04
May
09

biar pandai jangan pandai-pandai

Salam samurai,

Berehat sebentar dari kesibukkan dunia. Duduk sebentar mencari idea yang baik untuk penulisan hari ini. Semalam isteri-ku bertanya; “Abang kata nak tulis pasal pandai-pandai”. “Hurm… Abang nak habiskan buku (kehidupan hati) ni dulu, baru tulis” balas-ku malas. Namun begitu, tak abis juga aku membaca.

Aku cuba push diri sendiri untuk menulis juga hari ini di pejabat sebagai kerehatan diri setelah mentelaah artikel-artikel engineering. Push diri sendiri lebih baik dari orang lain yang push diri kita. Push diri sendiri lebih mendatangkan keikhlasan. Pada anggapan aku, push diri sendiri adalah hasil desakan iman yang berupa lintasan hati. Iman mengajak kita untuk berbuat kebaikkan.

Lintasan/khatar ini boleh dibahagikan kepada tiga bahagian;
1. Lintasan Nafsu, iaitu lintasan hati untuk mencapai cita-cita yang dinginkan oleh nafsu.
2. Lintasan syaitan, iaitu lintasan syaitan dalam hati supaya melakukan perbuatan keji dengan tujuan memesongkan manusia.
3. Lintasan Allah, iaitu sebagai rahmat dan beroleh pahala.

Sebagai manusia kita perlu berkemampuan untuk membezakan antara lintasan nafsu, lintasan syaitan, dan lintasan Allah. Hanya dengan ilmu lintasan ini dapat dibezakan. Semua terkandung didalam kitab Allah dan Hadith. Meninggalkan dunia ilmu kita tidak dapat membezakan antara ketiga-tiga lintasan tersebut.

Kemungkinan besar apa telah berlaku didalam PAS hari ini disebabkan tidak dapat membezakan ketiga-tiga lintasan tersebut yang akhirnya menyebabkan mereka tergila-gilakan kuasa bagi menduduki kerusi timbalan presiden. Semoga segala teguran para ulama’ dapat menginsafkan mereka yang terlibat dalam perebutan tersebut. Biarlah keikhlasan kita yang kononnya ingin membawa perubahan dalam perjuangan PAS berprinsipkan Islam itu tidak terseleweng.

Sebelum aku menghuraikan tajuk diatas, aku ingin mengajak sabahat-sahabat semua berlari bersama aku pada hari ini. Larian kita hari ini mungkin tidak membuat kita berpeluh, tetapi membawa kita lebih dekat dengan Allah insyaAllah.

Lari/Al-Firar mendapatkan Allah

Larian ini memerlukan stamina yang tinggi bagi mencapai target akhir kita iaitu mendekati redha dan kasih sayang Allah. Mulakanlah dengan perlahan kemudan dipertambahkan kekuatan itu, semoga dengan itu kita mendapatkan apa yang kita kerjakan. Berikut aku kemukakan pembahagian kepada Al-Firar;
1. Lari bagi orang permulaan- ia bermula dari awal Islam, iaitu larinya kita daripada kekufuran kepada iman dan mentauhidkan Allah dengan mengesakan-Nya dan menafikan sebarang sekutu bagi-Nya dan apa sahaja yang berlawanan dengan sifat kesempurnaan. Termasuk juga disana berimannya kita kepada Nabi dan Rasul Allah.
2. Lari bagi orang solehin- iaitu lari daripada kejahilan kepada mempunyai ilmu pengetahuan, daripada maksiat kepada ketaatan kepada perintah Allah, daripada sifat malas kepada kesungguhan dan komitmen dalam semua perkara, dan akhirnya mengharapkan kejayaan dan keredhaan daripada Allah.
3. Lari bagi orang yang hampir kepada Allah- iaitu keseluruhan penumpuan hati hanyalah kepada Allah dan tiada penyerahan serta pengabdian kepada Allah.

Sahabat-sahabat, marilah kita renungi dalam-dalam hakikat kehidupan kita dalam mengejar untuk mendapatkan Allah. Buatlah perubahan untuk semoga diberkati dan dirahmati.

Begitulah kiranya antara ilmu yang aku perolehi dari kitab tasauf ini (Kehidupan Hati). Semoga aku mendapat kekuatan untuk membina hati yang dekat dengan Allah. Walaupun begitu, aku masih dalam proses menamatkan pembacaan buku tersebut. Sebagai peringatan, dalam kita mempelajari ilmu tasauf jangan sesekali kita meninggalkan ilmu fikah yang merupakan petunjuk mencari kebenaran. Tasauf tanpa Fikah boleh membuat kita sesat, Fikah tanpa Tasauf boleh membuat kita bongkak dan sombong.

Minggu lepas aku bercuti selama tiga hari dari bekerja. Banyak aku habiskan masa dengan mengemas rumah, membaca, jalan-jalan sikit dan menonton. Kami dan isteri melayari internet disamping berbincang isu-isu yang terpampang di window computer. Antara yang menarik adalah isu hospital.

Aku amat kecewa dengan sikap menteri-menteri Malaysia yang banyak mengolah isu mengikut pandai-pandai mereka. Tanpa mengkaji, tanpa menyelidik, tanpa menghargai bebanan dan pengorbanan orang lain.

Inilah malangnya bila kita memilih para menteri yang memimpin bukan dengan ke”pandai”an tetapi dengan “pandai-pandai”. Aku begitu kecewa dengan apa yang berlaku keatas para doktor, mereka tidak diberi hak yang sewajarnya dalam mengendalikan hospital. Berbeza dengan para doktor di overseas, para doktor diberi penghargaan yang besar dalam menyelamatkan nyawa manusia. Doktor adalah manusia yang membuat keputusan untuk kebaikkan kesihatan manusia, melihat doktor di Malaysia aku tidak dapat berfikir dengan logikal bagaimana mereka mampu membuat keputusan yang tepat sedangkan mereka tidur pun tidak cukup.

Sewaktu aku berada di Ireland, para HO (doktor praktikal) begitu gembira dengan suasana bekerja disana. Gaji besar, malah layannya begitu menggembirakan. Sabtu dan Ahad dapat cuti lagi tiap-tiap minggu. Memang patutla isteri aku terkejut dengan budaya disini, dahla kerjanya susah, gajinya kecil, layanannya pula mcm binatang. Nasib baik aku gentlement, suruh berhenti sahaja kerja biar senang hidup ini. “Kita hidup bukan bergantung pada manusia!” tegas aku dalam membuat keputusan. Nasib baikla aku fikir dua kali, fikir macam-macam.

Tentu kita tidak dapat lupakan, sebuah lebuh raya yang runtuh selepas beberapa bulan pembinaannya. Mengapa boleh jadi begini?! Ini semua disebabkan pandai-pandai. Aku merasakan para doktor perlu keluarkan taring masing-masing sekali sekala, seperti mana yang telah ditunjukkan oleh majlis peguam. Jangan kerana kita sibuk di hospital, kita jadi macam kayu di paku ikut suka oleh tukang rumah. Kita punya pendidikan tinggi, suara kita di dengari oleh masyarakat, maka mengapa kita tidak menyuarakan hak kita! Keluarlah mengundi wahai para doktor, tegakkan keadilan untuk diri-mu. Ia bukan kebaikan orang lain, tetapi ia adalah kebaikkan untuk diri-mu dan semua.

Marah sangatkah aku ni, takdelah marah sangat. Biasa-biasa je. Tetapi aku terasa perlu diberi keperihatinan kepada mereka. Kesian… Apapun, perubahan mesti dibuat dalam setiap lapangan pengurusan. Hospital, pendidikan, pentadbiran dan mcam-macam lagi perlu kita beri roh baru iaitu dengan roh Islam. Dengan Islam anda selamat!

Pandai-nya kita insyaAllah akan membawa kepada kebaikkan, Pandai-pandai-nya kita insyaAllah akan membawa kepada keburukkan. Pilihlah yang Pandai, bukan yang Pandai-pandai.

Wallahualam.


0 Responses to “biar pandai jangan pandai-pandai”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
May 2009
S S M T W T F
« Apr   Jun »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Archives

  • 57,738 guests

Categories


%d bloggers like this: