09
May
09

kambing dan tarbiyyah

Salam Samurai,

Tahun ini aku merancang beberapa projek dakwah dikalangan remaja. InsyaAllah, kami sedaya upaya untuk menjayakan program sebulan 2 kali kepada remaja di Perlis ini. Namun begitu aku semakin terasa kesukarannya. Program remaja adalah satu program yang sukar sebenarnya kerana ia berhadapan dengan anak-anak yang tidak matang. Fuh.. sakit kepala juga la kiranya.

Aku membahagikan program tersebut kepada dua peringkat umur; iaitu menengah rendah yang terdiri dari kalangan remaja berumur 12-14 tahun, seterusnya kepada remaja 15-17 tahun. Aku bertanyakan pendapat dari zaujah “boleh ke nak gerakkan program sebulan 2 kali nie?”. Responnya negetif, tetapi aku cuba menyahut cabaran tersebut. Akhirnya aku merasa keperitannya. Nak fikir untuk satu kuliah pun dah fenin-fenin kepala terutamanya peringkat menengah rendah. Menengah atas boleh tahan lagi memandangkan mereka sudah mampu berfikir lebih matang.

Tajuk-tajuk kuliah yang dicadangkan membuat aku berfikir “macam mana lah nak bagi diaorg ni faham, pastu nak buat diaorg ni ketawa”. Lawak mesti releven dengan peringkat umur. Memang mencabar. Kata senior Darul Islah-ku;
” Budak-budak ni senang buat program dengan diaorang, sebab diaorang ni tak bantah macam orang tua, terlalu banyak komen. Tetapi, bila kita tengok muka diaorg takde respon, buat kita pening juga” (lebih kurang maksudnya)

Apa-apa hal kita mesti mencuba, aku dan fallah sebagai hero utama untuk menjayakan filem ini insyaAllah. Walaupun sebelum ini kami merasakan program-program remaja yang dibuat mencapai objectif dan target, tetapi ia satu agenda besar untuk melaksanakannya dalam kekerapan sebulan 2 kali. Memerlukan komitmen dan kesungguhan pada masa yang sama kami perlu memastikan program dapat menarik minat para peserta supaya istiqamah dengan program sterusnya.

Alhamdullilah, buat masa sekarang program-program tarbiyyah diperingkat remaja berjalan dengan rancak. Aku benar-benar tidak sabar untuk melihat dan menuai hasilnya dalam masa beberapa tahun ini. Kita sekadar usaha dan merancang untuk kebaikkan Islam, namun hasil tetap dari ketentuan Allah. Tawakal itu perbuatan hati, perancangan dan usaha itu adalah perbuatan anggota. Ya Allah berikan yang terbaik dalam usaha dakwah ini.

Dengan kebosanan tengahari tadi, aku dan zaujah telah balik ke Padang Besar sebentar untuk membeli belah. Kami terus ke Thailand mencari barang-barang keperluan rumah. Banyak gak barang-barang murah disana seperti periuk, buah-buahan, pakaian dan macam-macam lagi. Hidup ni cari yang murah sahaja, bukan boleh bawa ke akhirat pun. Begitulah kiranya hidup kami berdua. Yang penting ada kualiti boleh tahan lama, kemudian murah sesuai dengan kos hidup yang semakin tinggi ini.

Pada masa yang sama singgah sebentar rumah mama aku. Sembang sikit sebelum bertolak ke kembali ke Kangar. Esoknya aku perlu menghadiri Muktamar Pemuda Negeri. Dalam sembang-sembang, ada berita gembira… Dua kambing milik ayah aku telah melahirkan anak. Katanya salah seekor ibu tu adalah kambing aku. Aku pun taktahu yang mana satu kambing aku. Just jenguk-jenguk gitu je, sekali sekala halau kambing masuk kandang. Tapi hidup dengan binatang dan alam ini banyak ilmu yang kita dapat sebenarnya. Dua ekor kambing ayah aku telah melahirkan 5 ekor anak. Jangan pelik ye. Seekor kembar tiga, manakala kambing milik aku kembar dua. Alhamdullilah! Rezeki cucu kot.

Kalau nak cerita pasal kambing ni memang banyak sebenarnya. Dalam sirah sendiri menceritakan bahawa setiap nabi itu menggembala kambing termasuklah nabi kesayangan kita Nabi Muhammad S.A.W. Aku tidak terlibat sangat dengan sektor kambing ini, tapi dari segi informasi dan cerita berkenaan kambing memang banyak. Mama aku selalu cerita kat aku. Mama aku ni memang suka cerita kat aku, apa cerita sahaja mesti dia cerita. Mungkin sebab rindu kot, 6 tahun di perantauan.

Sebenarnya kambing merupakan seekor binatang yang manja/sensitive. Antara kambing dan lembu, lembu lebih senang dibela. Ini dari pengalaman adik aku yang turut menceburi bidang penternakan lembu la. Tetapi sekarang dah join team baiki kereta lak. Antara benda yang sensitive bagi kambing adalah hujan. Hari hujan adalah hari yang menggerunkan para kambing. Antara penyakit yang boleh di hidapi oleh kambing ialah kembung perut. Dari segi makanan pun sama, kambing boleh menjadi kembung kalau salah makan. Macam kulit nangka/cempedak ke.

Itulah hakikat seekor kambing. Aku cerita pasal kambing bukan nak suruh kalian semua jadi kambing. Manusia nak dibandingkan dengan kambing ni, manusia jauh lebih hebat. Kambing ni hidup dia dua sahaja;
1. Pagi keluar cari makan, petang balik kandang
2. Hari-hari pilih betina mana nak buat jadi isteri

Manusia ni lagi hebatla kan. Hidup dia tak makan sahaja, tak juga cari bini sahaja. Manusia banyak tanggungjawab sebab mereka dianugerahkan dengan akal. Namun begitu, dengan keadaan dunia yang semakin nak kiamat ini. Tidak pelik kalau manusia lebih teruk dari kambing. Sememangnya sudah ada dalam dunia ini manusia hidup dia kerja cari makan. Malah cari makan sampai malam untuk hidup. Kambing pun tahu balik bila petang. Ada juga zaman sekarang ini manusia hidup dengan bertuhankan seks. Setiap hari cari betina, langgan sana langgan sini. Terjah ikut suka. Macam kambing juga sikit. Kambing ini bila dia nak tak minta izin dah. Pantang jumpa betina baru masuk kandang, semua jadi dia punya. Samalah dengan manusia hari ini, bukan kira siapa. Budak pun dia rogol, nenek pun dia rogol, anak sendiri pun dia rogol, semua dia punya.

Banyak lagi contoh untuk mengatakan bahawa manusia hari ini bukan sekadar macam kambing, tetapi lebih teruk dari kambing. Antara sifat kambing yang aku kenali (kambing ayah aku sahaja, kambing lain aku taktahu), kalau anak dia hilang dari pangkuan atau belum disusukan.. kambing akan masuk hutan keluar hutan untuk mendapatkan anaknya. Kerana dia tahu, si anak kambing tadi memerlukannya. Tetapi, hari ini manusia yang dberikan akal sudah menjadi teruk dari kambing. Dibuang sahaja anak tadi, tanpa memikirkan keperluan si anak dari ibunya. Dibuangnya di tong-tong sampah, tepi jalan, dekat masjid, dan lain-lain lagi.

Berbalik kepada nabi ditarbiyyah oleh Allah dengan menggembala kambing tetapi tidak unta. Yang aku fahami dari ibrah penggembala tadi adalah untuk mendidik nabi jadi manusia yang lembut dan sabar sifatnya. Kerana manusia itu perlu dididik dengan kelembutan pada yang sama memerlukan kesabaran. Untuk menjaga seekor lembu dan unta semestinya memerlukan kekuatan fizikal dan ketegasan. Jom sekali sekala kita belajar ilmu hidup melalui binatang dan alam. InsyaAllah, ia memberi banyak manfaat. Allah dah beritahu kita, setiap ciptaan Allah itu menunjukkan kebesaran Allah. Tetapi kita ini selalu sangat tak ambik tahu.

Sekadar itu sahaja perkongsian aku pada malam yang sunyi ini. Semoga kalian mendapat manfaat dari cerita aku yang tidak seberapa ini. Wallahualam.


2 Responses to “kambing dan tarbiyyah”


  1. 1 zai
    thpm31000000Wed, 20 May 2009 18:00:11 +000020pm09, J0000005 9, 2007 at 15:50 +00:00May

    salam.maaf bertanya di sini. bg msg kat aneeza tiada respond.mgkin sibuk ye.ape kabar aneeza.bile bersalin? kirim salam padanye ye..

  2. 2 samuraisyahid
    stam31000000Thu, 21 May 2009 00:18:38 +000021am09, J0000005 9, 2007 at 15:50 +00:00May

    walaikumsalam zai,

    Aneeza sihat-sihat sahaja, alhamdullilah. InsyaAllah due date dia pada awal bulan 7. Doakan semuanya selamat ye. Aneeza tak sibuk pun, mungkin zai salah hantar message kot. Selalunya kalau dia dapat message dia bagitahu saja kat saya. Cuba hantar guna friendster ke untuk dapatkan no telefon ke. Sekian.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
May 2009
S S M T W T F
« Apr   Jun »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Archives

  • 57,723 guests

Categories


%d bloggers like this: