ini usrah sekali lagi mengajar aku mengenali dan mendekati golongan remaja. Aku amat gembira bila cerita-cerita-ku dibalas dengan riak muka yang pelbagai. Aku berharap mereka memahami apa yang ingin aku sampaikan kepada mereka.

Aku bercita-cita besar dalam membentuk remaja di masa hadapan. Aku seronok apa yang mereka perolehi hari ini, dan betapa ruginya aku suatu ketika dahulu tidak mendapat sentuthan tersebut. Kadang-kadang aku tersenyum sorang-sorang bila terkenangkan bisingnya surau dengan suara aku dan falah memberi penerangan. Seolah-olah lawan bertekak menyampaikan hujah dan pendapat kepada adik-adik. Seronok sebenarnya mendidik! Dalam usrah aku sedaya upaya menekankan 3 element;
1. SQ- Spiritual Quality dengan mengenengahkan ayat-ayat al-Quran dan hadith nabi. Memberikan galakan untuk mereka beramal dengan pelbagai janji-janji Allah, Memberi ancaman untuk mereka menjauhi perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah.
2. EQ- Emotional Quality dengan menitik beratkan soal akhlak sebagai seorang muslim. Membentuk keyakinan diri, kesanggupan untuk berubah, menguatkan jati diri dan menpunyai pendirian yang utuh dalam diri dalam mengharungi kehidupan yang sukar ini.
3. IQ- Intelligence Quality dengan membangunkan pemikiran remaja dengan ilmu-ilmu yang berguna. Ilmu untuk hidup, ilmu untuk belajar, ilmu untuk memimpin, ilmu untuk berdikari, ilmu untuk bercinta..semuanya…

Setiap perkara tersebut aku cuba seimbangkan untuk mereka meneruskan kehidupan yang penuh dengan fitnah ini. Aku amat berharap mereka ini akan memimpin masyarakat kearah yang terbaik. Pada pandangan aku, setiap kali kita mempimpin usrah pimpinlah dengan cita-cita dan harapan. Semoga dengan cita-cita dan harapan itu kita akan bersungguh-sungguh dan berfikir bagaimanakah jalannya. Sekali sekala kongsikanlah harapan kita dengan mereka supaya mereka dapat menjadi sebahagian dari kita dalam mengejar cita-cita ummah. Berikanlah khabar-khabar gembira kepada mereka supaya mereka sentiasa merindui kita. Seringlah menyatakan keikhlasan kita dalam berukhuwah supaya mereka sentiasa jatuh cinta pada kita. Nyatakanlah kasih sayang kita kepada mereka supaya mereka dapat merasakan mereka sering dikasihi dan disayangi. Janganlah rasa malu-malu dalam berusrah kerana ia adalah pertautan hati bukan ikatan air liur semata-mata.

Wallaualam.


2 Responses to “usrah itu harapan & cita-cita”


  1. rdam31000000Sun, 03 May 2009 09:40:51 +000003am09, J0000005 9, 2007 at 15:50 +00:00May

    Salam perjuangan buat adinda GG,

    Teruslah menanam meski musuh saling mengintip, meski anak benih kadang-kadang seperti segan hidup, penanam yang bernama duat haus berjiwa besar, berhati tabah, sekaligus kaya dengan idea yang selaras dengan budaya penanaman terkini.

    Mudahan hasil yang dituai di sana adalah buah-buah ranum masak!

    Teruslah! Istiqamahlah!

    IlhamHamdani,
    Canberra, Australia.

    p/s: salam rindu buat sang murabbi, dan penanam lain!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
May 2009
S S M T W T F
« Apr   Jun »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Archives

  • 57,723 guests

Categories


%d bloggers like this: