01
Jun
09

tamadun

Salam Samurai,

Aku mendesak diri untuk menulis. Rasa kemalasan pula beberapa hari ini. Kemalasan yang timbul disebabkan kerja yang terlalu berlambakkan di rumah dan pejabat.

Bulan ini kerap betul aku ke Kuala Lumpur, aku baru sahaja sampai dari Kuala Lumpur pada pagi tadi. Amat memenatkan, kemudian terus ke pejabat. Minggu depan pun aku akan sekali lagi ke Kuala Lumpur untuk menghadiri muktamar Pemuda PAS Pusat. Manakala minggu seterusnya aku sekali lagi turun ke Kuala Lumpur untuk menghadiri mesyuarat dengan pimpinan PAS Pusat. Best kan!

Sepanjang perjalanan di Kuala Lumpur aku menghayati pembangunan yang hebat-hebat dari ciptaan idea manusia. Inikah yang dikatakan sebagai tamadun?! 2020 Malaysia akan dikenali sebagai negara maju, Perlis pula pada 2015 kot (kalau tak silap).

Hurm, bagaimana sebuah negara itu disebut sebagai maju?! Fikiran aku melayang ke beberapa buah negara yang pernah aku pergi. JEPUN- hebatnya dalam pembangunan tidak tertanding, apatah lagi dalam bidang teknologinya. Semua orang mempersetujuinya. Tetapi, di situkah nilai tamadun semua negara?!

Semasa jalan-jalan aku di Ireland menghabiskan hari-hari honeymoon kami, kelilingnya terdiri daripada hutan-hutan, taman-taman yang cantik. Ekonominya adalah pertanian. Tetapi masih dikira sebagai negara yang maju pada padangan mata dunia. Di mana nilai sebenar semua tamadun?!

Pada pandangan aku, sebuah negara yang maju itu tidak terletak pada jambatan terpanjang, bangunan tertinggi atau ukiran bangunan yang unik. Semua itu adalah kulit! Ketamadunan sebuah negara itu terletak pada manusia yang menghuninya. Kalau negara kita subur untuk pertanian dan penternakkan, mengapa perlu kita sibuk untuk membangunkan teknologi lebih-lebih hingga abaikan pertanian. Nama University Pertanian ditukar kepada University Putra Malaysia. Hampas..

Kalau kita menilai unsur manusia di negara maju, sepastinya kita akan berbangga. Kita tolak sebentar masalah-masalah sosial yang melanda, sebab negara kita pun sama je masalah sosialnye. Manusia di negara maju dibangunkan dengan ilmu dan akhlak. Itu yang aku dapat lihat.

Kalau kita pergi ke hospital negara-negara eropah, mereka berjaya menjaga kebajikan para pegawai perubatan dan pesakit dengan baik. Kita pergi ke negara Jepun, kita melihat bagaimana individu-individu yang bekerja begitu bertanggungjawab dengan amanah. Semua ini membuat mereka maju kehadapan.

Tanpa menafikan, teknologi yang berkaitan juga perlu dibangunkan. Tetapi pembangunan teknologi itu akan bangkit seiring dengan pembangunan manusia. Kealpaan kerajaan untuk membentuk generasi yang bertamadun dari segi ilmu dan akhlak akan turut gagal membangunkan negara dari sudut fizikalnya. Percayalah!

Namun, bagaimana pula kedudukan aqidah?! Aqidah adalah ikatan kita kepada kebenaran. Dengan aqidah kekuatan untuk bersama kebenaran itu akan berterusan. Segala masalah dan kegagalan untuk mengekalkan kesempurnaan yang telah wujud di bumi Jepun hari ini adalah tiadanya ikatan aqidah yang kuat. Tiada motivasi yang paling hebat untuk mengekalkan perbuatan baik dimuka bumi ini kalau tidak janji syurga dan neraka. Mereka kerisauan dengan pelbagai masalah remaja yang menimpa, remaja Jepun lebih senang dengan video game berbanding memperhebatkan ilmu di dada. Kegagalan keluarga mendidik anak-anak menyebabkan Jepun kehilangan anak muda yang berjaya.

Begitulah fikiran-ku melayang sepanjang perjalanan ke Kuala Lumpur. Sekian


0 Responses to “tamadun”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
June 2009
S S M T W T F
« May   Jul »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Archives

  • 57,738 guests

Categories


%d bloggers like this: