13
May
09

Biar sampai syurga

Salam Samurai,

“Cinta kita biarlah sampai ke syurga.” Itulah moto cinta aku pada keluarga. Di syurga sana kawan-kawan kita ramai. Kawan kita adalah para Nabi, para sahabat seperti Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Khatijah dan lain-lain lagi.

Tiada kawan di syurga seperti Abu Jahal, Abu Lahab, Firaun dan ramai lagi. Bukan mudah untuk kita berkawan dengan para ahli syurga. Samalah kita, sudah tentu di dunia ni sukar untuk berkawan dengan orang yang tidak sejenis dengan kita. Maka di syurga sana pun begitu, kalau mahu berkawan dengan para sahabat nabi, atau para nabi haruslah seperti mereka juga.

Besar tanggungjawab seorang suami. Bukan sahaja memikirkan fizikal dan emosi isteri sahaja sihat, namun yang terbesar dalam hidup berkeluarga ialah spiritual ahli keluarga kita. Mana mungkin kita mampu memimpin keluarga ke syurga kalau kita pun lemah berhadapan dengan dugaan dunia.

Hari-hari kita membaca Quran sebagai kekuatan untuk kita beramal. Malah setiap ayat-ayat Quran itu perlu kita beriman dengan-nya. Prinsip adalah keutamaan dari segala-galanya. Aku cuba membina kekuatan diri untuk beramal dengan Quran biarpun apa sahaja dugaan melanda. Dibawah sana adalah potongan ayat Quran yang menjadi pendorong buat aku untuk terus bersemangat dalam usaha ini;

Katakanlah: “jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya.” Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik. (at-Taubah:24)

Disamping semangat-semangat yang ditunjukkan oleh sahabat sekeliling. Kita mencari hidup untuk taat insyaAllah. Sekian!


0 Responses to “Biar sampai syurga”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
May 2009
S S M T W T F
« Apr   Jun »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Archives

  • 57,723 guests

Categories


%d bloggers like this: