08
May
09

tawakal itu perlu

Salam Samurai,

Ini sudah kali ke-tiga aku cuba menulis tetapi gagal. Aku gagahkan diri supaya dapat istiqamah. Dua hari aku gagal menulis gara-gara ada member kat bilik ini. Hari ini aku ingin berkongsi apa yang aku fikirkan sikap nabi dalam berjuang.

Tentu sahabat-sahabat biasa dengan bacaan sirah Nabi S.A.W. Antara perkara yang aku tertarik dengan sikap nabi dalam perjuangan adalah optimis. Optimis merupakan keyakinan nabi dengan perjuangan Islam. Banyak contoh optimis yang nabi tunjukkan dalam perjuangan beliau. Di antaranya ialah menjanjikan gelang tangan Raja Parsi kepada Suraqah, walaupun ketika itu nabi masih dalam perjalanan ke Madinah. Nabi juga menjanjikan pembukaan Kota Constantinople walaupun kehebatan tentara Rome ketika itu jauh lebih hebat dari tentera Islam.

Alhamdullilah, semuanya tercapai di zaman para sahabat dan tabien. Mungkin ada yang berkata Nabi optimis dengan wahyu yang Allah berikan kepadanya. Lalu bagaimana dengan kita?!

Kita juga perlu optimis kerana Allah telah menjanjikan kemenangan Islam kepada kita. Maka beruntunglah bagi mereka yang percaya akan janji Allah seterusnya berjuang bersungguh-sungguh kearah kemenangan tersebut. Seperti mana nabi berjuang habis-habisan dengan keyakinan pada kemenangan Islam. Hasilnya kita telah merasa kemanisan tersebut. Jangan gopoh inginkan kemenangan kerana ia tidak diberikan pada mereka yang tidak sabar. Anda boleh rujuk sebuah buku tulis Tuan Guru Yusof al-Qardhawi berkenaan Kemenangan Islam melalui Quran dan Hadiht (maaf aku benar-benar lupa tajuk buku tersebut).

Aku ingin mengajak semua bekerja dengan optimis kepada kemenangan seperti mana nabi telah bekerja. Namun begitu optimis tidak mengabaikan tawakal. Tawakal adalah kekuatan kepada umat Islam dalam perjuangan. Walaupun nabi optimis, beliau tidak pernah lupa berdoa untuk kemenangan. Kita melihat bagaiman nabi berdoa sewaktu perang badar, tawadhunya nabi begitu tinggi dengan meletakkan segala usaha itu kepada keputusan Allah S.W.T.

Apakah sebenarnya tawakal? Izinkan aku menghuraikan tajuk ini merujuk kepada kitab “Kehidupan Hati untuk Sampai kepada Tuhan yang Dikasihi”

Antara ayat quran yang menyatakan berkenaan tawakal ialah;

“Sesiapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah akan cukupkan baginya” (al-Talaq: 3)

Tawakal itu tidak menafikan sebab-sebab kerana tawakal ialah tindakan berpegang atas Allah, maka tindakan tawakal itu adalah perbuatan hati, sedangkan sesuatu sebab itu ialah perbuatan anggota.

Oleh hal demikian, bertindak dengan rasa hati penuh tawakal kepada Allah adalah amat perlu dalam meneruskan perjuangan. Pada masa yang sama usaha menjayakan dakwah dan penyebaran Islam menuntut kepada pengorbanan dan kesungguhan. Dengan tawakal kita akan gah terus melangkah untuk sampai kepada kemenangan. Gagal tidak pernah membuat kita lemah insyaAllah. Wallahualam.


0 Responses to “tawakal itu perlu”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
May 2009
S S M T W T F
« Apr   Jun »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Archives

  • 57,738 guests

Categories


%d bloggers like this: