22
May
09

sebaran tenaga 100%

Salam Samurai,

Hari ini aku bercadang untuk menulis sedikit perkongsian berkenaan dunia research yang pernah aku ceburi. Research/penyelidikan adalah satu perkara yang menarik sebenarnya. Banyak perkara yang boleh di-selidiki/kaji bagi mendapatkan satu-satu maklumat yang penting.

Alhamdullilah, aku bersyukur sangat kerana hari ini aku ditempatkan di satu institusi penyelidikan. Ada dikalangan kita yang membuat kajian dalam bidang sains sosial, sains hayat, sains perubatan dan macam-macam lagi. Kepuasan dalam menyelidik ialah kita menemuai sesuatu yang baru ataupun mempelajari sesuatu yang baru.

Mempelajari sesuatu yang baru adalah satu nikmat kerana ia adalah satu perkongsian yang berguna. Bayangkan pada ketika kita bercerita, hanya kita sahaja yang mengetahui dan kita dapat menerangkan kepada mereka dengan mendalam dan sebaik yang mungkin. Wah.. amat mengkagumkan.

Hari ini aku ingin berkongsi berkenaan penyelidikan yang dipelajari di Jepun dahulu. InsyaAllah, next time aku akan kongsikan penyelidikan aku di Malaysia pulak.

Tentu anda semua biasa dengan penggunaan internet, antena dan macam-macam lagi. Tetapi adakah anda sedar bagaimana internet ini berfungsi menyampaikan informasi melalui computer yang di”connect” dengan wayar LAN?

Bagaimana pula boleh berlaku internet laju, dan internet slow. Adakah sekadar dengan bayaran agak tinggi dan mahal maka kita boleh melayari internet dengan laju. Sebenarnya tidak semudah itu kerana ia telah mengorbankan seberapa banyak masa untuk mencapai ketahap kelajuan ini internet hari ini. Tahukah anda untuk menghasilkan kelajuan internet yang hebat itu telah menyebabkan berapa ramai anak Jepun terpaksa tidur di makmal-makmal. Tidak mudah bukan?!

Sebenarnya kelajuan internet yang berlaku pada hari ini adalah perjalanan wave/gelombang yang terarah sebaik mungkin melalui perkiraan formula yang diciptakan manusia. Tanpa menafikan semua itu adalah dari keizinan Allah s.w.t.

Selain kelajuan, manusia terpaksa membuat perkiraan dan penyelidikan supaya tenaga wave/gelombang tersebut dapat tersebar/terarah semaksimum yang mungkin.

Tentu kita pernah dengan perkataan fiber optic. Fiber optic adalah mekanisma atau medium yang diguna pakai bagi penyebaran wave. Ketelitian manusia dalam membuat perkiraan akhirnya berjaya menyebarkan wave/gelombang tadi semaksimum yang mungkin. Namun tidak dapat menyebarkan wave sehingga 100% tenaga.

Alhamdullilah, melalui pengkajian manusia melalui anugerah akal yang diberikan akhirnya manusia menemui satu lagi teknologi hebat yang boleh mengarahkan wave/gelombang tadi secara 100%. Kalau dulu fiber optic menjadi pilihan tetapi kali ini photonic crystal waveguide telah tercipta. Melalui susunan material yang berbeza “intensity”nya, wave atau gelombang tadi telah berjaya di sebarkan tanpa kehilangan tenaga sedikit pun. Ia adalah satu pembelajaran baru dalam ilmu penyelidikan aku.

Betapa hebatnya manusia mampu berinteraksi dengan alam bagi mencapai cita-citanya. Sebenarnya aku terpanggil untuk menulis hari ini kerana terkesan dengan penulisan Said Qutub dalam kitab tafsirnya Fi Zilal Quran.

Adakah anda terfikir bahawa mengapa wave/gelombang tadi berjaya dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat dengan 100% tenaganya?! Pada pandangan aku, ia disebabkan oleh sifat gelombang yang taat kepada perintah dan surahan Allah S.W.T. Jika gelombang tersebut berada pada tempat dan medium yang betul maka ia akan terarah dengan baik dan sempurna tetapi kalau ia berada pada medium yang salah maka ia tidak akan dapat disebarkan dengan kesempurnaan itu. Alhamdullilah, hari ini manusia menemui sifat sunnatullah dan syariatullah yang perlu ada pada wave tetapi bagaimana untuk ketetapan bagi diri manusia untuk mencapai kesempurnaan dalam hidup?!

Begitu jugalah manusia, jika dia berada pada ketentuan syariatullah dan sunnatullah yang betul, maka dia akan berjaya insyaAllah. Tetapi sifat manusia itu sering membuat pilihan mengikut nafsu, akal dan keinginan sahaja tanpa mengikut ketentuan Allah di dalam kitab-Nya dan Hadith Nabi-Nya. Manusia diberikan kelebihan menanggung amanah atas kemampuannya membuat pilihan. Manusia tidak seperti gunung-gunang, bukit bukau, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain lagi yang tidak mampu menerima semua amanah tersebut. Makhluk-makhluk Allah lain hanya mengerti untuk taat kepada Allah. Berbeza dengan manusia yang punya sifat-sifat seorang khalifah yang bernafsu dan berakal.

Wallahualam.


0 Responses to “sebaran tenaga 100%”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
May 2009
S S M T W T F
« Apr   Jun »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Archives

  • 57,723 guests

Categories


%d bloggers like this: